Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sejarah dalam Menggunakan Aplikasi-Aplikasi Pembelajaran Digital Terkini
Abstract
Pengaplikasian aplikasi digital terkini dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu teknik pedagogi baharu yang perlu dikuasai oleh guru Sejarah pada masa kini. Perkembangan teknologi menggalakkan guru dan murid untuk menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran digital terkini menjadikan murid kurang minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Sejarah dalam menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran digital terkini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan diedarkan secara dalam talian. Enam puluh orang responden dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini yang terdiri daripada guru-guru Sejarah di Daerah Kota Tinggi. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Hasil analisis data deskriptif mendapati bahawa min bagi tahap penggunaan aplikasi–aplikasi pembelajaran digital terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada aras yang tinggi. Ini bermakna guru-guru Sejarah sememangnya menggunakan aplikasi–aplikasi pembelajaran digital terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Kajian ini boleh dijadikan sebagai kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin mengkaji isu kajian ini dari segi persepsi murid. Secara keseluruhan, kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dalam usaha memperkasakan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
Downloads
References
Aliyyah, R. R., Rasmitadila, Humaira, M. A., Mujahidin, E., Suryadi, Widyasari, & Rachmadtullah, R. (2020). Are the assessment criteria and the role of educational stakeholders able to make outstanding teacher. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(6), 8946-8957.
Ambigapathy Pandian & Suthagar Narasuman. (2003). Literasi teknologi komputer: Persepsi dan penggunaan di kalangan guru: Penyelidikan dan peninjauan untuk Pendidikan. [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti Putra Malaysia.
Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2017). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.
Bolkan, S., Goodboy, A. K., & Griffin, D. J. (2011). Teacher leadership and intellectual stimulation: Improving students' approaches to studying through intrinsic motivation. Communication Research Reports, 28(4), 337-346.
Cholik, C. A. (2021). Perkembangan teknologi informasi komunikasi/ICT dalam berbagai bidang. Jurnal Fakultas Teknik Kuningan, 2(2), 39-46.
Chua, Y. P. (2011). Kaedah penyelidikan (Edisi Kedua). Mc Graw Hill.
Chung, M. C. H., & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-65.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research methods in education (7th ed.). Routledge.
Jamalludin Harun & Nur Khairul Safrah Jamri. (2010). Kajian berkaitan pengaplikasian teori pembelajaran dalam pembangunan bahan pembelajaran digital di kalangan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan. Repositori Universiti Teknologi Malaysia.
Johawati Juhary. (2014). Perceived usefulness and ease of use of the learning management system as a learning tool. International Education Studies, 7(8), 23-34.
Joicy, A. J., & Sorman, S. A. (2018). Perception of WhatsApp usage among students of College of Excellence: A case study. Indian Journal of Information Sources and Services, 8(1), 73-78.
Joo, Y. J., Park, S., & Lim, E. (2018). Factors influencing preservice teachers’ intention to use technology: TPACK, teacher self-efficacy, and Technology Acceptance Model. Educational Technology and Society, 21(3), 48–59.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khodijah Abdul Rahman, Siti Zaharah Mohiddan & Roslinda Ramli. (2018). Kesediaan guru menggunakan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah agama di Selangor. Proceeding of 4th International Conference on Information Technology and Society 2018, 1-9. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Kaviza, M. (2020). Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal Social Sciences and Humanities, 5(4), 108-115. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i4.397
Manibarathi Nagaretnam & Muhammad Sofwan Mahmud. (2022). Kesediaan guru dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran Matematik abad ke-21 di sekolah rendah: sebuah tinjauan literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001876. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1876
Mariani Omar. (2022). E-Pembelajaran dan kepuasan kerja pasca pandemik Covid-19 dalam kalangan pensyarah unversiti. Al-Takamul al-Ma’rifi, 5(1), 1-20.
Mohamed Amin Embi. (2013). Web 2.0 interactive tools: A quick guide. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamed Nazul Ismail. (2020). Cabaran kepimpinan dalam pengurusan pembelajaran digital. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 3, 20-24.
Muhammad Alif Redzuan Abdullah & Sanimah Hussin. (2019). Sikap dan persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia. Jurnal Linguistik, 23(1), 51-57.
Muhammad Zulfiqar Mat Liu & Anuar Ahmad. (2021). Minat murid terhadap gaya, kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), 211-221. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2 .676
Munirah Madzlan & Kamariah Abu Bakar. (2022). Kemahiran dan motivasi guru serta keberkesanan terhadap penggunaan Telegram dan Whatsapp dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), e001761. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1761
Nalini Munusamy & Norazah Mohd Nordin. (2021). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Tamil terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 666-682.
Namiha Yahaya & Suziyani Mohamed. (2019). Tahap pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di bilik darjah. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, 54-66.
Nilavani Mahalingam & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.
Niveetha Mookan, Abdul Razaq Ahmad & Norasmah Othman. (2021). Pendekatan kepelbagaian pengajaran dari aspek penyampaian, alat bantu mengajar, pedagogi dan peneguhan dalam pembelajaran sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 227-238.
Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classroom sebagai pelantar m-pembelajaran: tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 278-292.
Nur Akalili Mohd Amin & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Kajian tinjauan persepsi murid sekolah menengah terhadap pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 344-361.
Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250–264.
Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9, 18-28.
Nurul Faiezah Husin, Hairulliza Mohamad Judi & Siti Aishah Hanawi. (2022). Pembelajaran pengaturcaraan bermakna: Model Integrasi Teknologi Berpusatkan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(1), 29-40.
Osodo, J., Indoshi, F. C., & Ongati, O. (2010). Attitudes of students and teachers towards use of computer technology in Geography education. Educational Research, 1(5), 145-149.
Raudhah, S., Mesiono, & Inom, N. (2016). The management of Tahfidz Al-Qur'an learning at homeschooling public learning center. Jurnal Manajemen Pendidikan Islam, 3(6), 537-547.
Ridho, S., Wardani, S., & Saptono, S. (2021). Development of local wisdom digital books to improve critical thinking skills through problem based learning. Journal of Innovative Science Education, 10(1), 1-7.
Rohayati Ismail, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Othman Talib. (2012). Hubungan antara kompetensi guru, sokongan dan prasarana sekolah dengan sikap guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 51-64.
Rustan, E., Hanifah, N., & Kanro, B. (2018). De-radicalization in the implementation of islamic education curriculum in SMA Masamba South Sulawesi. Dinamika Ilmu, 18(2), 271-283.
Sabariah. (2022). Manajemen sekolah dalam meningkatkan mutu pendidikan. Edukatif: Jurnal Ilmu Pendidikan, 4(1), 116–122.
Sidhartha, B. S. (2020). Google Classroom for techno-savy teacher and students. Studies In Indian Place Names (UGC Care Journal), 40(57), 96-101.
Siti Aishah Zainuddin & Kamariah Abu Bakar. (2021). Sikap guru prasekolah terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di prasekolah pedalaman daerah Baram. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 4(4), 115-123.
Siti Nurbaizura Che Azizan & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan home based learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. PENDETA Journal of Malay Language, 11, 46-57.
Suzlina Hilwani Baharuddin & Jamaludin Badusah. (2016). Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sekolah menengah terhadap penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 33-43.
Yogeswary Kuppusamy & Helmi Norman. (2021). Kemahiran teknologi dan kesediaan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa era pandemik dalam kalangan guru di sekolah rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 428-441.