Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja dalam kalangan Penjawat Awam. Kajian Rintis di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Negeri Pulau Pinang

  • Norsyamimi Nordin Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohammad Mujaheed Hassan Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: faktor komitmen kerja, prestasi kerja, minat, penyeliaan, rakan sekerja, pendapatan, perkhidmatan awam

Abstract

Kualiti modal insan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju penjawat awam di samping memastikan kecekapan pengurusan. Produktiviti sesebuah organisasi bergantung kepada kualiti prestasi kerja. Keratan akhbar Utusan online bertarikh 22 November 2010 melaporkan jumlah penjawat awam yang bermasalah dan berprestasi rendah meningkat kepada 6,133 orang pada tahun 2009 berbanding 5,344 orang pada tahun 2008. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi komitmen kerja seseorang pekerja terhadap prestasi kerja. Seramai 100 orang kakitangan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Tengah telah dijadikan responden. Rekabentuk kajian adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu a) maklumat responden; b) faktor komitmen kerja; dan c) prestasi kerja. Data dianilisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 21 untuk menilai kekerapan, peratusan, purata, ujian korelasi, ujian t dan ujian anova. Hasil kajian menunjukkan tahap prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam adalah tinggi dan faktor minat merupakan faktor komitmen kerja utama yang mempengaruhinya. Manakala hubungan antara faktor minat dengan prestasi kerja juga menunjukkan hubungan korelasi yang kuat dengan nilai r=0.593 pada aras p<0.05. Bagi analisis perbezaan prestasi kerja mengikut jantina dan tempoh perkhidmatan, dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja mengikut tempoh perkhidmatan. Tuntasnya, hasil kajian mendapati bahawa inisiatif perlu diambil oleh pihak organisasi bagi memupuk minat para pekerja terhadap pekerjaan yang mereka lakukan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bendix, C. (1956). Work and Authority in Industry. New York: Wiles.

Byrd, J., & Cooperman, E. S. (2010). Director tenure and the compensation of bank CEOs. Managerial Finance, 36 (2) 86–102.

Che Mohd Syaharuddin Che Cob, Bahyah Abdul Halim dan Aziz Amin (2017).Faktor-faktor yang mempengaruhi Prestasi Kerja dalam kalangan Penjawat Awam: Satu Kajian Teoritikal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Bol. 4, Bil. 1 (2017), e-ISSN: 2289-8049. https://docplayer.net/54989314-Faktor-faktor-yang-mempengaruhi-prestasi-kerja-dalam-kalangan-penjawat-awam-satu-kajian-teoritikal.html

Cole, A. L. (1991). Relationship in the Work Place: Doing What Comes Naturally. Teaching and Teacher Education, 7, 415-126.

Conrad, C. (1985). Strategic Organizational Communication, Cultures, Situation and Adaptation. New York: CBS College Publishing.

Dalyono. 1997. Psikologi Pendidikan. (Jakarta: Rineka Cipta).

Farrel, E., (2003). Patterns of leadership behavior related to employee grievances and turnover. Personal Psychology, 15, 43-56.

Glickman, C. D., Gordon, S. P., & Gordon, J. M. (1995). Supervision of instruction: A developmental approach (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Goldthorpe, J. H. (1968). Organizational Intelligence: Knowledge and Policy in Government and Industry. British Journal of Sociology, 19(2), 225.

Hillgard, E. (1995). Theories of Learning. New York: Appleton

Hodson, Randy and Teresa A. Sullivan (1995) The Social Organization of Work, 2nd edn. Belmont, CA: Wadsworth.

Jordell, K. (1987). Structural and Personal Influences in the Socialization of Beginning Teachers. Teaching and Teacher Education, 3(3), 165-177.

Morgan, F. (1978). Sales Persons' and Managers' Perceptions of Work Environment and Job Performance. Industrial Marketing Management, 7, 170-177.

Mottaz, C. (1988). An Analysis of the relationship between attitudinal commitment and behavioral commitment. Socialogy Quarterly, 30, 143-158.

Noel, T. W. (2009). The Impact of Knowledge Resource on New Venture Performance. Journal of Small Business Management, 47 (1), 1-22.

N.a. (22 November 2010). 6,133 penjawat awam bermasalah. Utusan Online. Diambil pada Ogos 10, 2018 daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1122&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

N.a. (03 Disember 2015). CUEPACS sokong penjawat awam dinilai prestasi kerja. Utusan online. Diambil pada Ogos 10, 2018 daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cuepacs-sokong-penjawat-awam-dinilai-prestasi-kerja-1.165152

N.a. (18 April 2012). Penjawat awam perlu tingkat prestasi kerja. Sinar online. Diambil pada daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/penjawat-awam-perlu-tingkat-prestasi-kerja-1.40994

N.a. N.d. Pengurusan Prestasi. Diambil pada Jun 27, 2019 daripada https://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=100&Itemid=1978&lang=ms

Noralai Ismail dan Norhasni Zainal Abidin (2010).Tinjauan Faktor-faktor yang mempengaruhi Komitmen Pekerja terhadap Organisasi. Dinamika Sosial Ekonomi, Volume 6, No. 1Mei 2010. http://www.kopertis6.or.id/journal/index.php/sosek/article/view/8/8

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 2. 2005. Garis panduan bagi mewujudkan petunjuk-petunjuk prestasi utama atau key performance indicators (KPI) dan melaksanakan pengukuran prestasi di agensi kerajaan. Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Rambli Haji Hasbi (2001). Perkaitan Kepuasan Kerja dengan PrestasiKerja di kalangan Pekerja di Industri Pembuatan. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.https://ir.unimas.my/id/eprint/3758/1/Perkaitan%20kepuasan%20kerja%20dengan%20prestasi%20kerja%20di%20kalangan%20pekerja%20di%20industri%20pembuatan.pdf

Sardiman. A.M, ( 2000). Interaksi & Motivasi Belajar Mengajar. Jakarta: Rajawali Pers.

Zeichner, K. (1983). Individual and Institutional Factors Related to The Socialization of Beginning teachers. Teaching and Teacher Education, 3(3), 165-177.
Published
2019-11-24
How to Cite
Nordin, N. and Hassan, M. M. (2019) “Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja dalam kalangan Penjawat Awam. Kajian Rintis di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Negeri Pulau Pinang”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), pp. 11 - 20. doi: 10.47405/mjssh.v4i7.303.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)