Teori Kitaran Dasar: Penilaian Terhadap Implementasi Dasar Pandang ke Timur di Malaysia
Abstract
Apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sesuatu dasar, maka dasar tersebut akan dilaksanakan dan agensi pelaksana adalah pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya. Setiap dasar yang diperkenalkan mesti mempunyai matlamat dan objektif tertentu bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu yang timbul di dalam sesebuah negara. Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah berbentuk undang-undang, peraturan, peruntukan mahupun serangkaian program. Bagi melihat keberjayaan sesuatu dasar yang telah dilaksanakan mencapai objektif atau matlamat dasar, suatu penilaian dasar perlu dilaksanakan. Penilaian dasar boleh dilaksanakan dengan menggunakan Teori Kitaran Dasar di dalam ilmu Analisis Dasar Awam. Penilaian dasar yang dibuat boleh mengenal pasti tahap kejayaan dasar, halangan dan kekangan perlaksanaan dasar, kelangsungan dasar serta solusi penambahbaikan dasar. Penilaian terhadap dasar yang telah dilaksanakan berupaya mengukur pencapaian dasar dengan melihat sejauh mana dasar yang dilaksanakan berupaya menyelesaikan masalah atau sesuatu isu serta kecekapan dan keberkesanan kos yang berbentuk kewangan mahupun bukan kewangan yang wujud di sepanjang perlaksanaan dasar. Perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur (DPT) yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1982 telah hampir mencapai tempoh 40 tahun perlaksanaannya boleh dinilai berdasarkan pendekatan penilaian dasar yang diketengahkan di dalam Teori Kitaran Dasar. Penilaian terhadap DPT berupaya mengenal pasti sejauhmana dasar tersebut telah berupaya untuk mencapai objektif utamanya iaitu mengubah budaya dan etika kerja masyarakat Malaysia menjadi seperti rakyat Jepun.
Downloads
References
Ahmad Sohaimi. (2011). Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur Satu Penilaian Aspek Pendidikan 1982-2002. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ahmad Sohaimi. (2013). Hubungan Malaysia Jepun: Diplomasi dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Anderson, J. E., Brady, D. W., Bullock, C. S. & Stewart, J. (1984). Public Policy and Politic in America. Second Edition. California: Brooks/Cole Publishing Company.
Birkland, T. A. (2005). An Introduction to the Policy Process: Theories, Concepts, and Models of Public Policy Making. United States, America: American National Standard for Sciences.
Bosso, J. C. (1987). Presticides & Politics: The Life Cycles of a Public Policy. University of Pittsburgh Press.
Dasar Pandang Ke Timur. Laman web Kementerian Penerangan Malaysia. http://pmr.penerangan.gov.my/indx.php/maklumat-kenegaraan/240 dasar pandang ke Timur.html [15 Mac 2014].
Dorey, P. (2005). Policy Making in Britain: An Introduction. New Delhi: SAGE Publication. Dunn, W, N. (2003). Public Policy Analysis: An Introduction. New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Furuoka, F. (2007). Malaysia-Japan Relations under the Mahathir: Case studies of The Look East Policy and Japanese Investment in Malaysia. University of California Press.
Goggin, M. L. et. al. (1990). Implementation Theory and Practice. London: Scott.
Hanim Ismail. (2020). Dasar Pandang ke Timur: Perubahan Struktur dan Budaya (1982-2019). Tesis Dr. Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Howlett, M & Ramesh, M. (1995). Studying Public Policy: Policy Cycles and Policy Subsystems. Oxford University Press.
Howlett, M. (2011). Designing Public Policy: Principles and Instruments. London: Routledge Taylor & Francis Group.
Jakob Edler. et. al. (2012). The Practice of Evaluation in Innovation Policy in Europe. Research Evaluation 21, hlm. 167-182.
Kartini Aboo Talib (pnyt). (2017). Dasar Pandang ke Timur: Pencapaian, Adaptasi, dan Cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kartini Aboo Talib, Nidzam Sulaiman & Suhana Saad. (2017). Assessing the Look East Policy: Moving Beyond Work Culture and Ethics Asian Social Science 9(17).
Kartini Aboo Talib. (2012). Policy Implementation by The New Street Level Bureacrats in Non Profit Organizations: Overcoming the Dilemma. Pertanika, J. Soc. Sci. & Hum 20 (2): 333-352..
Kraft, M. E. & Furlong, S. R. (2004). Public Policy: Politics, Analysis and Alternatives. Washington: A Division of Congressional Quarterly, Inc.
Lindblom, C. E. & Woodhouse E. J. (1993). The Policy- Making Process. United States,America: Library of Congrese Cataloging in Publication Data. London. Routledge Taylor & Francis Group
Loury, G. C. (pnyt) et. al. (2005). Ethnicity, Social Mobility and Public Policy: Comparing The US and UK. Cambridge University Press.
MacRae, D. & Wilde, J. A. (1979). Policy Analysis for Public Decisions. California: University of North Carolina.
Malike Ibrahim. (2008). Dasar Awam di Malaysia; Suatu Pengenalan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Massimo Motta. (2009). Compettition Policy: Thoery and Process. London: Cambridge
Mohd Afendi & Junaidi. (2017). Meninjau Kembali Dasar Pandang ke Timur Mahathir: Penelitian Aspek Perlaksanaan dan Implikasi. Malaysian Journal of Society and Space 12(9): 79-91.
Mohd Ikbal Mohd Huda. (2015). Bantuan Pembangunan Rasmi Jepun ke Malaysia 1966 -2010: Impak Ke Atas Pembangunan Sosioekonomi Malaysia. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaysa: Kuala Lumpur.
Portal Maklumat Rakyat: Jabatan Penerangan Malaysia. Dasar Pandang Ke Timur. http://pmr.penerangan.gov.my/indx.php/maklumatkenegaraan/240dasarpandangkeTimur html [15 Mac 2012].
Sabatier, P. A. (pnyt). (1999). Theories of the Policy Process. United State: West View Press.
Sabitha Marican. (2001). Dasar Awam di Malaysia; Isu dan Konsep. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Shafritz, J. M. & Russell, E. W. (2013). Introducing Public Administration, 9th Edition. New York: Routledge.
Suseela Devi. (2014). Malaysia and India’s Look East Policy: Hand in Hand Towards Greater Cooperation. Journal of Administrative Science 11(1).
Uqbah Iqbal. (2017). Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur. Kepentingan Jepun dalam Pembangunan Sosioekonomi Malaysia (1960-1980). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Weimer, D. L. & Vining, A. R. (2005). Policy Analysis: Concepts and Practice.New Jersey: Pearson Prantice Hill.
Weiss, C, M. (1998). Evaluation. New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River.
Whitske Overtoom. (2014). Mahathir’s Look East Policy: Changing the Values of the Malays. Economic Development and Social Change in Southeast Asia.
Yusof Ismail (pnyt). (2010). Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.















