Persepsi Pelajar Terhadap Tahap Kesesuaian dan Tahap Kemahiran Insaniah Kursus-Kursus Program Ko-Kurikulum Berkredit Universiti Malaysia Sabah
Abstract
Penubuhan Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar sejak tahun 2002 menuntut kewajaran suatu kajian penilaian dilaksanakan bagi meninjau pelaksanaannya. Tujuan kajian adalah untuk menilai tahap kesesuaian dan tahap kemahiran insaniah Program Ko-Kurikulum Berkredit di Universiti Malaysia Sabah. Pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan hirisan rentas digunakan dalam kajian penilaian ini. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik melibatkan seramai 547 pelajar di Semester 2 Sesi 2021-2022 Universiti Malaysia Sabah. Sampel diperoleh menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan untuk penganalisisan data. Hasil kajian mendapati 65.8% responden menyatakan jumlah jam kredit kursus-kursus ko-kurikulum berkredit di Universiti Malaysia Sabah adalah pada tahap sesuai dan sangat sesuai untuk dilaksanakan. Seramai 75% responden pula menyatakan kursus-kursus program ko-kurikulum berkredit yang ditawarkan adalah pada tahap sesuai dan sangat sesuai. Hasil kajian juga mendapati tahap kemahiran insaniah seperti kerja berkumpulan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar berada pada tahap tinggi. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kursus-kursus ko-kurikulum berkredit di Universiti Malaysia Sabah mempunyai kewajaran untuk diteruskan dan ditambah baik.
Downloads
References
Bond, T. & Fox, C. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences (2nd). Mahwah, NJ: LEA.
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis (7th ed.). Prentice Hall.
Ismailee Ismail. (2015). Penilaian Kokurikulum Sukan Dan Permainan Dengan Menggunakan Model CIPP. (Disertasi Master tidak diterbitkan) Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Azam Muhamad Akhir Muhammad, Nubli Abdul Wahab & Zarina Mohd Ali (2016). Pengukuran dan Penilaian Tahap Emosi Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum: Permasalahan dan Cadangan. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(2), 72-82.
Sanger, D., Spliker, A., Williams, N., dan Belau, D. 2007. Opinion of Female Juvenile Delinquents on Communications, Learning dan Violence. Journal of Coreectional Education, 58(1), 69-92.
Stufflebeam, D. L. & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation Theory, Models and Applications. Jossey-Bass A Wiley Imprint.
Tabachnick, B. G., & Fidell, L. S. (1996). Using Multivariate Statistics (3rd ed.). Harper Collins.
Universiti Malaysia Sabah (2017). UMS Prospektus Prasiswazah, 2017-2018. Universiti Malaysia Sabah.