Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tekanan Kerja di kalangan Kakitangan Hospital Kerajaan
Abstract
Tekanan pekerjaan ialah tekanan yang berpunca daripada atau melibatkan pekerjaan. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan seseorang pekerja. Tekanan merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya.Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa tekanan kerja merupakan penyumbang terbesar terhadap lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, strok, penyakit paru-paru yang kronik dan kencing manis menjelang tahun 2020. Astro AWANI juga dalam laporannya bertarikh 26hb. Disember 2018 melaporkan, jika tiada langkah proaktif atau pencegahan diambil di peringkat awal bagi mengatasi masalah tekanan yang berlaku berkenaan, pelbagai kesan atau impak negatif yang boleh berlaku terutamanya dari sudut kesihatan pekerja seperti darah tinggi, kemurungan, masalah jantung, serta kematian. Maka dari itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor tekanan kerja di kalangan kakitangan hospital kerajaan Sibu, Sarawak Objektif kajian ini mencakupi enam persoalan iaitu i) memperihalkan latar belakang responden; ii) mengenalpasti faktor tekanan kerja yang utama; iii) mengenalpasti tahap tekanan kerja di kalangan kakitangan Hospital Sibu, Sarawak; iv) mengkaji perhubungan antara faktor tekanan kerja dengan tahap tekanan kerja; v) menentukan perbezaan antara demografi dengan tahap tekanan kerja; dan vi) menentukan perbezaan antara demografi dengan faktor tekanan kerja. Seramai 322 orang yang terdiri daripada kakitangan Hospital Kerajaan Sibu, Sarawak sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar belakang responden, faktor tekanan kerja dan tahap tekanan kerja. Data dianalisis deskriptif, ujian t, korelasi pearson dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 25. Terdapat enam faktor tekanan kerja iaitu struktur dan iklim organisasi, halangan rumah dan kerja, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan tempat kerja dan intrinsik. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor tekanan kerja yang utama adalah struktur iklim dan organisasi dengan nilai min 3.1016. Manakala, terdapat perhubungan yang signifikan serderhana antara faktor tekanan kerja dengan tahap tekanan kerja. Analisis juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tekanan kerja dengan status perkahwinan dan waktu bekerja.
Downloads
References
Aris Kasan, Fatimah Hanum Mohamad Hajari, Juwairiyah Jaafar & Nordin Yusoff. (2012). Stres dalam perkhidmatan awam: Impaknya kepada prestasi dan kesejahteraan pegawai awam. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, 7, 1-34
Asmawati Desa & Siva a/l Subramaniam. (2002). Tekanan kerja iaitudi kalangan pensyarah: satu perbandingan di antara universiti awam dan university swasta. Pasca sidang seminar psikologi psima 2, 145 – 151
Ayub, N., Bahari, F., & Baco, B. S. (2008). Burnout dan komitmen terhadap organisasi di kalangan jururawat hospital. Jurnal Kemanusiaan, 12.
Azmi Mustafa. (2005). Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan kakitangan Pusat Serenti. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Brief, A.P, Schuler, R.S. & Sell, M.V., (1981). Managing Job Stress. New York: Little Brown and Company.
Cooper, J & Robertson. (1987). International Review of The Industrial and The Organizational Psychology. USA: Wiley. (1978). Sources of TheManagerial and White Collar Stress. dlm. Stress at Work. Disunting oleh C. L Cooper & R. Payne(eds). Chichester : John Wiley and Sons.
Cox, T., Boot, N., Cox, S. & Harrison, S., (1988). Stress in Schools: An Organisational Perspective. Work and Stress, 2(4), 353-363
Emilia Zainal Abidin & Noor Hassim Ismail. (2006). A study on occupational stress and coping strategies among medical and surgical ward nurses in hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. (Unpublished Thesis Master). Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Haprizar Ashari, Norulkamar Ahmad & Siti Aishah Abd Rahman. (2005). Komitmen organisasi di kalangan staf akademik: Hubungan dengan tahap stres. Pusat Pengurusan Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Harun Yahya (2019). Kaji punca stres kakitangan awam – CUEPACS. Berita Harian (Januri 20, 2019). Dilawati pada November 20, 2019, diperolehi dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/521912/kaji-punca-stres-kakitangan-awam-cuepacs
Khairul Bariah Ishak. (2003). Tekanan kerja, kepuasan kerja, strategi daya tindak, dan kesihatan mental dan kesihatan fizikal di kalangan jururawat. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lauzan, G., (1963). Sigmund Freud :The Man and His Theory, (Terjemahan oleh Patrick Evan). Greenwich, Connecticut: Fawcett Publication Inc
Lazarus, R. S.,& Folkman, S. (1966). Ways of coping questionnaire: Manual, test booklet and scoring key. United States of America: Mind Garden. Inc.
