Toleransi Penduduk Bumiputera Terhadap Kaum Cina di Sabah: Kajian Kes dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Kota Kinabalu, Sabah

  • Budi Anto Mohd Tamring Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Saidatul Nornis Hj. Mahali Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: toleransi etnik, hubungan kaum, bumiputera, Cina

Abstract

Isu hubungan antara masyarakat tempatan dengan masyarakat keturunan imigran merupakan isu biasa dalam mana-mana negara di seluruh dunia. Kesan penjajahan pada suatu masa dahulu telah menyebabkan komposisi penduduk di sesebuah negara pada hari ini telah bercampur malah sesetengah negara telah mengalami pertambahan penduduk yang agak drastik kesan daripada pengaruh penjajahan yang membawa penduduk dari tempat lain ke kawasan jajahan mereka. Pergerakan masyarakat kesan daripada keperluan ekonomi mahupun untuk keselamatan akhirnya juga menyebabkan sesebuah negara menerima ramai imigran. Malaysia sendiri telah melalui pengalaman demikian dan komposisi penduduk khususnya di Tanah Melayu memperlihatkan kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran semasa penjajahan British. Hubungan masyarakat Melayu dengan kaum imigran ini sehingga kini sering kali menimbulkan pelbagai masalah dan digambarkan sebagai mempunyai hubungan pasang surut. Malah kemuncak kepada hubungan tersebut adalah dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Justeru itu, kajian ini yang menggunakan soal-selidik dan melibatkan seramai 731 orang pelajar di sekolah menengah bertujuan untuk melihat bagaimana toleransi penduduk Bumiputera Sabah khususnya pelajar-pelajar di sekolah Menengah terhadap kaum Cina. Penduduk Sabah dan khususnya Kota Kinabalu juga memiliki ramai penduduk Cina dan komposisi ini amat sesuai untuk menguji penerimaan masyarakat Bumiputera terhadap kaum Cina. Hasil kajian mendapati toleransi pelajar Bumiputera adalah tinggi terhadap kaum Cina. Dapatan kajian ini agak selari dengan kajian-kajian lepas yang mengatakan penduduk Sabah mempunyai tahap toleransi etnik yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bih Ni, Lee. (2012). Sejarah Awal Pembangunan Dan Kepimpinan Komuniti Cina Di Sabah: 1883-1961. In: Seminar Antarabangsa Pembangunan Komuniti, 7-9 April 2012, Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Bogardus, E. (1925). Social Distance and It’s Origins. Journal Of Sociology and Social Research. 9: 216-225.

Budi Anto Mohd Tamring, Bernadette Tobi & Mohd Sohaimi Esa. (2020). Ethnic Tolerance in Sabah: An Analysis of the Factors Affecting the Harmony of the People in Sabah. Solid State Technology, 63(6), 810-821.

Budi Anto Mohd Tamring & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2020). Hubungan Kaum di Sabah: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 95- 104.

Budi Anto Mohd Tamring. (2008). Pengaruh Agama dalam Interaksi dan Toleransi Etnik: Kajian Kes ke atas Pelajar Bumiputera Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Tesis Sarjana. Kota Kinabalu. Univertisi Malaysia Sabah. Tidak Diterbitkan.

Budi Anto Mohd Tamring & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2020). Amalan Kahwin Campur dalam kalangan Masyarakat Di Kota Kinabalu, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(9), 149-162.

Budi Anto Mohd Tamring. (2018). Mikorot Dalam Konteks Kebudayaan Etnik Dusun Di Sabah:Analisis Dari Perspektif Hubungan Etnik. MANU, 27, 93-120.

Budi Anto Mohd Tamring, Mohd Sohaimi Esa & Mohd Azri Ibrahim (2020). Hubungan Kaum dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Pantai Barat Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 147-158.

Budi Anto Mohd Tamring, Natalie Ann Gregory & Romzi Ationg. (2020). Ethnic Interaction Experience Of Chinese Ethnic Students: A Case Study In Universiti Malaysia Sabah. Solid State Technology, 63(6), 789-800.

