Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred dalam Kelas Bercantum
Abstract
Bertugas di sekolah kurang murid di sekolah luar bandar amatlah mencabar kepimpinan guru besar dan guru-guru selaku pelaksana. Kajian ini bertujuan untuk meninjau bagaimana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dalam kelas bercantum dua buah Sekolah Kurang Murid yang terletak di daerah Subis, Sarawak. Objektif-objektif kajian adalah untuk mengenal pasti bagaimana kepimpinan guru besar mengurus pelaksanaan kelas bercantum dan bagaimana guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dalam kelas bercantum. Kajian ini adalah berpandukan kerangka konseptual kajian LEPO. Melalui kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini, dapatan diperoleh melalui analisis dokumen kajian-kajian lepas, borang pemerhatian dan hasil temu bual dengan lapan orang responden yang terdiri dua orang daripada guru besar, 6 orang guru subjek. Hasil kajian mendapati terdapat sedikit perbezaan dari segi aspek pengurusan pelaksanaan kelas bercantum manakala banyak persamaan dari segi cara dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dalam kelas bercantum. Penemuan ini membolehkan penggubal dasar melihat semula dasar-dasar pendidikan di Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap penggubal dasar, kepimpinan guru besar dan latihan dan kursus guru. Kajian lanjutan yang lebih luas dan melibatkan murid sebagai responden dicadangkan agar dapat mengesan sekali gus meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid demi untuk pendidikan yang berkualiti di luar bandar.
Downloads
References
Alexander, S., & Hedberg, J. G. (1994). Evaluating Technology-Based Learning: Which Model? In K. Beattie, C. Mcnaught & S. Wills (Eds.), Multimedia In Higher Education: Designing For Change In Teaching And Learning. Amsterdam: Elsevier.,(A59), 233–244.
Ayu Diana Awang. (2016). Pengurusan Perubahan Dalam Organisasi. Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan. Institut Koperasi Malaysia (IKMa). https://www.ikma.edu.my/images/dokumen/penerbitan/demensi/demensi-koop-51/51-8.pdf
Azlin Norhaini Mansor, Aida Hanim A Hamid, & Bity Salwana Alias. (2020). Challenges And Strategies In Managing Small Schools: A Case Study In Perak, Malaysia. Educational Management Administration & Leadership, 50(4), 694–710.
Bain, J. D. (1999). Introduction To Special Issue On Learning Centered Evaluation Of Innovation In Higher Education. Higher Education Research and Development, 18(2), 165-172.
Beihammer, E. K. H., & Hascher, T. (2015). Multigrade Teaching in Primary Education as a Promising Pedagogy for Teacher Education in Austria and Finland. International Teacher Education:Promising Pedagogies, DOI:10.1108/S1479-368720150000022005
Biggs, J. B. (1989). Approaches To The Enhancement Of Tertiary Teaching. Higher Education Research and Development, 8(1), 7–25.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. (Edisi Keempat). Mcgraw-Hill Education.
Gags Teacher. (2022, 13 November ). Agihan Waktu Mengajar Guru Di Sekolah Ikut Pekeliling. Gags Teacher Magazine.https://www.gagsteacher.com/2022/02/agihan-waktu-mengajar-guru-di-sekolah.html
Geviana Gladisya George & Nurfaradilla Mamad Nasri. (2021). Pendekatan Pengajaran Terbeza: Pengetahuan dan Amalan Guru Kelas Bercantum di Sekolah Kurang Murid (Kajian Literatur Sistematik). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 484-494
Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 25, 21–32
Jeffri Idris. (2019). Understanding School Leaders’ Challenges and Needs in THE Management of Multigrade Classrooms. Proceedings of The International Academic Conference on Education. https://www.doi.org/10.33422/iaceducation.2019.11.673. 77-87
Joo, J. (2016). Uncovering the Layers of Design Processes of a Global Undergraduate Engineering Course: An Interactional Ethnographic Approach. (Publication No.308787091) [Doctoral thesis, University of California, Santa Barbara]. ReasearchGate.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kotter, J. P. (1995). Leading Change: Why Transformation Efforts Fail? Harvard Business Review, 59-67.
Laurillard, D.M. (2002). Rethinking University Teaching: A Conversational Framework For The Effective Use Of Learning Technologies (2nd ed.). London: Routledge.
Lee, N. (2006). Design As a Learning Cycle: A Conversational Experience. Innovation and Development. Studies in Learning, Evaluation Innovation and Development 3(2), 12-22.
Leedy, P. D., & Ormrod, J. E. (2015). Practical Research. Planning And Design. Journal of Applied Teaching and Learning. 1(2), 73-74 https://doi.org/10.37074/jalt.2018.1.2.15
Marzita Abu Bakar. (2012). Sekolah Kurang Murid: Saiz Sekolah Penentu Keberkesanan Sekolah?. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 23(1), 91-101
Mohamad, Mua’azam, Don, Yahya, Ismai & Siti Noor. (2016). Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kesediaan Perubahan Warga Organisasi. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(2).
Mohd Yusoff Mohd Nor & Sufean Hussin. (2019). Demokrasi Pendidikan: Dilema Sekolah Kecil & Sekolah Berpusat. Universiti Malaya.
Phillips, R. A., McNaught, C., & Kennedy, G. (Eds.). (2010). Proceedings of the 22nd annual World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia & Telecommunications. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/229046302_Towards_a_generalised_conceptual
Reeves, T. C., & Hedberg, J. G. (2003). Interactive Learning Systems Evaluation. Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications.
Rosidah Ramli. (2022). Pengaruh Pengetahuan Pedagogi Kandungan, Efikasi Kendiri Guru, Persepsi Guru Dan Kepimpinan Instruksional Pengetua Terhadap Amalan Pedagogi Terbeza. [Doktor Falsafah], Universiti Utara Malaysia.
Sharp, C.A. (2003). Qualitative Research and Evaluation Methods. Evaluation Journal of Australasia, 3(2), 23-35. https://doi.org/10.1177/1035719X0300300213
Thomas, C & Shaw, C. (1992). Issues in the Development of Multigrade Schools. Washington, D.C.: The World Bank
UNESCO. (2008). Ringkasan: Konvensyen-Konvensyen Dan Undang-Undang Yang Menjamin Hak Sama Rata Semua Kanak-Kanak Untuk Kualiti Pendidikan Di Persekitaran Yang Menyeluruh. UNESCO Asia and Pacific Regional Bureau for Education.
Wikipedia (2022, November 13). Theory Of Multiple Intelligences. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Theory_of_multiple_intelligences