Tekanan dan Cabaran Guru Terhadap Norma Baharu Semasa Pandemik Covid-19 di Sebuah Daerah Negeri Sarawak
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tekanan dan cabaran guru terhadap pendidikan norma baharu semasa pandemik covid-19. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan tahap tekanan guru dengan cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap pendidikan norma baharu semasa pandemik covid-19. Responden kajian ini adalah daripada guru-guru sekolah rendah di daerah Limbang, Sarawak. Sebanyak 148 sampel telah mengisi soal selidik dan menjadi responden. Setiap data yang dikumpulkan telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 26.0. Dapatan kajian mendapati bahawa purata nilai skor min bagi tahap tekanan guru adalah 2.36 iaitu pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga mendapati bahawa nilai skor min yang paling tinggi bagi cabaran guru ialah terhadap murid, iaitu 3.62 dan nilai skor min yang paling rendah ialah 2.58, iaitu cabaran dengan keluarga.
Downloads
References
Abdul.S, Norazizah.P& Chrisitina.A. (2014). Hubungan Kerenah Pelajaran Dan Beban Tugas Dengan Tahap Stres Guru Di Sekolah Menengah. Jurnal Kinabalu(EJK), 20.
Abdul R.A.A, Amin A.S & Umi.H M.S.L. (2020). Strategi Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 16 - 30. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.594
Andrian.H. (2020). Normal Baru Pasca Covid-19. Adalah Buletin Hukum dan Keadilan, 4(1).
Hamizah B.Z & Tajul A.B.M. (2021). Kepuasan Kerja dan Burnout Guru Pendidikan Jasmani di Daerah Langkawi. Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(5), 22 - 34. DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i5.79
Hassan, Johari&Md. Suandi, Noornazifah. (2012). Kajian terhadap stres dikalangan guru sekolah rendah di Zon Permas Jaya, Johor Bahru dari aspek personaliti. Journal of Educational Psychology and Counseling, 5, 97-112.
Haryati Kamarudin. (2013). Faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan MAINS Holding Sdn Bhd - FASS Final Project (Psychology). Faculty of Applied Social Sciences, Open University Malaysia
Lalla B.A& Kamariah.A.B. (2019). Burnout Dalam Kalangan Guru Pendidikan Awal Kanak0Kanak : Sebab dan Implikasi. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(31), 359-372. DOI: 10.35631/IJEPC.4310031
Mohamad A.R & Woo S.F. (2010). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sjk(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository
Osmarina Omar. (2013). Stress Dikalangan Guru-Guru Di Sekolah Rendah dan Menengah Dalam Bidang Pendidikan. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/172653228/Stress-Dikalangan- Guru
Raja Maria. (2011). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stres) dikalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Pasir Puteh. Masters thesis, Open University Malaysia
Safwan.S.H & Shazaitul. (2020). Hubungan antara Pengurusan Masa dengan Tekanan Kerja dalam kalangan Guru Sekolah Menengah di Melaka. Research in Management of Technology and Business, 1(1).
Siti A.B.A.H, Suzana B.Z.A & Zulkurnain B.H. (2021). Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pemebelajaran) Terhadapa Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 10(2),1-14.
Suhaimi B.K& Muhamad S.T. (2020). Pengaruh Faktor-faktor Tekanan Kerja dalam kalangan Guru di Sekolah Menengah: Satu Analisis Persamaan Struktur (SEM-PLS). Malaysia Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11). DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.544
Tahnam A/P.G. (2017). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru- Guru Sjk Pekan Banting. Retrieved from https://www.academia.edu/8741434/PROPOSAL_TAHNAM_new
Ummi.K&Zakaria. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia