Capaian Talian Terhad: Tinjauan Faktor Pengukuhan Motivasi Pelajar di Pedalaman Sabah
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran pelajar pedalaman dengan capaian internet yang terhad. Akses kepada sambungan internet yang boleh dipercayai terus menjadi cabaran di kawasan pedalaman Sabah, yang mempengaruhi keupayaan pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran digital dan pendidikan dalam talian. Kajian ini memfokuskan dua faktor iaitu faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mengukuhkan motivasi pelajar walaupun capaian internet terhad. Faktor intrinsik dipengaruhi oleh impian untuk mencapai cita-cita, menimbah ilmu baharu, pelajar yang sukakan cabaran dalam mencapai sesuatu dan mereka ingin mendapatkan markah cemerlang dalam akademik. Faktor ekstrinsik pula merangkumi sokongan daripada ibu bapa dan keluarga, motivasi diri, dorongan daripada pensyarah, inspirasi daripada tokoh pendidikan tempatan, dan pengaruh motivasi luaran lain. Melalui pendekatan campuran yang melibatkan soal selidik dan analisis data pelajar, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memotivasi pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik mereka. Dapatan kajian akan menyumbang kepada pembangunan strategi bersepadu untuk meningkatkan motivasi pelajar dan pencapaian akademik di pedalaman Sabah. Pemahaman terhadap faktor-faktor ini adalah penting untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh pelajar di kawasan terpencil dan memastikan peluang pendidikan yang saksama untuk semua pelajar di seluruh negara.
Downloads
References
Abd Rahman, A. & Ismail, Z. (2010). Pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiriatas talian bagi tajuk Statistik Ii. Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat. (2020). Pembelajaran Atas Talian: Tinjauan Terhadap Kesediaan Dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Diploma Logistic Dan Pengurusan Rantaian Bekanalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68-82.
Becker, M., Mcelvany, N., & Kortenbruck, M. (2010). Intrinsic and extrinsic reading motivation as predictors of reading literacy: A longitudinal study. Journal of Educational Psychology, 102(4), 773–785.
Chen, U.R., Masek, A., & Amiruddin, M.H. (2014). Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di politeknik. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam PLTV (CiE-TVET) Mersing, Johor, Malaysia.
Etikan, I., & Bala, K. (2017). Developing Questionnaire Base on Selection and Designing. Biometrics & Biostatistics International Journal, 5(6), 1-3.
Hamzah, B. U. (2011). Teori Motivasi dan Pengukurannya. Jakarta: Bumi Aksara.
Hawati Abdul Hamid & Jarud Romadan Khalidi. [2020, September 20]. Rapatkan Jurang Digital Elak Pelajar Tercicir. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/05/685352/rapatkan-jurang-digital-elak-pelajartercicir.
Mazidah Musa & Nor Aidawati Abdillah. (2021). Penggunaan Google Meet Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal of Modern Education, 3(8), 104-113.
Mistirine Radin. [2020, September 20]. 52 Peratus Pelajar Sabah Tiada Akses Internet. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/686499/52-peratus-pelajar-sabah-tiada-akses-nternet.
Nasir, Z. M., & Hamzah, Z. A. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioural Sciences, 134, 408-425.
Sardiman. (2012). Interaksi dan Motivasi Belajar Mengajar. Jakarta: Rajawali Press.
Zuki, K. N., & Mohamed, W. M. (2016). Sikap dan motivasi murid Bajau dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 24-33.