Hubungan Tahap Aktiviti Fizikal dan Keseronokan Murid Sekolah Rendah dalam Pendidikan Jasmani
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap aktiviti fizikal dan tahap keseronokan kanak-kanak terhadap kesan penutupan sekolah. Soal Selidik digunakan dalam kajian tinjauan ini sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Seramai 123 responden daripada beberapa buah sekolah sekitar Pulau Pinang terlibat dalam kajian tinjauan ini. Tahap aktiviti fizikal diukur dengan instrumen soal selidik Physical Activity for Children Questionnaire (PAQ-C) manakala tahap keseronokan diukur menggunakan instrumen soal selidik Physical Activiti Enjoyment Scales (PACES). Perisian SPSS 26.0 digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan untuk menilai tahap aktiviti fizikal dan keseronokan dan juga mengkaji hubungan keduanya. Dapatan kajian mendapati tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid semasa pandemik berada pada tahap sederhana (min = 2.37) manakala tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid selepas pandemik juga berada pada tahap sederhana (min = 3.08). Hubungan antara kedua pemboleh ubah ini iaitu r = 0.45, mempunyai kekuatan yang sederhana. Hasil kajian ini diharap akan membantu para guru mengetahui tahap aktiviti fizikal dan keseronokan murid dan guru dapat merangka aktiviti yang bersesuaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani serta pengkaji lain juga dapat menjalankan kajian yang baru.
Downloads
References
Clark, A. V. (2005). Psychology of moods. Nova Publishers
Cohen. (1998). Types of stressors hat increase susceptibility to the common cold in healthy adults. Health Psychology, 17, 214—223.
Hanisah Mat & Azizah Zain. (2022). Kesan Penggunaan Gajet Terhadap Kanak-kanak semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam Norma Baharu. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 15(2022), 29-37.
Haslina Kamis et al. (2017). Corak Aktiviti Fizikal Dan Hubungannya Dengan Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah di Felda. Journal of Education and Social Sciences, 6(2).
Hojman, P. (2017). Exercise protects cancer through regulation of immune function and inflammation. Biochem Soc Trans, 45(4), 905-911.
James, F. S. & Micheal, P. (2020). Multiple benefits of physical activity during the Coronavirus pandemic. Revista Brasileira de Atividade Física & Saúde, 25, e0112.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. Ph. D Dissertation. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kaur H, Singh T, Arya YK, & Mittal S. (2020). Physical Fitness and Exercise During the Covid-19 Pandemic : A Qualitative Enquiry. Front. Psychol., 11, 590172. doi:10.3389/fpsyg.2020.590172
Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Retrieved 5 Februari 2021, from MOE: https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pekeliling-dan-garis-panduan/4109-garis-panduan-pengurusan-dan-pengoperasian-sekolah-dalam-norma-baharu-2-0/file
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Lesser IA & Nienhuis CP. (2020). The Impact of COVID-19 on Physical Activity Behavior and Well-Being of Canadians. Int J Environ Res Public Health, 17(11), 3899.
Lumpkin, A. (2008). Physical Education, Exercise Sciences, and Sport Studies (Edisi ke 6): McGraw Hill, Boston.
Scanlan, T. K., Carpenter, P. J., Lobel, M., Simons, J. P. (1993). Sources of enjoyment for youth sport athletes. Paediatric Exercise Science, 5(3), 275-285.
Singh, S., Roy, D., Sinha, K., Parveen, S., Sharma, G., & Joshi, G (2020). Impact of COVID – 19 and Lockdown on Mental Health of Children and Adolescents: A Narrative Review with Recommendations. Psychiatry Research. 293.
Wan Nawang, W.N.H., Abdul Razak, M.R., Ahmad, M. F., & Lamat, S.A. (2021). Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Fizikal serta Aktiviti Sedentari Pelajar semasa Penularan Covid-19. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 10(1), 15-23.
World Health Organization (WHO). (2020). Obesity. https://www.who.int/healthtopics/obesity#tab=tab_1
Ying, C. S., & Koh, D. (2021). Integrasi Aktiviti Fizikal Dalam Bilik Darjah Terhadap Kanak- Kanak Tahun Satu. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 324–333.