Penguatkuasaan Undang-undang Status Halal Premis Makanan di Malaysia

  • Nursyakirah Hazban Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Zaini Nasohah Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Keywords: Penguatkuasaan, Pemantauan, Status Halal, Premis Makanan

Abstract

Operasi pemantauan dan penguatkuasaan pasca pensijilan halal diperuntukkan dalam prosedur perundangan sebagai memastikan tahap pematuhan berhubung skim pensijilan halal di Malaysia. Pelaksanaan penguatkuasaan turut dipergiatkan ekoran daripada isu penggunaan dan penipuan terhadap perbahasan halal sering kali didedahkan dalam media hari ini. Perkara sedemikian mendapat perhatian ramai pihak terutamanya para pengguna yang peka dan sangat menitikberatkan soal halal dan haram mahupun syubhah dalam setiap aspek kehidupan termasuk makanan dan pemakanan yang menjadi darah daging mereka. Lebih-lebih lagi, perilaku ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan dikenal pasti berlaku di premis makanan yang menjadi tumpuan masyarakat menikmati hidangan. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan analisis sorotan literatur berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang terhadap isu yang berkaitan dengan kepenggunaan halal ekoran daripada kes yang tidak berpenghujung demi menjaga pengurusan dan kredibiliti di syarikat dan premis makanan berstatus halal. Pendekatan analisis kandungan secara deduktif telah digunakan dalam menghubungkaitkan sumber literatur yang diperolehi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran awal yang dikenal pasti dalam mengendalikan pemantauan dan penguatkuasaan status halal oleh pihak berautoriti daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis makanan.   

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Hidayat Buang & Zulzaidi Mahmod. (2012). Isu dan cabaran badan pensijilan halal di Malaysia. Jurnal Syariah, 20(3), 271-288.

Akta Makanan 1983 (Akta 281). Warta Kerajaan P.U. (A) 324.

Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730).

Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730): Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Warta Kerajaan P.U. (A) 430.

Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730): Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Warta Kerajaan P.U. (A) 431.

Ameer Fikri Mohamad Hilmi, Muhamad Fakhrul Aiman Mohd Asri, Zainul Arif Mohd Ariffin, Muhammad Iman Hakim Hasbullah, Fazura Minhad & Mohamad Hilmi Mat Said. (2021). Cabaran pensijilan halal: kesediaan pengusaha industri dan premis makanan. 3rd International Halal Management Conference (3rd IHMC 2021). 188-199.

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2020). Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 (Semakan Keempat) (MPPHM 2020). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Baharudin Othman & Nurul Hudani Md. Nawi. (2022). Pensijilan halal Malaysia, cabaran dan potensinya sebagai hab halal. Jurnal Hadhari, 14(1), 1-15.

Christie, D. Y. J. & Sakina Shaik Ahmad Yusoff. (2016). Perkembangan perlindungan pengguna: cabaran dan halal tuju institusi pelindung pengguna di Malaysia. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 20, 71-80.

Dayang Aniza Abang Hasni. (2012). Aplikasi konsep halal dalam kalangan pengusaha restoran melayu di Johor Baru. [Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia]. Malaysian Education Research Repository. http://merr.utm.my/id/eprint/7252.

Harlida Abdul Wahab & Alias Azhar. (2014). Halalan tayyiban dalam kerangka perundangan Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 26(1), 103-120.

Hayati @ Habibah Abdul Talib & Khairul Anuar Mohd Ali. (2008). Aspek kualiti, keselamatan dan kesihatan di kalangan PKS makanan: satu sorotan kajian. Jurnal Teknologi, 49, 65-79.

Hazwani Kamarudin, Norhidayah Pauzi, Saadan Man & Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan premis makanan dalam kalangan Melayu muslim bandar: satu sorotan literatur. Jurnal Fiqh, 17(1), 135-170.

Ilyia Nur Ab Rahman, Suhaimi Ab. Rahman, Rosli Saleh & Dzulkifly Mat Hashim. (2011). Polisi pensijilan halal bagi industri restoran di Malaysia. Dlm. Suhaimi Ab. Rahman & Jafri Abdullah, Pengurusan produk halal di Malaysia (pp. 113-134). Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ibn Kathir Abu Fida’ Isma’il al-Qursyi. (1999). Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir (Jil. 1). Dar al-Ma’rifah.

Ibrahim Mustafa, Ahmad Hasan al-Zayyat, Hamid Abdul Qadir & Muhammad ‘Ali al-Najjar. (2004). Al-Mu’jam al-Wasit (Cet. 4). Maktabah al-Syuruk al-Dauliyah.

Khairul Anuwar Mustaffa. (2017). Konsep halalan tayyiban dan aplikasinya dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana dalam industri halal di Selangor [Tesis Dr. Falsafah, Universiti Malaya]. UM Students’ Repository.

Khairul Anuwar Mustaffa, Joni Tamkin Borhan & Mohd Roslan Mohd Nor. (2017). Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia sebagai suatu aplikasi memenuhi keperluan konsep halalan toyyiban: suatu analisis. Online Journal Research in Islamic Studies, 4 (1), 1-16.

Majidah Mokhtar. (2016). Penguatkuasaan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perihal Dagangan 1972 [Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia]. UKM Learning & Reseacrh Repository.

Mohamad Sofee Razak. (2010). Akta halal perlu diwujudkan dan digubal di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 2(2), 1-13.

Mohani Abdul, Hashanah Ismail, Haslina Hashim & Juliana Johari. (2009b). SMEs and halal certification. China-USA Business Review, 8(4), 22-29.

