Faktor Sosialisasi dalam Mempengaruhi Tingkah Laku Individu

  • Norsahida Sakira Kirman Jabatan Sains Kemasyarkatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohammad Mujaheed Hassan Jabatan Sains Kemasyarkatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Farah Husna Anwar Jabatan Sains Kemasyarkatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Azlina Mohd Khir Jabatan Sains Kemasyarkatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Wan Munira Wan Jaafar Jabatan Sains Kemasyarkatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Keywords: faktor sosialisasi, media massa, rakan sebaya, diri sendiri, tingkah laku

Abstract

Tingkah laku merupakan suatu tindak balas serta perbuatan seseorang individu sama ada melalui percakapan verbal mahupun fizikal non verbal atas input yang diperoleh daripada interaksi untuk menterjemahkan maklumat diterima kepada perbuatan serta tindakan. Tingkah laku juga dipengaruhi oleh emosi seseorang individu untuk bertindak balas atau bertingkah laku ketika berinteraksi dalam konteks sosial masyarakat. Walau bagaimanapun, gejala sosial semakin mendapat tamparan yang hebat dari golongan remaja. Tingkah Laku seseorang remaja sekolah yang melanggar norma adalah merupakan tingkah laku delinkuen. Kes salah laku ini menyebabkan kesan negatif terhadap kesejahteraan dan ketenteraman dalam hidup bermasyarakat. Tambahan lagi, terdapat kes-kes sosial keruntuhan akhlak kini tersebar luas di ruang akhbar terhadap perilaku seks bebas seperti rogol dan hamil luar nikah. Beberapa faktor sosialisasi dapat dikenal pasti dalam mempengaruhi remaja dan kebanyakan mereka ini adalah masih bersekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor, perkaitan dan perbezaan sosialisasi dalam mempengaruhi tingkah laku individu. Seramai 120 orang pelajar iaitu 70 orang pelajar lelaki dari Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi dan 50 orang pelajar perempuan dari Asrama Bahagia Kg. Pandan. Kedua-dua sekolah merupakan sekolah yang melibatkan pelajar terbabit dalam kes juvana dan berada di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Reka bentuk kajian yang dijalankan ialah berbentuk deskriptif. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu A) Latar Belakang Pelajar, B) Lima Faktor Sosialisasi dan C)Tingkah Laku Agresif. Data diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menilai peratus, kekerapan, korelasi, T-test dan Anova. Hasil menemukan pelajar lelaki lebih cenderung dipengaruhi oleh faktor media massa manakala pelajar perempuan lebih cenderung dipengaruhi dengan rakan sebaya. Hasil kajian mendapati tingkah laku individu dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu media masa, rakan sebaya dan diri sendiri. Tiada perbezaan antara jantina lelaki dan perempuan untuk faktor sosialisasi yang mempengaruhi tingkah laku agresif. Oleh itu, beberapa cadangan telah dirangka dalam pengawalan dengan mewujudkan akta, fungsi institusi kekeluargaan dan juga institusi pendidikan seperti sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Arieff Salleh Rosman dan Wardah Mokhtar (2006). Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Asmah Ali & Zulekha Yusof (2004). Salah laku sosial remaja kini: Cabaran dan penyelesaian. Kertas kerja dibentang pada Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 29 – 30 Mei 2004. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya, Amir Hamzah Abdul (2004). “Psikologi Sosial”. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Azlina Mohd. Kosnin, Saniah Sayuti dan Azizah Rejab. (2002). Pengaruh Persepsi Terhadap Tingkahlaku Keibubapaan Terhadap Penghargaan Kendiri Pelajar Awal Dewasa. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Penyelidikan.

BERNAMA (2014). Dimuaturun pada 22 Februari 2019 dari laman web

BERNAMA (2017). Dimuaturun pada 22 Februari 2019 dari laman web https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/12/22/remaja-keldai-dadah

BERNAMA (2019). Dimuaturun pada 15 Mac 2019 dari laman web https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2019/03/540218/kbs-bersedia-buka-ruang-pelajar-henry-gurney-jadi-atlet-negara

Bronfenbrenner, U. 1979. The Ecology of the Family as a Context of Human Development: Experiments by Nature and Design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Calhoun, G., Jurgens, J. and Chen, F. (1993). Juvenile Deliquency: Trends, Problems and Causes. Seminar Delinkuensi Juvana. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Coleman, J. W. and Cressey, R. D. (1993). Sosial Problem, 5th. Ed. Harper Collins.

