Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Inklusif Sekolah Rendah

  • Velerie Wheelervon Primus Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Musirin Mosin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: strategi pengurusan, evidens pentaksiran, murid berkeprluan khas, program pendidikan inklusif, pentaksiran bilik darjah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Bagi Murid Masalah Pembelajaran dalam Program Pendidikan Inklusif di sekolah rendah. Surat siaran KPM bilangan 14, 2018 menyatakan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid tahap 1, telah dimansuhkan bermula 2018. Peperiksaan yang sebelum ini dijalankan telah digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif (LPM, 2018). Murid masalah pembelajaran dalam program inklusif juga tidak terkecuali daripada sistem pentaksiran yang baharu ini. Namun demikian, pelaksanaan program inklusif ini menimbulkan masalah guru di kelas perdana untuk menjalankan pentaksiran antara murid perdana dengan murid berkeperluan khas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengurusan perancangan PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah rendah. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang guru iaitu guru akademik, guru panitia, guru penyelaras PBD dan guru besar yang terlibat dalam mengurus dan mengendalikan PBD dipilih secara purposive sampling sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap peserta kajian menunjukkan strategi pengurusan PBD mengikut bidang tugas masing-masing. Kajian ini juga membentuk satu kitaran pengurusan yang sistematik untuk memastikan pengurusan PBD murid inklusif di laksanakan mengikut buku garis panduan PBD edisi 2018. Kajian ini adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh organisasi sekolah selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah memberi garis panduan kepada guru dan organisasi sekolah untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI di sekolah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Anderson, L. W. & Block, J. H. (1975). Mastery Learning Models in Dunkin, M. J. (ed), The International Encyclopedia of Teaching and Teacher Education. New York: Pergamon Press.

Ardisal (2019). Pengembangan Pendidikan Inklusif. Journal of Chemical Information and Modeling. DOI 10.1017/CBO9781107415324.004.

Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas pengukuran bilik darjah. Tanjong Malim, Perak: Quantum Books.

Bhasah Abu Bakar. (2003). Pendidikan berorientasikan peperiksaan (Exam oriented) dari perspektif pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga tingkatan 3). Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan pada 5 – 8 Mei, di Kuala Lumpur.

Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi pertama (2018), Kementerian pendidikan Malaysia.

Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi pedua (2019), Kementerian pendidikan Malaysia.

Biggs, J. (1998). Assessment and classroom learning: A role for summative assessment? Assessment in Education, 5, 103-110.

Biggs, J. (2003). Aligning Teaching and Assessing to Course Objectives, Teaching and Learning in Higher Education: New Trends and Innovations. University of Aveiro, 13-17 April, 2003

Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. http://litd.Psch.uic.edu/ does/black.p_etal_1998.pdf .

Guskey, T. R. (2001). Mastery learning. Dalam N. J. Smelser & P. B. Baltes (Eds.), International Encyclopedia of Social and Behavioral Sciences. Oxford, England: Elsevier Science Ltd.

Guskey, T. R. (2005). Formative Classroom Assessment and Benjamin S. Bloom: Theory, Research, and Implications. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association, Montreal, Canada.

Guskey, T. R. (2007). The Rest of the story: The Power of formative classroom assessment depends on how you use the result. Educational Leadership, Association for Supervision and Curriculum Development, Dis 2007 / Jan 2008.

Guskey, T. R. (2007). Formative Classroom Assessment and Benjamin S. Bloom: Theory, Research and Practice. Dalam McMillan, J. H. (Ed.). Formative Classroom Assessment: Theory into practice. NY: Teachers College, Columbia University.

Hafilah Abd Satar & Paharudin Arbain. (2015). Amalan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru Bahasa Arab peringkat menengah rendah. Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL2015). 18-19 Ogos 2015, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Bangi: Selangor.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 14 Tahun 2018: Pemakluman Pemansuhan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun)murid tahap 1 di Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003). Prosiding Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan: Pentaksiran Alaf Baru. 5 – 8 Mei 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Low, Hui Min (2018). Pre-service teachers’ attitude towards inclusive education for students with Autism Spectrum Disorder in Malaysia. International Journal of Inclusive Education

Mazliana Md Said (2019). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen literasi pentaskiran bilik darjah melalui Model Pengukuran Rasch. Seminar Antarabangsan Isu-isu Pendidikan (ISPEN2018)

Khalid Ab (2016). Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalized Learning.

Sebrina (2019). Implementasi kurikulum pada sekolah penyelenggara pendidikan inklusif. Jurnal Penelitian Ilmu Pendidikan. Doi 10.21831/jpipfip.v11i2.19748.

Saloviita, Timo (2016). Teacher attitudes towards inclusive education in Finland and Brandenburg, Germany and the issue of extra work. European Journal of Special Needs Education

Sh. Siti Hauzi (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Masalah Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah. (2017). Pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sebuah sekolah menengah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Published
2021-09-10
How to Cite
Primus, V. and Mosin, M. (2021) “Strategi Pengurusan Evidens Pentaksiran Bilik Darjah Murid Berkeperluan Khas dalam Program Inklusif Sekolah Rendah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), pp. 282 - 293. doi: 10.47405/mjssh.v6i9.1026.
Section
Articles