Amalan Kahwin Campur Dalam Kalangan Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah
Abstract
Umumnya perkahwinan campur berlaku disebabkan oleh faktor perasaan tetapi perasaan yang wujud antara dua pasangan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor penggalak lain seperti demografi penduduk, interaksi, polisi kerajaan, budaya, agama dan toleransi. Pada hari ini, perkahwinan campur sering kali dijadikan sebagai salah satu indikator untuk menilai hubungan antara kelompok dalam masyarakat atau negara sama ada baik ataupun sebaliknya. Toleransi yang tinggi dalam sesebuah masyarakat dilihat apabila perkahwinan campur merupakan sesuatu amalan yang biasa dalam masyarakat. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan amalan kahwin campur dalam masyarakat di Kota Kinabalu dengan menjadikan remaja bumiputera sebagai responden kajian. Hasil kajian menggunakan kaedah soal selidik yang melibatkan seramai 731 orang responden mendapati amalan perkahwinan campur dalam keluarga responden adalah tinggi. Amalan kahwin campur dalam keluarga responden bukan sahaja merentasi kaum tetapi juga merentasi agama dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Kota Kinabalu adalah baik.
Downloads
References
Bogardus, E. (1925). Social Distance and Its Origins. Journal of Applied Sociology 9, 216-226.
Definition of 'mixed marriage' atas talian https://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/mixed-marriage. Diakses pada 17/11/2019.
Herman Luping. (2010). Daily Express. Ancestors, parents and native status. Atas Talian http://www.dailyexpress.com.my/read.cfm?NewsID=500. Diakses pada 24/11/2019
Introduction to Sociology. Marriage and Family. What IsMarriage? What Is a Family? Atas talian https://courses.lumenlearning.com/sociology/chapter/what-is-marriage-what-is-a-family/. Diakses pada 17/11/2019.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 14 Oktober 2019
Jeroen Smits. (2010). Ethnic Intermarriage and Social Cohesion. What Can We Learn from Yugoslavia? Journal of Social Indicators Research, 96(3), 417-432.
Kuek Ser Kuang Keng. (2011). Malaysia Kini, Peraturan bangsa/kaum anak mengikut jabatan pendaftaran negara. Atas Talian https://www.malaysiakini.com/news/166507. Diakses pada 15/8/2020.
Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri. rakyat dan sejarah Sabah https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/rakyat-sejarah24/11/2019
Miri Song. (2009). Is Intermarriage a Good Indicator of Integration?. Journal of Ethnic and Migration Studies, 35(2), 331-348
Pue, G. H. (2015).Perkahwinan Campur dan Fenomena Peranakan di Semenanjung Malaysia. Bangi: Institute of Ethnic Studies.
Riaz Hassan. (1974). Interethnic Marriage in Singapore, A Study in Interethnic Relations. Singapore. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore. Atas Talian https://books.google.com.my/books?id=hctrPurJhXIC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false. Diakses pada 15/8/2020.
State Of Sabah. For Reference Only (July 2010). Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64) atas talian http://www.lawnet.sabah.gov.my/Lawnet/SabahLaws/StateLaws/Interpretation(DefinitionOfNative)Ordinance.pdf. DiAkses pada 3/12/2019
Suraidah Roslan. (2019). Berbeza Agama, Anak Tetap Raikan Krismas Bersama Ibu Bapa Kristian. Atas Talian https://www.borneotoday.net/berbeza-agama-anak-tetap-raikan-krismas-bersama-ibu-bapa-kristian/. Diakses pada 19/5/2020
Temubual Cikgu Agata (2019). Di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle.
U.S.Library of Congress, Perkahwinan campur di Bhutan. Atas Talian http://countrystudies.us/bhutan/22.htm. Diakses pada 24/11/2019
Zhenchao Qian, & Daniel T. Lichter. (2007). Social Boundaries and Marital Assimilation: Interpreting Trends in Racial and Ethnic Intermarriage. American Sosiological Review. February 1, 2007.