Durlak, J. A., Weissberg, R. P., & Pachan, M. (2010). A Meta-analysis of Afterschool Programs that Seek to Promote Personal and Social Skills in Children and Adolescents. American Journal of Community Psychology. 45(3–4): 294–309.

Fergusson, D. M., Boden, J. M. & Horwood, L. J.(2006). Cannabis use and other illicit drug use: testing the cannabis gateway hypothesis. Addiction 101(4): 556–569.

Gov (2016). Dimuaturun pada 23 Mac 2019 dari laman web http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/0827daa8-e2aa-4204-8e3b b104cdac23a1/resource/5f45f003-52f2-4a32-9b3c-87082a1b4d82/download/laporan-160-bilangan-penghuni-asrama-akhlak-mengikut-kumpulan-etnik-dan-jantina-2016.xlsx

Hamidah Ab. Rahman, Sabariah Din, Mohd Taib Dora, Ajmain Safar, Hamdan Abd. Kadir dan Puteri Khairul Bariah Mohd Mansur. (2006). Faktor Penyumbang Kepada Masalah Keluarga Dan Penceraian: Kajian Kes Di Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Hogan, J. A., Gabrielson, K. R., Luna, N. & Grothous, O. (2003). Substance Abuse Prevention: The Intersection of Science and Practice. Boston: Pearson Education, Inc.

Hollen, K. H. (2009). Encyclopedia of Addictions.West Port, CT: Greenwood Publishing Group

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/05/28/dirogol-38-lelaki

Ismail, R., Ahmad, N. A., Ibrahim, F., & Nen, S. (2017). Pengaruh Faktor Individu, Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam Kalangan Remaja (The Influence of Individual, Familial and Social Environmental Factors Towards Substance Abuse Behavior among Adolescents). Akademika, 87(1).

Lai, S. K. (2010). Penggunaan Internet dan Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu Di Sebuah Sekolah Menengah, Puchong: Projek Penyelidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mannes, M., Roehlkepartain, E. C. and Benson, P. L. (2005). Unleashing The Power of Community To Strengthen The Well-Being of Children, Youth and Families: An Asset Building Approach. Child Welfare League of America. 84 (2). 33-250.

Noor Adiah Mohamad Nor. (1998). Satu Kajian Kes Tentang Masalah Remaja Sekolah Dan Kaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan.

Norhayati Suaidi. (1994). Persekitaran Fizikal, Penglibatan Ibubapa Dan Pencapaian Akademik Kanak-Kanak Di Rumah Pangsa. Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan

Rohayati Derani (2004). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini: Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Othman, Z., & Druis, M. D. (2017). Ancaman sindiket dadah terhadap juvenil di Malaysia (The threat of illicit drug syndicates to juveniles in Malaysia). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(1).

Rosser, R., Stevens, S. & Ruiz & W. (2005).Cognitive markers of adolescent risk taking: A correlate of drug abuse in at-risk individual. The Prison Journal 85(1): 85-96.

Turner, L.A., Powell, A.F., LanghinrichenRohling, J. & Carson, J. 2009. Helping families initiative: Interviewing with high risk students to a community, school, and district attorney partnership. Child and Adolescent Social Work Journal 26 (3): 209-233.

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrdin Mohamed Yusoff& Ahmad Arifin Sapar (2013). Pengaruh Media Massa Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. January 2013, Vol. 1 Issue 1.

Yahaya, A., & Aliju, M. J. (2010). Pengaruh Negatif Rakan Sebaya. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Artikel, 1-4.

Zakiyah Jamaluddin. (2008). Kemudahan Kafe Siber dan Penularan Salah Laku Remaja. The 6th International Malaysian Studies Conference (MSC6) Malaysian Social Science Association (PSSM), University Malaysia Sarawak dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Crown Plaza Hotel Kuching Sarawak. 5-7 August. 2008.
Published
2021-01-06
How to Cite
Kirman, N. S., Hassan, M. M., Anwar, F. H., Mohd Khir, A. and Wan Jaafar, W. M. (2021) “Faktor Sosialisasi dalam Mempengaruhi Tingkah Laku Individu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), pp. 106 - 118. doi: 10.47405/mjssh.v6i1.640.
Section
Articles