Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Kontrak Perbankan Islam di Malaysia
Abstract
Artikel ini menganalisis pemerkasaan Bahasa Melayu dalam dokumentasi kontrak perbankan Islam di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada peranan standardisasi terminologi dalam meningkatkan kebolehfahaman kontrak, perlindungan pengguna dan kepastian undang-undang. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan perundangan doktrinal yang disokong oleh analisis kandungan dan kajian eksploratori melalui soal selidik terhadap 18 orang pakar dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada ahli akademik, hakim dan pegawai kehakiman. Analisis memberi tumpuan kepada kerangka perundangan perbankan Islam, dokumentasi kontrak, penggunaan terminologi Syariah dan bahasa perundangan serta keperluan standardisasi Bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran utama bukan semata-mata berkaitan penggunaan Bahasa Melayu, tetapi ketiadaan terminologi yang seragam, tepat dan mudah difahami dalam dokumentasi kontrak. Standardisasi dokumentasi sedia ada perlu dilengkapi dengan standardisasi terminologi bagi mengurangkan jurang makna antara institusi kewangan dengan pelanggan serta menyokong pembentukan persetujuan kontrak yang bermakna (meaningful assent). Berdasarkan dapatan tersebut, artikel ini mencadangkan satu kerangka perundangan berasaskan konsep legal infrastructure yang mengintegrasikan lima dimensi, iaitu normatif, institusi, operasional, terminologi dan hasil. Kerangka ini menempatkan standardisasi terminologi Bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada infrastruktur perundangan yang menyokong kebolehfahaman kontrak, perlindungan pengguna dan kepastian undang-undang dalam perbankan Islam di Malaysia.
Downloads
References
Alhomoud, G. N. J. (2022). On translating and drafting Sharia legal terms and expressions in Saudi contracts. Education Research International. Article 7167970.
Bank Negara Malaysia. 2022. Financial Sector Blueprint 2022–2026.
Blandino, P. (2024). The Possibility of a Uniform Legal Language at the Interplay of Legal Discourse, Semiotics and Blockchain Networks. Interantional Journal Semiot Law 37, 2083–2111.
Blasie, M. A.( 2024). The duty to make contracts understandable. Columbia Business Law Review, 2024(2), 467–544.
Byrne, W. H., Gammeltoft-Hansen, T., & Stappert, N. (2024). Legal infrastructures: Towards a conceptual framework. German Law Journal, 25(8), 1229–1246.
Dewan Bahasa dan Pustaka. n.d. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Endicott, Timothy. A. O.( 2000).Vagueness in law. Oxford University Press.
Fuller, L. L.(1969). The morality of law (Rev. ed.). Yale University Press.
Glogar, O. (2023). The concept of legal language: What makes legal language ‘legal’? International Journal for the Semiotics of Law, 36, 1081–1107.
Guli, P., & Hoti, N.( 2025). Law and legal language: A comparative analysis of legal and linguistic rules. Juridical Tribune Review of Comparative and International Law, 15(1), 63–75.
JRI Resources Sdn Bhd v Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad; President of Association of Islamic Banking Institutions Malaysia & Anor (Interveners) [2019] 3 MLRA 87.
Kementerian Pendidikan Tinggi. (2023). Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023–2030. Kementerian Pendidikan Tinggi.
Malaysia. (1950). Contracts Act 1950 (Act 136). Laws of Malaysia.
Malaysia.( 1957). Federal Constitution. Laws of Malaysia.
Malaysia.( 2009). Central Bank of Malaysia Act 2009 (Act 701). Laws of Malaysia.
Malaysia.( 2013). Islamic Financial Services Act 2013 (Act 759). Laws of Malaysia.
Markom, R., Pitchay, S. A., Zainol, Z. A., Abdul Rahim, A., & Merican, R. M. A. R. (2011). Adjudication of Islamic banking and finance cases in the civil courts of Malaysia. European Journal of Law and Economics, 36(1), 1–20.
Mohd Alias Ibrahim v RHB Bank Bhd & Anor [2011] 3 MLJ 26.
Mohd Yusoff, S. S., Oseni, U. A., Engku Ali, E. R. A., & Rapi, M. Z. H. (2025). Customers’ legal awareness and legal understanding on the contract of adhesion for Islamic home financing in Malaysia. Journal of Islamic Accounting and Business Research.
Mohd Yusoff, S.S. and Oseni, U.A. (2019). Standardisation of legal documentation in Islamic home financing in Malaysia: a literature survey. Journal of Islamic Accounting and Business Research, Vol. 10 No. 3.ms. 448-465.
Rahman, M. M., Karim, A., & Singh, M. K. M.( 2022). English language policy and planning: Issues and outcomes. The Journal of Asia TEFL, 19(3), 1079–1087.
Rustad, M. L. (2022). Why a new deal must address the readability of U.S. consumer contracts. Cardozo Law Review, 44(2), 521–594.
Sinal, M. (2019). Designing legal language in strengthening: The degree of legal certainty. Journal of Law, Policy and Globalization, 81, 94–100.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim v Bank Islam Malaysia Berhad [2012] 5 MLRA 402.















