Kesediaan Guru Sejarah Terhadap Penggunaan Google Classroom

  • M. Kaviza Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM)
Keywords: kesediaan, Google Classroom, guru, mata pelajaran sejarah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan terhadap penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru sejarah. Sampel kajian ini terdiri daripada 60 orang guru. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kesediaan terhadap penggunaan Google Classroom berada pada tahap tinggi secara keseluruhannya. Dari segi konstruknya pula, tahap kesediaan dari aspek pengetahuan berada pada tahap tinggi, manakala tahap kesediaan dari aspek kemahiran pula berada pada tahap sederhana terhadap penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru lelaki dan guru perempuan dalam kajian ini. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min kesediaan dari aspek pengetahuan dan kemahiran terhadap penggunaan Google Classroom berdasarkan jantina. Kajian ini mencadangkan kepada guru-guru sejarah untuk menggunakan Google Classroom dengan efektif dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad, A.Y & Ahmad, S. (2020). Google Classroom as learning platform in teaching writing. British Jurnal Bahasa dan Sastera Inggeris, 9(1), 48-64.

Izwan Nizal Mohd Shaharanee, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi Mohamad Rodzi. (2016). Google Classroom as tool for actice learning. AIP Conference Proceedings, 1761, 1-8.

Jamil Ahmad (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kaukah, A.Z. (2018). Effectiveness of Google Classroom: Teachers’ perceptions. PRIZREN Social Science Jurnal, 2(2), 52-66.

Kaviza, M. (2020). Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal Social Sciences and Humanities, 5(4), 108-115.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lilis, D.F & Heri, S. (2020). Perbandingan tingkat Usability Google Classroom berdasarkan perspektif teachers’ pada penguruan tinggi. SISTEMASI: Jurnal Sistem Informasi, 9(1), 63-72.

Maulana, M., Desi, W.M. E.S & Lain, P. (2019). The strengths and pitfalls of Google Classroom approach to Gen-2 students’ learning hybridity. Proceedings of International Conference on Islamic Education: Challenge in technology and literacy faculty of Education and teacher training, Universitas Islam Negeri Maulna Malik Ibrahim Malang, November, 6-7 (4), 297-301.

Muhammad, L.H., Wibawo, H.P & Jan, W. (2019). Pre-service student teachers’ perception of using Google Classroom in a blended course. Humanities & social Sciences Reviews, 7(2), 363-368.

Norasyikin Osman & Mohd Isa Hamzah (2016). Hubungan kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran berasaskan Blended Learning berdasarkan jantina dan program. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 1-9.

Nunnally, J.C., & Bernstein, I.H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York: McGraw Hill.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Published
2020-08-02
How to Cite
Kaviza, M. (2020) “Kesediaan Guru Sejarah Terhadap Penggunaan Google Classroom”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(8), pp. 133 - 139. doi: 10.47405/mjssh.v5i8.657.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 > >>