Korelasi Antara Motivasi Intrinsik dengan Pencapaian Subjek Sejarah
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara motivasi intrinsik dengan pencapaian subjek sejarah, di samping menentukan sama ada pembolehubah peramal iaitu minat, kompetensi, usaha, tekanan, pilihan, kebergunaan dan keberkaitan menyumbang secara signifikan dengan pencapaian subjek sejarah. Seramai 521 orang murid Tingkatan Empat terlibat dalam kajian ini yang diplih melalui teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik Intrinsic Motivation Inventory dan ujian pencapaian subjek sejarah yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang baik. Data kuantitatif dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi Pearson dan ujian Regresi Pelbagai melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear negatif yang rendah secara signifikan antara motivasi intrinsik dan pencapaian subjek sejarah. Selain itu, konstruk minat, pilihan dan kebergunaan telah melaporkan terdapat hubungan linear negatif yang sederhana tinggi dengan pencapaian subjek sejarah, manakala kontruk kompetensi, usaha, tekanan dan keberkaitan mempunyai hubungan linear negatif yang rendah dengan pencapaian subjek sejarah. Tambahan pula, minat, pilihan, usaha dan kebergunaan merupakan pembolehubah peramal yang menyumbang secara signifikan, manakala kompetensi, tekanan, dan keberkaitan merupakan pembolehubah peramal yang menyumbang secara tidak signifikan terhadap pencapaian subjek sejarah dalam kajian ini. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada semua pihak untuk bekerjasama bagi meningkatkan motivasi intrinsik dalam kalangan murid disebabkan mempunyai kaitan terhadap peningkatan dan penurunan pencapaian subjek sejarah.
Downloads
References
Anastasia Sri Mendari & Suramaya Suci Kewa. (2015). Motivasi belajar pada mahasiswa. Jurnal Pendidikan Akuntasi Indonesia, 8(2), 1-13.
Azizi Haji Yahaya, Yusuf Boon & Kamaliah Noordin. (2005). Hubungan antara konsep kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference on Learning and Motivastion, 10-12 Sept 2005, City Bayview Hotel, Langkawi.
Berita Harian. (2019). SPM 2018: Pencapaian lebih baik, GPN 4.89. Retrieved from: www.bharian.com.my
Creswell, J.W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (4th ed). United States: Pearson International.
Crow & Crow. (1993). Psikologi Pendidikan untuk Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Davies, J. A. (1971). Elementary Survey Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Deci, E.L., & Ryan, R.M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination of human behavior. New York: Pletium.
Fariza Mohd Isa & Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman. (2018). Cara meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 1065-1072.
Fatimahwati Halim & Ling Sin Chieng. (2016). Hubungan antara determinasi kendiri, Personality Bing Five dengan motivasi pencapaian dan pencapaian akademik. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(2), 114-126.
Ghulami, E., Khoda, P.M.K., Rahimi, N.A.S., & Heidori, M. (2007). Relationships of academic achievement and self concept with academic achievement thought weigh grade students in sciences lessons based on analysis of result ‘Nym2-R’. Journal of Iranian Psychologist, 7, 207-218.
Hee, J.M., & Siti Liyana Mohamad Yusuff. (2011). Hubungan antara tahap motivasi dengan pencapaian akdemik pelajar pendidikan Jarak jauh Universiti Sains Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education, 1-11.
Krejie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota.
Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Musab Sahrin. (2018). Tahap motivasi holistik, intrinsik dan ekstrinsik terhadap pembelajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan graduan university awam. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 33, 75-93.
Mahmood Nazar Mohamed. (190). Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zaki Ahmad & Mohd Zaki Abd Rahman. (2014). Intrinsik dan Ekstrinsik: Tinjauan motivasi dalam kalangan pelajar sekolah agama. International Research Management and Innovation Conference, 17-18 November 2014.
Muhamad Aizat Nordin & SIti Huzaifah Mohamad (2018). Hubungan antara motivasi kendiri dengan pencapaian matematik pelajar tingkatan 5 di daerah Rompin. E-procedings National Innovation and Invention Competition through Exhibition (icompEX18).
Nitko, A. J. (2004). Educational Assessment of Students. (4th ed). Upper Saddle River: Merril.
Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Jamil Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2014). Hubungan konsep kendiri dan motivasi pelajar dengan pencapaian kursus di sebuah politeknik. International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education, 1(1), 1-10.
Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd ed.). New York: McGraw Hill.
Pelletier, L.G., Fortier, M.S., Vallerand, R.J., Tuson, K.M., Briere, N.M., & Blais, M.R. (195). Towards a new mesure of intrinsic motivation, extrinsic motivation and motivation in sports. The Sport Motivation Scale (SMS). Journal of Sport and Exercise Psychology, 17, 35-53.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1992). Psikologi perkembangan untuk bakal guru. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ryan, R.M., & Deci, E.L. (2000). Self determinations theory and the facilitations of intrinsic motivation, social development and well-being. American Psychologist, 55, 68-78.
Saedah Siraj, Zainu Ishak & Tunku Mohani Tunku Mohktar. (1996). Motivasi dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Saemah Rahman & John, A.P. (2006). Hubungan antara kesedaran metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik pelajar universiti. Jurnal Pendidikan, 31, 21-39.
Sheldon, K.M., & Elliot, A.J. (1998). Not all personal goals are ‘personal’: Comparing autonomous and controlling goals on efforts and attainment. Personality and Social Psychology Bulletin, 24, 546-557.
Soleiman, N. L., & Shahraray, M. (2001). Relationship of locus of control and self regulation with academic achievement. Journal of Psychology and educational Sciences, 2, 175-198.
Stipek, D. (2002). Motivation to learn, from theory to practice (4th ed). Boston: Allyn & Bacon.