Persepsi Impak Industri Pelancongan terhadap Kualiti Hidup Komuniti Setempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Abstract
Industri pelancongan merupakan salah satu industri terpenting yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek antaranya dari aspek ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan dalam pelbagai aspek ini boleh memberi impak kepada kualiti hidup komuniti setempat sama ada dalam bentuk yang positif mahupun negatif. Sebuah kajian telah dijalankan bagi mengkaji persepsi impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup komuniti setempat di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Batu Feringghi merupakan salah sebuah tempat pelancongan pesisiran pantai di negeri Pulau Pinang dan diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar oleh pihak berkuasa tempatan. Majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu. Seramai 383 komuniti setempat di Batu Ferringhi telah dipilih dan terlibat secara persampelan rawak mudah berlapis. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan set borang soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian-kajian lepas mengikut kesesuaian kajian yang dibuat. Instrumen kajian merangkumi soalan-soalan tentang latar belakang sosio-demografi komuniti setempat, persepsi impak industri pelancongan dan kualiti hidup komuniti setempat. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu Korelasi Pearson dan regresi. Hasil analisis kajian mendapati komuniti setempat memberi persepsi yang positif terhadap impak industri pelancongan terhadap kualiti hidup. Persepsi impak industri pelancongan oleh komuniti setempat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dari aspek ekonomi (r= 0.518), sosial (r= 0.420), budaya (r= 0.629) dan alam sekitar (r= 0.627) dengan kualiti hidup. Keempat-empat persepsi impak tersebut menunjukkan 52% kadar dalam mempengaruhi kualiti hidup komuniti setempat. Justeru itu, pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan di Batu Ferringhi perlu diteruskan kerana berupaya memberi impak yang positif kepada pembangunan kualiti hidup komuniti setempat di kawasan tersebut. Perancangan pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan perlu dirancang dengan mengambil kira perspektif kepentingan komuniti agar setiap pembangunan yang dibuat dapat meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan baru dan menambah pelbagai kemudahan asas untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat. Selain itu, penglibatan dan penyertaan aktif komuniti setempat dalam pertumbuhan dan pembangunan industri pelancongan juga perlu diterapkan.
Downloads
References
Ahmad, J. A. I. M. Z., Ibrahim, J. A., & Zakaria, N. (2011). Inap desa sebagai satu agen pembangunan sosioekonomi komuniti: Menelusuri perspektif pelajar-pelajar pengurusan pelancongan UUM. Prosiding Perkem VI, JILID, 2, 481-493.
Andereck, K. L., Valentine, K. M., Vogt, C. A. & Knopf, R.C. (2007). A cross-cultural analysis of tourism and quality of life perceptions. Journal of Sustainable Tourism 15(5): 483-502.
Aref, F. 2011. The effects of tourism on quality of life: A Case Study of Shiraz, Iran. Life Science Journal 8(2): 26-30.
Asnarulkahdi Abusamah (2003). Pengenalan Pembangunan Komuniti. Selangor: Percetakan Selasih Sdn Bhd, 2003.
Azemi Che Hamid (2006). Persepsi Kualiti Hidup: Satu Tinjauan Ke Atas Penduduk Bandar Seri Kertih, Kemaman, Terengganu dalam Norhaslina Hassan 2006. Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia: Ke Arah Kualiti Hidup Mapan. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Badaruddin Mohamed (2008). Pelancongan Lestari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brunner, E. (2005). Culture on Tour: Ethnographies of Travel. Chicago: University of Chicago Press.
Bryman, A. (2001). Sosial Research Methods. Oxford: Oxford University Press.
Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). New York: John Wiley.
Eshliki, S. A., & Kaboudi, M. (2012). Community Perception of Tourism Impacts and Their Participation in Tourism Planning: A Case Study of Ramsar, Iran. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 36, 333-341.
George, G., & Mallery, P. (2003). SPSS for windows step by step: a simple guide and reference, 11.0 update. Boston, MA: Allyn & Bacon
Gregory, D., Johnston, R., Pratt, G., Watts, M., & Whatmore, S. (2011). The dictionary of human geography. Oxford: John Wiley & Sons.
Hall, C.M., (2000). Tourism planning: Policies, processes and relationships (1st ed.). Essex: Pearson Education Limited, 2000.
Hua, A. K. (2017). Melaka sebagai pusat pelancongan dunia: Dapatkah dipertahankan? (Malacca as a world tourism centre: Is it sustainable?). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(9).
Ibrahim, Y. (2006). Komuniti Melayu Pulau Tioman: Isu dan cabaran dalam konteks pembangunan pelancongan. Jurnal Melayu, 2.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2019). Buletin Perangkaan Sosial.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, Pulau Pinang 2010.
