Strategi Pembelajaran Sebutan Bahasa Arab dalam Kemahiran Bertutur Pelajar di Sekolah Agama Menengah (SAM)
Abstract
Sebutan yang betul dan jelas akan membantu pelajar meningkatkan kemahiran bertutur. Dalam konteks bahasa Arab, kesilapan sebutan membawa kepada kesalahan dalam menyampaikan maksud perkataan tersebut, akhirnya mengakibatkan kekeliruan mesej. Oleh itu, pelajar harus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap penggunaan strategi pembelajaran sebutan dalam pembelajaran dan pengajaran kemahiran bertutur di peringkat sekolah menengah lagi. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan strategi pembelajaran sebutan bahasa Arab dalam kemahiran bertutur pelajar. Instrumen kajian menggunakan soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan berada dalam julat 0.80 hingga 0.90. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian seramai 132 orang pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah agama menengah (SAM) di daerah Sepang. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus dan min bagi menjelaskan persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan strategi pembelajaran sebutan bahasa Arab pelajar berada pada tahap sederhana (M=2.59). Pelaksanaan strategi pembelajaran sebutan bahasa Arab dilihat memberi impak positif kepada kemahiran bertutur pelajar. Pelajar perlu sedar tentang kewujudan strategi pembelajaran sebutan dan memilih strategi yang sesuai untuk dipraktikkan sebelum, semasa dan selepas mempelajari kemahiran bertutur.
Downloads
References
Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Daerah Johor Bahru. [Projek Sarjana Pendidikan], Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ahmad Fared & Mohammad Seman. (2019). Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Melalui Strategi Penguasaan Sebutan (SPS) Segmental dan Suprasegmental. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(1), 85-99.
Ankur Joshi, Saket Kale, Satish Chandel & D.K. Pal. (2015). Likert Scale: Explored and Explained. British Journal of Applied Science & Technology, 7(4), 396-403.
Baharuddin Shahman. (2012). Analisis kontrastif struktur asas ayat bahasa Arab dan Melayu. Sarjana Pengajian Bahasa Moden. Universiti Malaya.
Faerch, C., & Kasper, G. (1984). Two ways of defining communication strategies. Language Learning, 34(1), 45–63.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian (Kedua). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Harun Baharudin. (2017). Strategi Pengajaran Sebutan Dalam Pendidikan Bahasa. Pelita Bahasa 17–19.
Kamarul Shukri Mat Teh, & Mohamed Amin Embi. (2009). Korelasi Strategi Dengan Motivasi (The Correlation Between Language Learning Strategies and Motivation). Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 24, 109–123.
Kaseh Abu Bakar & Muhammad Faiz Abdullah. (2018). Tekanan Perkataan Arab Sebagai Bahasa Asing dalam kalangan Penutur Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, 18(1), 87–105.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Education and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.
Nazratul Aini Ramli, Che Radiah Mezah, & Ngee Thai Yap. (2016). Penguasaan Pelajar Melayu Terhadap Tekanan Suara Menyebut Perkataan Arab Dari Sudut Intensiti. Jurnal Kemanusiaan, 25(1), 110–123.
O’Malley, J.M. & Chamot, A. U. (1990). Learning Strategies in Second Language Acquisition. Cambridge, U.K.: Cambridge University Press, England.
Oxford, R. L. (1990). Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New York: Newbury House Publishers.
Pallant, J. (2007). SPSS Survival Manual. A Step-by-Step Guide to Data Analysis Using SPSS. Third Edition. Allen & Unwin.
Sabitha Marican. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Penerbit Edusystem Sdn. Bhd.
Tuckman, B. (1999). Conducting Educational Research. Harcourt Brace College Publishers, FortWorth.
Zamri Mahamod. (2004). Strtegi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. [Tesis Dr. Falsafah], Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.