Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 responden (37.2 % lelaki dan 62.8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II). Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian. Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.391 hingga -0.510; p<0.01). Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.177 hingga -0.301). Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji. Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting.
Downloads
References
Armsden, G. C., & Greenberg, M. T. (1987). The inventory of parent and peer attachment: relationships to well-being in adolescence. Journal of Youth and Adolescence, 16, 427 – 454.
Azizi, Y., Noordin, Y., Jamaludin, R. & Siti Zainab, M. L. (2010). Kemurungan dalam kalangan penghuni rumah anak yatim di daerah Kota Bharu, Kelantan. Jurnal yang tidak diterbitkan (10127). Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia.
Brown, G., Andrews, B., Harris, T., Adler, Z., & Bridge, L. (1986). Social support, self-esteem and depression. Psychological Medicine, 16(4), 813-831.
Chang, C. W., Yuan, R., & Chen, J. K. (2018). Social support and depression among Chinese adolescents: The mediating roles of self-esteem and self-efficacy. Children and Youth Services Review 88, 128-134.
Chu, P. S., Saucier, D. A., & Hafner, E. (2010). Meta-analysis of the relationships between social support and well-being in children and adolescents. Journal of Social and Clinical Psychology, 29, 624–645.
Cohen, S., & Wills, T. A. (1985). Stress, social support, and the buffering hypothesis. Psychological Bulletin, 98(3), 10–357.
Cornwell, B. (2003). The Dynamic Properties of Social Support: Decay, growth and staticity, and their effects of adolescent depression. Social Forces, 81(3), 953-979.
Costello, J., Pickens, L. M., & Fenton, J. (2001). Social Support: A Matter Of Connections. Chicago, IL: Chapin Hall Center for Children at the University of Chicago.
Feshbach, S., Weiner, B., & Bohart, A. C. (1996). Personality (4th ed.). Toronto: D.C. Heath.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012). Kemurungan: Apa yang anda perlu tahu. http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kemurungan_-_Apa_Yang_Anda_Perlu_Tahu.pdf
Khairul Bariah, K. (2003). Hubungan penghargaan kendiri dan kemurungan ke atas pencapaian akademik pelajar tingkatan empat. Projek ilmiah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) yang tidak diterbitkan. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Lee, C. A., Dickson, D. S., Conley, C. N., & Holmbeck, G. (2014). A closer look at self esteem, perceived social support, and coping strategy: A prospective study of depressive symptom atology across the transition to college. Journal of Social and Clinical Psychology, 33(6), 560–585.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2018). Depression. Retrieved from http://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/depression
Procidano, M. E., & Heller, K. (1983). Measures of perceived social support from friends and from family: Three validation studies. American Journal of Community Psychology, 11, 1-24.
Rosenfeld, L. B., Richman, J. M., & Bowen, G. L. (2000). Social Support Networks and Social Outcomes: The Centerality of the Teacher. Child and Adolescent Social Work Journal, 17(3).
Sherina, M. S., Nor Afiah, M. Z. & Shamsul, A. S. (2003). Factors associated with depression among elderly patients in a primary health care clinic in Malaysia. Asia Pacific Family Medicine, 2: 148-152.
Suriyani, Y., Fatahyah, Y. & Aina Razlin, M. R. (2009). Hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem. Jurnal Kemanusiaan, 13, 30-45.
Salsali, M., & Siverstone, P.H. (2003). Low self-esteemand psychiatric patients: Part II – The relationship between self-esteem and demographic factors and psychosocial stressors in psychiatric patients. Annals of General Hospital Psychiatry. 2(1), 3.
Rosenberg, M. (1965). Society and the adolescent self-image. New Jersey: Princeton University Press.
Rosenberg, M (1979). Conceiving the self. New York: Basic Books.
Thapar, A., Collishaw, S., Pine, D. S., & Thapar, A. K. (2012). Depression in adolescence. Lancet, 379(9820), 1056–1067.
Zheng, Y., & Zheng, X. (2015). Current state and recent developments of child psychiatry in China. Child and Adolescent Psychiatry and Mental Health, 9, 10.
Zimet, G.D., Dahlem, N.W., Zimet, S.G., & Farley, G. K.(1988).The multidimensional scale of perceived social support. Journal of Personality Assessment, 52, 30–41.