Kalsom Kayat & Nor Ashikin Moh Nor (2005). Penglibatan ahli komuniti dalam program pembangunan komuniti: Program homestay di Kedah. Akademika, 2005, 67, 75-100.
Kayat K (2009) Community based tourism in developing countries. Paper presented at the International Seminar on Community Based Tourism, Shah Alam, Malaysia, 4-5 August.
Kim, K. 2002. The Effects of Tourism Impacts upon Quality of Life of Residents in the Community. Ph.D Thesis, Faculty of the Virginia Polytechnic Institute and State University. Blacksburg, Virginia.
Kim, K., Uysal, M., & Sirgy, M. J. 2013. How does tourism in a community impact the quality of life of community residents? Tourism Management 36: 527-540.
Konting, M. M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Mendenhall, W., Beaver, R. J., & Beaver, B. M. (2012). Introduction to probability and statistics. Cengage Learning.
Moscardo, G. 2009. Tourism and quality of life: towards a more critical approach. Tourism and Hospitality Research 9(2): 159-170.
Mowforth, M. & Munt, I. 2003. Tourism and Sustainability. Development and New Tourism in the Third World. London: Routledge Publishing.
Nordin, N. S., & Ahmad, H. (2020). Pemetaan Aset dan Penglibatan Komuniti dalam Pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi. Jurnal Wacana Sarjana, 4(2), 1-13.
Noor, H. M., Zainol, R. M., Ling, N. G., Mapjabil, J., Ismail, R., Ab Rahman, B., & Kumalah, M. J. (2017). Faktor budaya dan bukan budaya dalam mempengaruhi lawatan ulangan: Kajian kes pelancong asing Pulau Pinang (Cultural and non-cultural factors influencing repeat visits: A case study of Penang’s foreign tourists). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(12).
Peterson, M., & Malhotra, N. (2000). Country segmentation based on objective quality-of-life measures. International Marketing Review, 17(1), 56-73.
Puczko, L., & Smith, M. (2001). Tourism specific quality of life index: The Budapest model. Dlm. Quality of Life Community Indicators for Parks, Recreation and Tourism, disunting oleh M. Budruk & R. Phillips. Springer.
Ridho, T. K. (2016). The Influence of CSR on Performance and Its Determinants in Listed Companies in Indonesia, (10), 259-268.
Ruzanna Syamimi Ramli, New Gaik Ling, Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh (2011) Faktor yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong antarabangsa: Suatu tinjauan awal. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-VI 2011. Jilid II. Everly Resort Hotel, Melaka. 5-7 Jun.
Samad, S., Shukor, M. S., & Mohd Salleh, N. H. (Eds.). (2013). Impak Pembangunan Industri Perlancongan Kepada Komuniti di Pulau Langkawi: Vol. PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (Issue (2013) 207-216). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Salleh, N. H. M. (2014). Sustainable Livelihood and Community Perception of Tourism Development: A Case Study of Langkawi Island, Malaysia. Semantic Scholar.
Salleh, N. H. M., Shukor, M. S., & Idris, S. H. M. (2017). Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman (The Impact of Tourism Development on Humanity and Physical Environment of Pulau Tioman Community). Akademika, 87(3).
Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business: A Skill-Building Approach (2 ed.). New York: John Willey & Sons
Shudie, N. F. B., & Gani, N. (2020). Impak Industri Pelancongan Terhadap Penduduk Kampung Tellian Tengah, Mukah, Sarawak: Satu Kajian Awal. Trends in Undergraduate Research, 3(2), H16-21
Shukor, M. S., Salleh, N. H. M., Othman, R., & Idris, S. H. M. 2014. Perception of homestay operators towards homestay development in Malaysia. Jurnal Pengurusan 42: 3-17
Unit Perancang Ekonomi (1999). Laporan Kualiti Hidup Malaysia 1999. Jabatan Perdana Menteri. Dicapai pada Oktober 1, 2010.
Yu, C-P., Chancellor, H. C. & Cole, S. T. 2011. Examining the effects of tourism impacts on resident quality of life: Evidence from rural Midwestern Communities in USA. International Journal of Tourism Sciences 11(2): 161-186.
Yussof, I., Omar, M., & Saat, G. (2017). Impak Pembangunan Langkawi Ke Atas Corak Pekerjaan Dan Guna Tenaga Di Pulau Dayang Bunting, Langkawi (The Impact of Langkawi Development on Occupation and Employment Patterns in Pulau Dayang Bunting, Langkawi). e-Bangi, 4(1).