Kerangka Kaedah Kajian Penyelidikan: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja

  • Norsyamimi Nordin Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohammad Mujaheed Hassan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: faktor komitmen kerja, prestasi kerja, minat, penyeliaan, rakan sekerja, pendapatan

Abstract

Prestasi kerja dilihat sebagai suatu set tingkah laku yang relevan dengan pencapaian matlamat organisasi atau unit organisasi tempat seseorang itu bekerja. Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan menggunakan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau Key Performance Indicators (KPI) yang diterapkan dalam perkhidmatan awam mahupun swasta bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan visi, misi dan fungsi agensi, setiap organisasi perlu mengukur prestasi perkhidmatan yang diberikan bagi memastikan semua perkhidmatan berkenaan disampaikan kepada pelanggan dengan baik. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai prestasi organisasi secara keseluruhannya. Menyedari akan kepentingan prestasi kerja dalam meningkatkan kecemerlangan sesebuah organisasi, maka kajian ini cuba menghasilkan kerangka kaedah kajian penyelidikan bagi mengkaji faktor komitmen kerja yang mempengaruhi prestasi kerja seseorang pekerja di dalam organisasi. Walaubagaimanapun, kerangka kajian penyelidikan ini hanya memberi penekanan kepada empat faktor komitmen kerja yang mempengaruhi prestasi kerja yang utama sahaja sebagai pemboleh ubah tidak bersandar iaitu faktor penyeliaan, rakan sekerja, pendapatan dan minat. Kajian ini juga akan menjadikan latar belakang seperti jantina, umur dan tempoh pekerjaan sebagai pembolehubah terdahulu yang akan dihubungkaitkan dengan prestasi kerja secara tidak langsung. Kaedah kajian penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kuantitif dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Kerangka kajian di jangka mampu membantu sesebuah organisai mengenalpasti isu di dalam organisasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan prestasi kerja mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Annuar Hussin (2011). The Relationship between Job Satisfaction and Job Performance among Employees in Tradewinds Group of Companies. Master Thesis, Centre for Graduate Studies, Open University Malaysia.

Aznira binti Zakaria (2014). Pengaruh Kepuasan Kerja Terhadap Prestasi Kerja. Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman.

Bennett, H., and Durkin, M. (2000). The Effects of Organizational Change on Employee Psychological Attachment: An Exploratory Study. Journal of Managerial Psychology, 15 (2): 126-147.

Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education.

Noel, T. W. (2009). The Impact of Knowledge Resource on New Venture Performance. Journal of Small Business Management, 47 (1), 1-22.

Kasran, Siti Barokah (1999) Hubungan antara sistem penilaian prestasi dan prestasi kerja di DBKU dan Telekom, Kuching. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Mohd Majid Konting (1990). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mottaz, C. (1988). An Analysis of the relationship between attitudinal commitment and behavioral commitment. Socialogy Quarterly, 30, 143-158.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 2. 2002. Garis panduan pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang anggota perkhidmatan awam. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 2. 2005. Garis panduan bagi mewujudkan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators (KPI) dan melaksanakan pengukuran prestasi di agensi kerajaan. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 4. 2002. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 8. 2011. Sistem penilaian prestasi pegawai perkhidmatan awam di bawah saraan baru perkhidmatan awam (JPA.BK. (S) 174/3/2-20 (2)). Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan, Bahagian X. Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam. Undang-undang Malaysia.

Rambli Haji Hasbi (2001). Perkaitan Kepuasan Kerja dengan PrestasiKerja di kalangan Pekerja di Industri Pembuatan. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). https://ir.unimas.my/id/eprint/3758/1/Perkaitan%20kepuasan%20kerja%20dengan%20prestasi%20kerja%20di%20kalangan%20pekerja%20di%20industri%20pembuatan.pdf

Rotundo, M., & Sackett, P. R. (2002). The relative importance of task, citizenship, and counterproductive performance to global ratings of job performance: a policy-capturing approach. The Journal of Applied Psychology, 87(1), 66–80.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall.

Smith, P.C., L.M. Kendall, and C.L. Hulin (1969). The Measurement of Satisfaction in Work and Retirement. Chicago: Rand McNally.

Yusof, R (2003). Penyelidikan Sains Sosial (Social Science Research). Pahang, Malaysia. PTS Publications & Distributors (Malay Version).
Published
2019-11-24
How to Cite
Nordin, N. and Hassan, M. M. (2019) “Kerangka Kaedah Kajian Penyelidikan: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 111 - 121. doi: 10.47405/mjssh.v4i7.309.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)