Penglibatan Aktiviti Kokurikulum dan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Abstract
Aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan salah satu medium untuk membentuk kemenjadian murid yang holistik dari semua aspek. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan tahap kemahiran insaniah murid di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penglibatan aktiviti kokurikulum dengan kemahiran insaniah murid di sekolah rendah. Sampel kajian terdiri daripada 148 murid dari empat buah sekolah di negeri Pahang. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 25 secara deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara penglibatan murid dalam kokurikulum dengan tahap kemahiran insaniah murid di sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti pelaksanaan kokurikulum di sekolah - sekolah.
Downloads
References
Fatahiyah Elias, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak & Mizatul Suraya Muhammad Nor. (2018). Elemen Kemahiran Insaniah dalam Pendekatan Berpusatkan Pelajar Pengajaran Akidah Sekolah Rendah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 5(2), 113-122.
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, & Abd Razaq Ahmad. (2020). Keterlibatan Pelajar dan Hubungannya dengan Kemahiran Insaniah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1), 68-74. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01SI-09.
Irwan Fariza Sidik, Mohd Mahzan Awang, & Abdul Razaq Ahmad. (2018). Sokongan Persekitaran Sosial di Pelbagai Jenis Sekolah Menengah dalam Meningkatkan `Kemahiran Insaniah Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1(1), 67-76.
Md. Roknuzzaman Siddiky. (2020). Examining The Linkage Between Student’s Participation In Co-curricular Activities And their Soft Skill Development. Journal of Education Sciences, 4(3), 511-528.
Mohd Hasimi Yaacon, Mohd Helmi Ali & Nurhidayah Abd Wahab. (2017). Hubungan Penggunaan Bahasa Inggeris dengan Tahap Keberkesanan Kemahiran Insaniah Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20, 67-77.
Norazila Mat, Muhammad Syafiq Noordin, Nur Atiqah Abdullah, Nazri Muslim & Jamsari Alias. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20, 33 - 46.
Nur Munirah Roslan & Mohamad Shukri Abdul Hamid. (2020). The Effectiveness of Co-curricular Activities By Integrated Living Skills Unit In Enhancing Student’s Soft Skills. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 162-172.
Quah W.B., Aziah Thalaha, Azhan Zaki Silim & Hj Abd Latif Ahmad. (2018). Penerapan Kemahiran Insaniah Menerusi Sukan Petanque Dalam Kalangan Pemain Di IPTA dan IPTS. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 7(2), 12-21.
Sandra Anak Mancha & Anuar Ahmad. (2016). Co-Curricular Activities and It’s Effect On Social Skills. International Conference on Education and Regional Development. https://www.academia.edu/33777339/CO_CURRICULAR_ACTIVITIES_AND_ITS_EFFECT_ON_SOCIAL_SKILLS.
Saqina Ab Karim & Noremy Md Akhir. (2020). Keyakinan diri dan Kemahiran Insaniah Mahasiswa Melalui Penglibatan Aktiviti Kesukarelawanan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1-15.
Sheila Michael & Abdul Said Ambotang. (2019). Hubungan Pengurusan Kokurikulum dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 4(7), 202 - 207.
Zainal Ariffin Zainuddin, Yaakob Daud & Saiful Azmi Mohd Nor. (2016). Pengurusan Kokurikulum dan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, 891-900.