Buku Tahunan Jabatan Perangkaan Sabah (2014). Statitic Yearbook 2014: 8-10

Roziah Chek. (2010). Konsep Perkahwinan Dalam Islam Dan Kristian : Kajian Perbandingan. Tesis Master. Kuala Lumpur. Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Harmiza Maula Mokhatar (2015) Persepsi antara etnik dan impaknya terhadap hubungan etnik dalam kalangan belia Melayu dan Cina di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Hasan Mat Nor (2007). Agama dan Hubungkaitnya Dengan Toleransi Etnik Di Sabah dalam Sabihah Osman. Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial. Laporan Penyelidikan IRPA. Tidak Diterbitkan.

Herman Luping. (2010). Ancestors, parents and native status. Atas Talian http://www.dailyexpress.com.my/read.cfm?NewsID=500. Diakses pada 27/11/2020.

Jabatan Perangkaan. (2010). Komposisi Penduduk Sabah. Atas Talian https://www.statistics.gov.my/censusatlas/images/ReligionEN.pdf. Diakses pada 7/11/2020          

Kamarul Azmi Jasmi et,al. (2011). Persepsi Masyarakat Parlimen Pekan Terhadap Gagasan 1Malaysia. Atas Talian https://www.researchgate.net/publication/293097764_Persepsi_masyarakat_parlimen_Pekan_terha          dap_gagasan_1Malaysia. Diakses pada 28/11/2020.

Kntayya Mariappan. (2007). Tahap Toleransi Etnik Di Sabah: Analisis Awal dalam Sabihah Osman. Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial. Laporan Penyelidikan IRPA. Tidak Diterbitkan.

Landell, K. (1997). Management By Menu. 1. ed. London: Wiley and Sons Inc.

Mansor Mohd. Noor. (2010).  Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia Masa Kini: Buta dengan Perubahan Realiti Sosial Negara. Atas Talian http://103.216.87.80/index.php/jd/article/view/1424. Diakses pada 7/11/2020.

Mohamed Ali bin Haniffa (2016). Pendudukan Jepun dan Konflik Kaum di Tanah Melayu: Penelitian Awal Berasaskan Sumber Lisan. Atas Talian  https://www.researchgate.net/publication/299453079_KONFLIK_MELAYUCINA_SELEPAS_PENDUDUKAN_JEPUN_DI_TANAH_MELAYU. Diakses pada 8/11/2020

Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu & Budi Anto Mohd Tamring. (2011). Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Penerbitan Multimedia.

Nelson Justin Adeh. (2020). Temubual tentang perkahwinan berlainan agama dalam kalangan Bumiputera bukan Islam di Sabah pada 28/11/2020.

Noor Aida Ishak. (2009). Hubungan etnik (Melayu) dan Cina) di Pahang: kajian kes di Felda Melati Jengka 11, Bandar Jengka. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Nunnally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric Theory:3rd edition. New York: McGraw Hill.

Sabihah Osman. (2007). Toleransi Etnik dan Perpaduan Sosial. Laporan Penyelidikan IRPA. Tidak Diterbitkan.

Siti Aisyah Ramli. (2017). Utusan Borneo Online. Sarawak, Sabah contoh integrasi dan perpaduan. Atas Talian https://www.utusanborneo.com.my/2017/06/03/sarawak-sabah-contoh-integrasi-dan-perpaduan. Diakses pada 7/11/2020.

Suraya Sintang, Budi Anto Mohd Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Hj. Lukin & Halina Sendera Mohd. Yakin. (2019). Kesepaduan Sosial dalam Hubungan antara Agama di Pedalaman Sabah. Borneo International Journal, 2(1), 5-15.
Published
2020-12-02
How to Cite
Mohd Tamring, B. A. and Hj. Mahali, S. N. (2020) “Toleransi Penduduk Bumiputera Terhadap Kaum Cina di Sabah: Kajian Kes dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Kota Kinabalu, Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), pp. 230 - 240. doi: 10.47405/mjssh.v5i12.598.
Section
Articles