Lazarus, R. S., & Folkman, S. (1984). Stress, appraisal, and coping. New York: Springer
Lazarus, R. S. (1966). Coping theory and research: Past, present, and future [Versi eletronik]. Psychosomatic Medicine, 55(3), 234-247. Lazarus, R. S.,& Folkman, S. (1984). Stress, appraisal and coping. New York: Springer.
Lee, Hoo Nee. (2002). Hubungan Tekanan dengan lokus kawalan dalaman, personality jenis A dan kepuasan kerja di kalangan anggota PDRM. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim, Ngok Moi. (1998). Hubungan Tekanan dengan kesakitan fizikal dan peranan sokongan sosial sebagai perantara di kalangan pelajar. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamarudin, H. (2013). Faktor Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Mains Holdings Sdn. Bhd. Tesis.Open University Malaysia.
Martin Loosemore & Tom Waters. 2004. Differences in occupational stress among professionals in the construction industry. Journal of Management in Engineering, 20, 126-132
Mandler (1979) A study of Stress and Psychology on Job Satisfaction among Universities Staff in Malaysia: Empirical Syudy. European Journal of Social Sciences, 8(1), 121-131.
Mahl (1971). Kaedah Penyelidikan Tingkahlaku Dalam Kalangan Pekerja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md Zain Bidin & Noor Hassim Ismail. (1999). Prevalens Tekanan Kerja Di kalangan Jururawat Hospital Angkatan Tentera Terendak. Jurnal Kesihatan Komuniti.
Mohd Fikri. (2003). Kajian pengetahuan kesihatan mental dan prevalen stres di kalangan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia. Tesis sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
Narimah Abd. Razak. (2003). Hubungan di antara tekanan dengan kepuasan kerja dan kesannya terhadap strategi daya tindakan di kalangan jururawat Hospital Kerajaan dan Swasta. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nora Azini Abidin (2003). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tekanan Kerja dikalangan Jururawat. Tesis. Universiti Malaysia Sarawak.
Nordin, N. and Hassan, M. M. (2019). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja dalam kalangan Penjawat Awam. Kajian Rintis di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Negeri Pulau Pinang. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 11-20. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v4i7.303.
Raja Maria Diana Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (Stres) di kalangan guru-guru sekolah menengah di Daerah Pasir Putih. Tesis Sarjana. Open University Malaysia. Diperoleh dari http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf
Rees, D. & C.L. Cooper. (1992). Occupational stress in health services workers in the UK. Stress Medicine 8: 79 – 90.
Rosidah Ramli (2016). Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja di Kalangan Pekerja Sokongan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’16)
Rohany Nasir & Nor Eda Nusi. (2001). Tekanan kerja, tekanan rumahtangga dan komitmen kerjaya di kalangan pegawai wanita Polis Di Raja Malaysia. Jurnal Psikologi.
Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi. Kajian tekanan kerja dan kesihatan pekerja.Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.
Rosli Hassan. (1996). Stress kerja: Kajian kes terhadap kakitangan bahagian kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).Tesis. Universiti Malaysia.
Selye, H. (1976b). The stress of life (Rev. ed.). New York, NY: Mc GrawHill. Personaliti: Satu Kajian Ke Atas Eksekutif. Latihan Ilmiah. UKM.
Siu, O.L., I. Donald & C.L. (1997). The use of the Occupational Stress Indicator (OSI) in factory workers in China. International Journal of Stress Management 4(3):171 – 182).
Spence and Spence (1956). Personality Stress, dalam V. Hamilton@DM. Warburton (eds), Human Stress and Cognition: An information Processing Approach, New York: John Wiley and Sons, Inc.
Thi, Lip Sam. (1998). A case study of factors causing stress to managers and executives at work. Tesis. Universiti Malaya.
Vitale, S. A., Varrone-Ganesh, J., & Vu, M. (2015). Nurses working the night shift: Impact on home, family and social life. Journal of Nursing Education and Practice, 5(10), 70.
Zainah Ahmad Zamani & Hamdan Mohd Ali. (2002). Kesihatan mental dan fizikal dan strategi daya tindak di kalangan pekerja sektor awam. Pasca Persidangan Seminar Psikologi PSIMA 2: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainah Ahmad Zamani & Hamdan Mohd Ali. (2018). Separuh Pekerja Malaysia Bekerja Lebih Lapan Jam Sehari - Kajian – Semasa. Mstar (September 29, 2019). Dilawati pada November 15, 2019, diperolehi dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/11/08/separuh-pekerja-malaysia-bekerja-lebih-lapan-jam-sehari--kajian