Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam kalangan Guru Arus Perdana

  • Noor Syahira Jalaluddin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Mohd Mokhtar Tahar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Pendidikan inklusif, Pedagogi inklusif, Guru arus perdana, Murid masalah pembelajaran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pendidikan inklusif dalam kalangan guru arus perdana yang dilaksanakan di dua buah sekolah rendah yang melaksanakan pendidikan inklusif di Melaka Tengah. Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes menggunakan Teori Pelaziman Operan Thorndike dan Model Le Francois. Kajian ini melibatkan sampel seramai lima orang guru arus perdana yang melaksanakan pendidikan inklusif. Kesahan dan kebolehpercayaan dilakukan melalui kaedah triangulasi iaitu menggunakan lebih daripada satu kaedah untuk mengumpul data. Data dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian. Semua dapatan data akan dianalisis menggunakan aplikasi Nvivo untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana pedagogi inklusif dilaksanakan oleh guru-guru yang dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati pelaksanaan pendidikan inklusif adalah di tahap sederhana di mana guru-guru arus perdana yang melaksanakan pendidikan inklusif dapat dikategorikan sebagai guru yang mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan inklusif dan mereka juga melaksanakan pedagogi inklusif di dalam kelas. Walau bagaimanapun, masih juga terdapat di antara peserta kajian yang dapat dilihat masih kurang pengetahuan mengenai perancangan proses pengajaran dan pembelajaran Program Pendidikan Inklusif. Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan serta menitik beratkan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah supaya dapat menjayakan usaha kerajaan bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan inklusif di negara kita.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aliaa Ismail. (2013). Sikap dan peranan guru dalam memperkasakan Pendidikan Khas. Tesis, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Caldwell, J. (2010). Leadership development of individuals with developmental disabilities in the self-advocacy movement. Journal Of Intellectual Disability Research, 54(11), 1004–1014.

Creswell, J. W. (2013). Qualitative Inquiry And Research Design: Choosing Among Five Approaches (3rd ed.). Sage.

Dayang Tiawa Awang Hamid, Abdul Hafidz Haji Omar & Rio Sumarni Sariffudin. (2017). Aplikasi perisian nvivo dalam analisis data kualitatif. 3rd International Qualitative Research Convention, hlm. 1-18.

Florian, L. (2019). On the necessary co-existence of special and inclusive education. International Journal of Inclusive Education, 1, 1-14.

Gay, L., Mills. G. & Airasian, P. (2006). Educational Research: Competencies for Analysis And Application (8th Ed.). New York: Prentice Hall.

Lewis, R. B. & Doorlag, D. H. (2011). Teaching Students with Special Needs In General Education Classrooms (8th Ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.

Marohaini Yusoff. (2001). Pengutipan Dan Pengumpulan Data Perlakuan Dan Proses Menulis Karangan Dalam Bilik Darjah. Penerbit Universiti Malaya.

Mohammad Azman Jongkulin, Roslee Talip & Muhamad Suhaimi Taat. (2019). Pendidikan Inklusif: Efikasi kendiri guru prasekolah. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),4(7), 87-95.

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Perancangan Dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mustafa Che Omar & Siti Fatimah Salleh. (2018). Keperluan terhadap guru resos bagi Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah menengah: Satu kajian kes. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, hlm. 1431-1447.

Norfishah Mat Rabi, Nor Hasnida Che Md Ghazali, Nor Aizal Akmal Rohaizad & Mohd Yusof Zulkefli. (2018). Readiness of pre-service teacher to teach student with special needs through inclusive education course. International Journal of Academic Research in Progressive Education & Development, 7(4), 200-210.

Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid berkeperluan khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. International Conference on Special Education In Southeast Asia Region 6th Series 2016, hlm. 29-35.

Pajares, M. F. (1992). Teachers’ Belief and Educational Research: Cleaning Up a Messy Construct. Review of Educational Research, 62(3), 307-332.

Saloviita, T. (2020). Attitudes of teachers towards inclusive education in Finland. Journal of Educational Research, 64(2), 270-282.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah pengajaran guru dalam pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal, 1(2), 243-263.

Tin, A. C., & Wah, L. L. (2018). Pendidikan Inklusif. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

UNESCO. (1994). The Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education. Paris: UNESCO.

Van, R. E. (2007). An Illuminative Evaluation of The Workplace Learning Component Of UNISA's Diploma In Animal Health. School of Education: University of the Witwatersrand.

Zagona, A. L., Kurth, J. A., & MacFarland, S. Z. C. (2017). Teachers’ views of their preparation for inclusive education and collaboration. Teacher Education and Special Education, 40, 163-178.

Published
2022-02-10
How to Cite
Jalaluddin, N. and Tahar, M. M. (2022) “Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam kalangan Guru Arus Perdana”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), p. e001280. doi: 10.47405/mjssh.v7i2.1280.
Section
Articles