Mohd Amri Abdullah, Zalina Zakaria, Ahmad Hidayat Buang & Siti Zubaidah Ismail. (2021). Pensijilan halal di Malaysia: suatu analisis pensejarahan dan perkembangannya. Journal of Shariah Law Research, 6(2), 235-272.

Mohd Farhan Md Ariffin. (2019). Isu keselamatan makanan menurut perspektif al-hadith: analisis terhadap perusahaan kecil dan sederhana di Lembah Klang [Tesis Dr. Falsafah, Universiti Malaya]. UM Students’ Repository.

Mohd Al’Ikhsan Ghazali & Siti Salwa Md. Sawari. (2015). Standard piawaian halal di Malaysia menurut perundangan, kelebihan dan kekurangan. International Journal of Islamic and Civilizational UMRAN Studies, 2(2), 56-61.

Muhammad Hafiz Badarulzaman, Harlida Abdul Wahab, Alias Azhar & Nurretina Ahmad Shariff. (2016). Pelaksanaan dan penguatkuasaan halal di Malaysia. Jurnal Sains Humanika, 8, 21-23.

Muhamad Zan Sailan. (2013). Pengurusan hotel secara Islam: kajian terhadap pengurusan makanan halal di hotel, De Palma Ampang, Selangor [Disertasi Syariah, Universiti Malaya]. UM Students’ Repository.

Mustafa ‘Afifi Ab. Halim, Kamilah Wati Mohd, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Asming Yalawae, Syed Mohd Najib Syed Omar, Asmidah Ahmad, Azlin Alias Ahmad, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim & Wan Aida Nadirah Sobri. (2013). Perlindungan pengguna produk halal di Malaysia: isu dan cabaran penguatkuasaan pensijilan halal. Proceedings of The International Conference on Consumerism 2013 (ICC 2013), 479-488.

Mustafa ‘Afifi Ab. Halim & Mohd Mahyeddin Mohd Salleh. (2018). Peranan JAKIM dan JAIN dalam kes yang melibatkan penyalahgunaan label halal pada produk makanan. Malaysian Journal of Syariah and Law, 7, 51-60.

Mustafa ‘Afifi Ab. Halim, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh & Azlin Alias Ahmad. (2019). Hak pengguna produk halal dalam perspektif undang-undang. International Conference on Islamic Law, 9-21.

Nor Arfah Mohd Ishak & Jasri Jamal. (2013). Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membantu penguatkuasaan logo halal di Malaysia. Proceedings of the International Conference on Consumerism 2013 (ICC 2013). 137-153.

Norain Mod Asri, Mhd. Suhaimi Ahmad & Wook Endut. (2013). Persepsi pengguna terhadap logo / sijil halal: Kajian kes di Selangor. Jurnal Pengguna Malaysia, 37-57.

Norazla Abdul Wahab, Farah Mohd. Shahwahid, Nor’Adha Ab. Hamid, Surianom Miskam, Syaripah Nazirah Syed Ager, Marliana Abdullah, Norziah Othman & Wawarah Saidpudin. (2015). WAR 13 Undang-undang halal Malaysia: isu dan cabaran. World Academic and Research Congress 2015 (World-AR 2015). https://www.researchgate.net/publication/286920615_Undang-undang_Halal_Malaysia_Isu_dan_Cabaran

Norhidayah Pauzi & Saadan Man. (2019). Cabaran dan elemen kearifan tempatan dalam pensijilan halal Malaysia. Jurnal Fiqh, 16(1), 165-190.

Norkumala Awang. (2019). Konsep halalan tayyiban: aspek tayyib dari perspektif keselamatan makanan. E-Proceeding International Conference on Islamic Law, Economics and Finance, 438-448.

Nurul Asmida Saad & Mohd Anuar Ramli. (2021). Analisis kefahaman dan amalan pengendalian makanan dalam kalangan pengendali makanan di Lembah Klang berasaskan prinsip halalan tayyiban. Jurnal Hadhari, 13(2), 171-188.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (2022). Di akses pada 10 September 2022. https://www.kpdnhep.gov.my/ms/info-korporat/bahagian/timbalan-ketua-setiausaha-pembangunan-perdagangan-dalam-negeri/bahagian-penguatkuasa

Rima Abdul Rahman, Harifah Mohd Noor & Adilah Md Ramli. (2021). Cabaran dan kelangsungan pengusaha makanan kecil dalam pandemik covid 19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(12), 13-23.

Siti Fatma Mansor. (2016). Penyediaan perkhidmatan hotel patuh syariah di Malaysia [Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia]. UKM Learning & Reseacrh Repository.

Sharifah Zannierah Syed Marzuki, Collin Michael Hall & Paul William Ballantine. (2012). Restaurant managers’ perspectives on halal certification. Journal of Islamic Marketing, 3(1), 47-58.

Zalina Zakaria. (2007). Produk halal. Dlm. Ahmad Hidayat Buang, Undang-undang Islam di Malaysia prinsip dan amalan (pp. 409-428). Penerbit Universiti Malaya.

Zalina Zakaria & Siti Zubaidah Ismail. (2015). Perkembangan pengaturan halal menerusi Akta Perihal Dagangan 2011 di Malaysia, Jurnal Syariah, 23 (2), 189-216.

Zulkifli Hasan. (2007). Undang-undang produk halal di Malaysia: isu penguatkuasaan dan pendakwaan. Konvensyen Undang-undang: Isu Penguatkuasaan dan Pendakwaan. Universiti Malaya.

Published
2023-02-28
Section
Articles