Pengetahuan dan Amalan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Terbeza
Abstract
Pengajaran terbeza merupakan satu pendekatan pengajaran yang digunakan untuk membantu guru menangani kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam bilik darjah yang sama. Artikel ini membincangkan tahap pengetahuan dan amalan guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran terbeza yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Seterusnya dapat membantu guru merancang dan memilih kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Populasi kajian adalah guru Pendidikan Islam sekolah rendah kategori luar bandar di Daerah Kota Kinabalu. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 101 orang responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) edisi 29.0. Hasil kajian mendapati kedua-dua konstruk yang diukur iaitu pengetahuan dan amalan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran terbeza berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada guru Pendidikan Islam dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran Pendidikan Islam kepada murid seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara optimum.
Downloads
References
Ain Nur Atika Agus. (2021). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 75-87.
Ainnieda Lataq Impak & Nor Azwahanum Nor Shaid. (2023). Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 205-216.
Bondie, R. S., Dahnke, C., & Zusho, A. (2019). How does changing “one-size-fits-all” to differentiated instruction affect teaching?. Review of Research in Education, 43(1), 336-362.
Chua, Y.P. (2011). Kaedah penyelidikan. Edisi kedua. Kuala Lumpur. McGraw Hill.
Danial Arif Abdul Muttalip. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 29-42.
Farah Aziana Abdul Aziz & Fadzilah Abd Rahman. (2018). Sorotan Kajian Kesediaan Dan Keperluan Guru Bahasa Melayu Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Bilik Darjah. PENDETA, 9, 80-101.
Halida Jawan & Zamri Mahamod. (2021). Kaedah dan cabaran pengajaran terbeza dalam meningkatkan penguasaan membina ayat Bahasa Melayu murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 67-77.
Hanita Ladjaharun & Anuar Ahmad. (2023). Pengajaran Terbeza: Kajian Tinjauan Terhadap Guru Sejarah Sekolah Menengah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), Artikel e002050.
Ithar Hanani Mohd Zaki & Khadijah Abdul Razak. (2022). Amalan Pedagogi Terbeza Guru Pendidikan Islam Pasca Pandemik. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan.
Kee, Q. W., & Zamri Mahamod. (2023). Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Terhadap Pendekatan Pengajaran Terbeza. International Journal of Education and Pedagogy, 5(2), 1-14.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Mageret Lo & Ruhizan M. Yasin. (2022). Penglibatan ibu bapa dan komuniti serta hubungannya dengan motivasi murid SJKC sepanjang PdPR. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001426.
Mohd Faeez Illias, Julia Madzalan, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Annasaii Jamar & Murihah Abdullah . (2022). Analisa faktor halangan guru Pendidikan Islam sekolah bestari dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Sains Humanika, 14(2), 1-7.
Naquiah Nahar & Jimaain Safar. (2018). Penguasaan pengetahuan kandungan (content knowledge): pemangkin keterampilan pedagogi Jawi berkesan abad ke-21. Jurnal Teknikal & Sains Sosial, 8(1), 45-59.
Noradzimah Abdul Majid, Azyanzuhaila Hasan Basri, Lavaneesvari Manogaran, Rohani Abdul Wahab, Ismail Raduan, Hamden Gani & Siti Nurashiken Md Sabudin. (2022). Tahap Penguasaan Guru-Guru Novis (Lanjutan) Matematik Sekolah Rendah dalam Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza Kandungan. ICELAM, 2(2-12), 498-509.
Norhidayah Azni Mohamed Zohomi & Zamri Mahamod. (2023). Amalan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah dalam Melaksanakan Pendekatan Pengajaran Terbeza. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 14-24.
Nuraishahtun Md Akhir, Zamri Mahomad, Siti Faraziah Md Akib & Norshila Sailon. (2019, September). Pelaksanaan modul pedagogi terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. In Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) Ke-6 (pp. 1450-1465).
Rathaneswaary Derbala & Ruhizan M. Yasin. (2022). Tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan pengajaran guru pemulihan khas terhadap pengajaran terbeza. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001445.
Reynolds, A. (1992). What is competent beginning teaching? A review of the literature. Review of educational research, 62(1), 1-35.
Rosidah Ramli & Nurahimah Mohd. Yusoff. (2020). Self-efficacy and differentiated instruction: A study among Malaysian school teachers. Universal Journal of Educational Research, 8(4), 1252-1260.
Safiek Mokhlis. (2021). Persepsi dan pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru prasekolah. Borneo International Journal, 4(3), 9-18.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational researcher, 15(2), 4-14.
Slavin, R. E. (1995). A model of effective instruction. The Educational Forum, 59(2), 166-176.
Thian, K. N., Narahan Raduan & Zaimuariffudin Shukri Nordin. (2022). Amalan Pendekatan Pedagogi Terbeza Dengan Penguasaan Kemahiran Berbahasa Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Di Sarawak. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(2), 128-141.
Tomlinson, C. A. (2008). The goals of differentiation. Educational leadership, 66(3), 26-30.
Zurina Mustaffa, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman. (2021). Tahap pengetahuan kurikulum dan amalan pedagogi terbeza guru-guru Pendidikan Islam Zon Selatan Malaysia. Tinta Artikulasi membina ummah, 7(2), 1-11.