Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Sains Sekolah Menengah terhadap Strategi Pembelajaran Berasaskan Otak dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru Sains sekolah menengah terhadap strategi Pembelajaran Berasaskan Otak (PBO) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian melibatkan 100 orang guru Sains dari beberapa sekolah di daerah Kuala Langat, Selangor. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang responden bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil kajian rintis menunjukkan item yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi MANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian komputer program Statistical Package for the Social Science (SPSS) 26.0. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru mengenai PBO adalah tinggi manakala tahap kesediaan guru mengaplikasikan strategi PBO dalam PdPc adalah rendah. Analisis inferensi menunjukkan secara keseluruhannya tempoh pengalaman mengajar adalah tidak signifikan terhadap pemboleh ubah bersandar dalam kajian dengan nilai F=1.637 dan sig 0.139, p> 0.05. Jantina juga adalah tidak signifikan terhadap tahap pengetahuan PBO dan tahap kesediaan mengaplikasikan PBO dalam PdPc terhadap pemboleh ubah bersandar dalam kajian dengan nilai F= 1.195 dan sig 0.307, p>0.05. Oleh itu, kajian ini adalah diharapkan dapat membantu guru-guru mempelbagaikan strategi yang berkesan bagi meningkatkan motivasi dan kefahaman murid.
Downloads
References
Anis Diyana Halim & Salmiza Saleh. (2016). Kecenderungan otak dan hubungannya dengan pencapaian dan motivasi pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 65-70.
Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. (2018). Kesediaan guru sains sekolah rendah terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-2. Jurnal pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 8(1), 82-97.
Ermertah Johari. (2018). Penyerapan pemikiran inventif dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah berdasarkan jantina, mengajar dan kategori sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 39-47.
Etin Solihatin, La Ode Ahmad Jazuli & Zulfiati Syahrial. 2019. The effects of brain-based learning and project-based learning strategies on student group mathematics learning outcomes student visual learning styles. Pedagogical Research, 4(4), 1-8.
Fatahiyah Mohamed Hata & Diyana Mahmud. 2020. Kesediaan Guru Sains dan Matematik dalam Melaksanakan Pendidikan Stem dari Aspek Pengetahuan, Sikap dan Pengalaman Mengajar. Akademika, 90(3), 85-101.
Fazrin Fazil & Salmiza Saleh. 2016. Keberkesanan pendekatan pengajaran berasaskan otak dalam meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan empat terhadap pembelajaran konsep dan mekanisme fotosintesis. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31, 69- 83.
Fullan, M. (2001). The New Meaning of Educational Change. Edisi ketiga. London. Rouledge Falmer.
Ilker Etikan. 2016. Comparison of convenience sampling and purposive sampling. American Journal of Theoretical and Applied Statistic, 5(1), 1.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya. KPM
Mohd Qhairil & Zamri Mahamod. 2018. Tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru bahasa melayu sekolah kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 13-24.
Nor Amira Mazlin & Zanaton Iksan. (2018). Kesan pendekatan pengajaran berasaskan otak terhadap motivasi pembelajaran fizik. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, 54 (8), 210-224.
Salmiza Saleh. (2018). ABC Pendekatan pengajaran berasakan otak. Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Sumarni Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya VLE Frog dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53- 62.
Zarina Abdul Rashid. (2017). Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi KBAT [Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia]. Semanticscholar://www.semanticscholar.org/author/Z.-A.-Rashid/1975082