Kepuasan Atlet Bola Tampar: Hubungannya dengan Pengurusan Risiko di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

  • Muhamad Suhaimi Taat Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Ahmad Fadly Abdul Rahman Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Hasnol Nordin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Nazmizan Muhammad Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Keywords: pengurusan, risiko, kepuasan, universiti, atlet

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengurusan risiko dengan kepuasan atlet bola tampar di institusi penggajian tinggi di Malaysia. Seramai 240 orang atlet yang terdiri daripada atlet bola tampar di 20 buah universiti awam di Malaysia sebagai responden. Kajian ini ialah satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Adaptasi soal selidik telah digunakan dalam kajian ini berdasarkan Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ) (Reimer & Chelladurai, 1998) & Asiah Pilus (2009) dan Pengurusan Risiko (Fatimah Mustaffa (2015) dan Jaffry Zakaria (2015). Kajian rintis dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisa data kajian menggunakan program SPSS versi 24.0 (Statiscal Package for Social Science). Analisis statistik diskriptif dan inferensi digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara pengurusan risiko dengan kepuasan atlet. Aspek pengetahuan jurulatih menunjukkan hubungan kuat dengan kepuasan atlet. Aspek aktiviti semasa latihan menunjukkan hubungan yang rendah terhadap kepuasan atlet. Kajian ini mencadangkan pengurusan risiko dalam latihan dan pertandingan terhadap atlet universiti boleh disesuaikan dengan keperluan semasa seperti kecekapan kakitangan sukan dan jurulatih. Kakitangan sukan dan jurulatih perlu berinovatif dan mempunyai ilmu yang baik dalam mengendalikan pengurusan risiko agar keselamatan dan prestasi atlet berada di tahap yang baik. Justeru itu, atlet lebih yakin dengan persekitaran latihan dan pertandingan yang selamat bagi mencapai tahap kepuasan yang maksima dan meningkatkan prestasi atlet. Selain itu, penyediaan pengurusan risiko yang baik dan selamat dapat mendorong atlet atau pelajar bergiat aktif dalam aktiviti sukan di peringkat kampus hingga mewakili universiti ke peringkat yang lebih tinggi dan menjaga kualiti hidup yang normal dan harmoni.

Statistics
Abstract views: 159 , PDF downloads: 137

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anuar Din, Salleh Abd Rashid & Mohd Isha Awang (2015). Aspek Pengurusan Program Latihan & Kesannya Terhadap Kepuasan Atlet Sekolah Sukan. International Journal of Management Studies, 22(1), 73 – 95

Aminuddin Yusof & Shamsarizal Abd Aziz (2011). Hubungan Antara Kualiti Perkhidmatan Kemudahan Sukan Kolej Matrikulasi Dengan Kepuasan Pelajar. Universiti Putra Malaysia, Kajian yang tidak diterbitkan.

Asiah Hj Mohd Pilus, Aminuddin Yusof, Jamil Bojei, Mohd Sofian Omar Fauzee, Bahaman Abu Samah, Rabiatul Adawiah Ab Aziz (2010). The relationship of sportscape, motivation, loyalty satisfaction and intention to watch Malaysia Cup football. American Journal of Scientific Research, 7, 52-63

Berger, B. G. & Tobar, D. A. (2007). Physical activity and quality of life: Key considerations.

In G. Tenenbaum & R. C Eklund (Eds), Handbook of sport psychology (3rd ed., pp. 598-620). New York; Wiley & Sons.

Collis, J. (2006). When Your Custamer Wins, You Can’t Lose. New Delhi : Leads Press.

Chelladurai, P., & Riemer, H.A. (1997). Aclassification of athlete satisfaction. Journal of Sport Managment, 11: 133-159.

Fatimah Mustaffa (2015). Konstruk amalan pengurusan risiko sukan kearah penghasilan kerangka konsep APRS jurulatih Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Haliyana Tonot & Atiah Ibrahim (2014). Penilaian Kualiti Perkhidmatan Di One Stop Centre (OCS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Fakulti Pengurusan & Muamalah (FPM).

Jaffry Zakaria, Mohd Taib Harun & Norlena Salamudin (2015). Peranan amalan pengurusan risiko terhadap perkembangan aktiviti sukan dan rekreasi dalam meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat. ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia.

Lachlan P. James • Vincent G. Kelly • Emma M. Beckman (2014). Injury Risk Management Plan for Volleyball Athletes. Sports Med DOI 10.1007/s40279-014-0203-9.

Muhamad Suhaimi Taat & Mohd Affendi Ariffin. (2021). Motivation as Mediator between the Qualities of Sports Services with the Development of Human Capital of Sports Culture: A Structural Equation Model Analysis. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education,12 (6), 3677-3681.

Nor Eeza Zainal Abidin*, Tajul Arifin Muhamad & Jamil Ahmad (2019). Kualiti Perkhidmatan Fasiliti Sukan di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1) Isu Khas, 55-66.

Riemer, H.A., & Chelladurai, P (1998). Development of the athlete satisfaction questionnaire (ASQ). Journal of Sport exercise psychology, 20, 127-156.

Jin Ho Choi. (2006). The relationship among tranformational leadership, organizational outcomes, and service quality in five major NCAA conferences. Master Thesis, Texas A&M University, USA Texas.
Published
2021-06-10
How to Cite
Taat, M., Abdul Rahman, A. F., Nordin, H. and Muhammad, N. (2021) “Kepuasan Atlet Bola Tampar: Hubungannya dengan Pengurusan Risiko di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), pp. 187 - 195. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.826.
Section
Articles