Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018: Satu Analisis

  • Mohd. Noor Bin Mat Yazid Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: kerusi parlimen, pilihan raya umum, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Parti Warisan Sabah

Abstract

Artikel ini membincangkan keputusan kerusi parlimen negeri Sabah dalam PRU 14, yang diadakan pada 9 Mei 2018. Kenapa terdapat perbezaan yang besar dalam keputusan pilihan raya umum ke-14 ini berbanding dengan keputusan pilihan raya umum sebelum ini. Keputusan PRU ke-14 di peringkat parlimen Sabah adalah berbeza dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelumnya; iaitu penguasaan BN yang merosot di peringkat parlimen Sabah. Perubahan besar telah berlaku dalam PRU ke-14, 9 Mei 2018 di mana parti-parti politik komponen BN telah mengalami kemerosotan besar dalam parlimen Sabah. Daripada jumlah keseluruhan 25 kerusi parlimen seluruh negeri Sabah, BN hanya berjaya mendapat sepuluh kerusi parlimen sahaja. Selebihnya adalah dimenangi oleh parti-parti politik yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan iaitu Parti Warisan Sabah (8 kerusi), PKR (3 kerusi) dan DAP (3 kerusi). Ini adalah pertama kali BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum Sabah. Kajian ini mendapati bahawa isu-isu berkaitan dengan masalah ekonomi negara, dasar ekonomi dan percukaian yang menekan rakyat, kenaikan harga barang serta kenaikan kos hidup, rasuah dikalangan pimpinan tertinggi BN, harga petrol yang mahal telah membawa kepada perubahan besar sokongan pengundi Sabah menolak BN. Semua persoalan ini disokong oleh perubahan dan kecanggihan teknologi komunikasi yang memudahkan berlakunya penyebaran secara meluas kepada seluruh peringkat pengundi. Oleh itu dapat dikatakan bahawa tekonologi komunikasi moden ini mempunyai pengaruh besar kepada keputusan pengundi Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Chin. J. (2018). Sabah and Sarawak in the 14th General Election 2018 (GE14): Local Factors and State Nationalism. Journal of Current Southesat Asian Affairs, 37(3),173-192.

Chin. J. (2012). Forced to the Periphery: Recent Chinese Politics in East Malaysia. Dalam Lee Hock Guan & Leo Suryadinata. Malaysian Chinese: Recent Development and Prospects. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 109-124.

Danny Wong Tze Ken. (2011). Pilihan Raya Umum ke-12 di Sabah: Beberapa Pemerhatian. dalam Joseph M. Fernando, Zulkarnain Abdul Rahman dan Suffian Mansor (eds), Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12: Isu dan pola Pengundian, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,  hal. 249-262.

Joseph M. Fernando, Zulkarnain Abdul Rahman dan Suffian Mansor (eds). (2011). Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12: Isu dan pola Pengundian, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Lim Hong Hai. (1997). Sabah and Sarawak in Malaysia: The Real Bargain, or What have They Gotten Themselves Into?. Kajian Malaysia, 25 (1&2), 15-56.

Lim, Markus. (2013). MCA Sebagai Pelarian Politik. Jurnal Pemikir, 71 (Jan-Mac), 31-47.

Loh Kok Wah, Francis. (1997). Understanding Politics in sabah and Sarawak: An Overview. Kajian Malaysia, 25 (1&2), 1-14.

Mohd. Noor Mat Yazid. (2019). Faktor Sabah, Sarawak dan Johor dalam Pembentukan Kerajaan Pusat Malaysia: Analisi s Pilihanraya Umum ke-13 dan ke-14. International Journal of Law, Government and Communication, 4(4), 87-96.

Mohd. Noor Mat Yazid dan Md. Saffie Abd. Rahim. (2019). Berakhirnya Simpanan Tetap Barisan Nasional dan Bermulanya Kuasa Politik Baru di Negeri Sabah,  dalam  Zulkarnain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi dan Amer Saifude Ghazali (eds.), Pilihan raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baru, Kuala Lumpur; Penerbit Universiti Malaya, hal. 359-376.

Mohd. Noor Mat Yazid dan Md. Saffie Abd Rahim. (2018). Pencapaian Barisan Nasional dan DUN Majoriti Pengundi kaum Cina di Negeri Sabah: Satu Analisis Perbandingan PRU-13 dan PRU-14. Jurnal Kinabalu, keluaran Khas 2018. 

Mohd. Noor Yazid. (2016). Tiang Seri Perlembagaan dan Kuasa Politik Melayu, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Mohd. Noor Yazid. (2013). DAP, Pakatan dan Politik Malaysia. Jurnal Pemikir, 71 (Januari-Mac),  49-66.

Mohd. Noor Yazid. (2011). Percaturan Kuasa dan Politik Pilihanraya, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Noor Yazid. (2010). Merenung Pilihan Raya ke-13: Melayu Gawat, Barisan Tergugat. Jurnal Pemikir, 60, (April-Jun), 81-104.

Tapsell, R. (2018). The Smartphone as the “Weapon of the Weak”: Assessing the Role of Communication Technologies in Malaysia’s Regime Change. Journal of Current Southesat Asian Affairs, 37 (3), 9-29.

Wong Tze Ken, Danny. (2011). Pilihan Raya Umum ke-12 di Sabah: Beberapa Pemerhatian. dalam Joseph M. Fernando, Zulkarnain Abdul Rahman dan Suffian Mansor (eds), Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12: Isu dan pola Pengundian, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,  hal. 249-262.

Zulkarnain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi dan Amer Saifude Ghazali (eds.). (2019). Pilihan raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baru, Kuala Lumpur; Penerbit Universiti Malaya.
Published
2020-04-26
How to Cite
Mat Yazid, M. N. (2020) “Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018: Satu Analisis”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(4), pp. 8 - 18. doi: 10.47405/mjssh.v5i4.384.
Section
Articles