Cabaran Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia

  • Muhamamd Zulhafizi Mohd Yusof Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Zurinah Tahir Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Jalaluddin Abdul Malek Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Ali Salman Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Keywords: faktor kejayaan, industri kecil dan sederhana, keusahawanan, cabaran usahawan muda, pembangunan ekonomi

Abstract

Sektor perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dianggap penting memandangkan ia memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan ekonomi negara sekali gus melahirkan usahawan muda berjaya. Usahawan muda yang berjaya bukan sahaja mencipta perniagaan baru malahan meningkatkan peluang pekerjaan dan sebagainya. Kejayaan usahawan muda dalam bidang perniagaan IKS memberikan satu impak positif dalam pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, objektif kajian adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong kejayaan usahawan muda dalam menghadapi cabaran perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan seramai 138 orang responden yang kini bergelar Local Champion yang terdiri daripada usahawan muda yang berjaya dalam perniagaan (IKS) masing-masing. Kesemua responden merupakan Local Champion yang telah terlibat secara langsung di dalam Program Rural Business Challenge dan menetap di sekitar Malaysia yang terdiri daripada Zon Timur, Zon Tengah/Selatan, Zon Utara, Sabah dan juga Sarawak. Data yang diperoleh daripada responden akan dianalisis. Faktor pendorong kejayaan yang dikaji dibahagikan kepada 7 dimensi iaitu Sikap/Minat/Kesedaran diri sendiri, Modal, Pemasaran yang baik, Pemikiran Inovatif dan kreatif, Persekitaran Perniagaan, Kemahiran dan Pengetahuan serta Pengurusan Organisasi dan Kerjasama Luar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor “Sikap, Minat, Kesedaran diri sendiri” bagi seseorang usahawan itu merupakan faktor paling utama yang mendorong kejayaan seseorang usahawan muda dalam menjalankan perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kesimpulannya, sikap usahawan yang berdisiplin tinggi dalam mengendalikan perniagaan, berani dan sanggup menghadapi risiko, berfikiran kreatif dan inovatif, sentiasa mendalami ilmu perniagaan sangat menyumbang terhadap kejayaan usahawan muda IKS di Malaysia bagi mengembangkan lagi perniagaan ke arah peringkat global dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Segala faktor dimensi cabaran tersebut sangat mempengaruhi seseorang usahawan untuk mencapai kejayaan sekali gus bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan usaha ini harus berterusan dilaksanakan untuk menambahbaikkan kualiti kehidupan komuniti dan masyarakat setempat.

Statistics
Abstract views: 1624 , PDF downloads: 1617

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab. Aziz Yusof. (2003). Prinsip Keusahawanan. Prentice Hall. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Aishah Kasa. (2009). Pembangunan Instrumen Pengukuran Psikologi Keusahawanan Belia Malaysia. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Bukryman Sabri et al. (2008). Kajian Aspirasi Keusahawanan Belia Terhadap Memupuk Budaya Keusahawanan Ke Arah Menuju Pencapaian Wawasan 2020. Kementerian Belia dan Sukan. Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

De Bono (1970). Parallel Thinking: From Socratic Thinking to de Bono Thinking. Penguin Books: United Kingdom.

Drucker, P. (1985). Innovation and Entrepreneurship. Amazon.com. United States.

Dunn, P. (2011). A Comparison of Entrepreneurship/Small Business and Finance Professor’s Reaction To Selected Entrepreneurial and Small Business Financial Planning and Management Issue. Journal of Entrepreneurship Education.

Eriniwati Aliza. (2014). Faktor Yang Mendorong Kecenderungan Pelajar Kolej Vokasional Ke Arah Bidang Keusahawanan. Tidak Diterbitkan. Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikel. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Gibb, A. A, J. Ritchie. (1982). Understanding the Process Of Starting Small Business. European Small Business Journal, 1(1).

Green, F. (2013). Youth Entrepreneurship, A Background Paper for the OECD Center for Entrepreneurship, SMEs and Local Development.

Greene. (2000). The Power of Entrepreneurial Vision Vocational Education, Educational Journal, 64(8), 28-29.

Hisrich, R. D. (2000). Marketing. Second Edition. United States of America: Barron’s Education Series. Inc.

Ishak Yussod et al. (2011). Faktor Keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI) Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 5-7 Jun 2011, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Ismail Zain (2004) Apa itu Kreativiti? Portal Pendidikan Utusan. Utusan Melayu(M)Berhad.  http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2004&dt=0527&pub=DuniaPendidikan&sec=Kaunseling&pg=ka_01.htm. Dibaca 23.5.09

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2009). Siaran Khas Penyiasatan Tenaga Buruh (Usahawan Di Malaysia), Siri 4 Bil 1. 1/2009. Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (2012). Laporan MITI. Kuala Lumpur. Sasyaz holdings Sdn. Bhd

Lambing, P. A. & Kuehl, C. R. (2000). Entrepreneurship: Third Edition. New Jersey: Prentice Hall

Martinelli, A. (1994). Entrepreneurship and management in Smelster, N.J and Swedberg, R (Eds.) The Handbook of Economics Sociology. Princeton,NJ : Priceton University Press.

Mohd Nor Hidayad Hambali. (2011). Faktor Bantuan Kerajaan yang Meningkatkan Kejayaan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana Bumiputera di Sabak Bernam, Selangor. Tidak Diterbitkan. Tesis Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Mohani Abdul, Kamaruzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed dan Abdul Jumaat Mahajar (2008). Pembudayaan Keusahawanan. Pearson Prentice Hall: Kuala Lumpur.

Norashidah Othman, Noraishah Buang. (2009). Konsep Kesedian Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan IKS di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 187-203.

Nor Azira Ayob, Sity Daud & Muhamad Takiyuddin Ismail. (2016). Faktor pembentukan modal insan dan daya saing usahawan wanita Malaysia: Kajian empirikal wanita bumiputera di Melaka. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 12(5), 115 – 129.

Norasmah Othman & Sumathy a/p Panniappan. (2012). Profil Keusahawanan Peniaga India India di Malaysia.

Schermerhorn, Hunt & Osborn (2003) Organizational Behaviour. The Jossey-Bass: New York

Zafir & Fazirah. (2007). Menjadi Usahawan. PTS Bisnes dan Pengurusan. Kuala Lumpur.

Zenkin, M. (1981). Entrepreneurs. Key to Growth. Standford Research Institute Journal, 43-48.
Published
2020-12-08
How to Cite
Mohd Yusof, M. Z., Tahir, Z., Abdul Malek, J. and Salman, A. (2020) “Cabaran Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), pp. 355 - 366. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.614.
Section
Articles