Pengetahuan Neurolinguistik Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah di Daerah Betong, Sarawak

  • Aminah Hanisah Md Salleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Shahlan Surat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Salleh Amat Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Neurolinguistik, Psikologi, Neurologi, Linguistik, Sains

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan Neurolinguistik dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Betong, Sarawak. Neurolinguistik merupakan gabungan dua bidang iaitu neurologi dan linguistik. Neurolinguistik adalah suatu bidang kajian dalam ilmu linguistik yang membincangkan struktur otak yang dimiliki seseorang untuk memproses bahasa, termasuk di dalamnya gangguan yang terjadi dalam mengungkapkan bahasa. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah dalam bidang Neurolinguistik. Seramai 105 orang guru yang mengajar di sekolah rendah di daerah Betong telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah di daerah Betong mempunyai tahap pengetahuan yang rendah terhadap bidang Neurolinguistik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Annisa Wahyuni, (2019). Penerapan bimbingan klasikal dengan pendekatan Neuro Linguistik Programming dalam pembinaan akhlak terpuji pada peserta didik di Sekolah Dasar Negeri 3 Karang Anyar. Fakultas Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Intan Lampung. http://repository.radenintan.ac.id/id/eprint/14094

Awatif A.R et. al. (2019). Tahap kompetensi guru bahasa Arab di SABK DI Malaysia: Satu dimensi. Universiti Kebangsaan Malaysia, 16(2), 1-13.

Bandler & Grinder (1982). Reframing Neuro-Linguistic Programming and the Transformation of Meaning. Real People Press

Bavister et al. (2004). NLP for Personal Success. Pustaka Besar, Yogyakarta

Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan. Malaysia: Mcgraw-Hill Education

Gaffar, M. A. et al. (2021). Manajemen pelatihan berbasis Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam mengembangkan kompetensi dan profesionalisme guru. Media Nusantara. http://ojs.uninus.ac.id/index.php/MediaNusantara/issue/view/132

Grant, B. (2014). Dimensions of Internet use: amount, variety, and types. Volume 17, 2014 - Issue 4: Communication and Information Technologies Section (ASA)

Huzaimi Alias. (2020). Persepsi pembelajaran dewasa melalui teknologi blog Web 2.0. Journal of personalized learning. https://spaj.ukm.my/jplearning/index.php/jplearning/issue/view/8

Mohd Zaidi et al. (2020). Cabaran pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah pedalaman: Bersediakah dalam melaksanakan KBAT? Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. http://mjs.um.edu.my/index.php/JUKU/issue/view/1686

Nadiyah A.W. (2020). Pengaruh metode hypnoteaching melalui Neuro Linguistic Programming (NLP) terhadap motivasi belajar peserta didik pada pembelajaran fisika di SMA Negeri 1 Padang Cermin. Fakultas Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung. http://repository.radenintan.ac.id/id/eprint/12951

O’Connor et al. (1994). Neuropsychology and Linguistic Talent. Journal of Neurolinguistics, 8(2). https://doi.org/10.1016/0911-6044(94)90019-1

Umair Majid. (2018). Research fundamentals: Study design, population and sample size. URNCST Journal 2(1): 1-7. doi: 10.26685/urncst.16.

Yong, H. M. (2019). Penggunaan peneguhan positif dalam modifikasi tingkah laku hiperaktif kanak-kanak. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yuliawan (2014). The Art of Enjoying Life, Kiat Sederhana Mengelola Pikiran untuk Hidup Bahagia. PT Serambi Ilmu Semesta

Zainal et al. (2018). Understanding Natural Approach for Teaching Productive Skills. ELS Journal on Interdisclipnary Studies In Humanities, 1(2). https://doi.org/10.34050/els-jish.v1i2.4355

Published
2022-04-10
How to Cite
Md Salleh, A. H., Surat, S. and Amat, S. (2022) “Pengetahuan Neurolinguistik Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah di Daerah Betong, Sarawak”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), p. e001397. doi: 10.47405/mjssh.v7i4.1397.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>