Warisan Budaya Melayu Dalam Novel ‘Kasyaf Ain’

  • Nor Azlili Hassan Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia
  • Norazilah Buhari Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia
  • Nik Norazira Abd Aziz Jabatan Game Studies, Fakulti Industri Kreatif, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia
Keywords: Warisan, budaya Melayu, novel, gaya bahasa, tradisi

Abstract

Novel adalah karya sastera berbentuk prosa yang menonjolkan persoalan kompleks tentang sesebuah masyarakat. Antara persoalan penting yang turut ditonjolkan dalam novel adalah mengenai nilai warisan budaya sesebuah masyarakat termasuklah budaya Melayu dengan tujuan untuk mendidik masyarakat agar lebih mendalami lagi tentang nilai warisan budaya Melayu di samping memberikan kesedaran tentang kepentingan mencintai dan menghargai warisan budaya Melayu. Pendedahan mengenai warisan budaya Melayu yang digambarkan melalui novel akan menjadi lebih menarik dan jelas serta memanusiakan pembacanya. Novel Melayu ‘Kasyaf Ain’, hasil tulisan novelis Malaysia iaitu Ramlee Awang Mursyid, turut memaparkan nilai warisan budaya masyarakat Melayu. Novel ini dipilih sebagai bahan kajian kerana ada memaparkan tentang gaya bahasa dan tradisi masyarakat Melayu sebagai sebahagian daripada warisan budaya Melayu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan warisan budaya Melayu dalam novel ‘Kasyaf Ain’. Kaedah kajian adalah berbentuk analisis kandungan yang melihat novel ‘Kasyaf Ain’ dan bahan-bahan kajian lepas yang berkaitan dengan novel dan kajian tentang warisan budaya Melayu. Warisan budaya Melayu ini dianalisis melalui setiap bab dalam novel tersebut bagi memperlihatkan secara jelas tentang warisan budaya Melayu. Hasil dapatan menunjukkan bahawa novel ‘Kasyaf Ain’ banyak mengandungi unsur warisan budaya Melayu yang dapat dijadikan sebagai ilmu pengetahuan dan pendidikan kepada masyarakat umumnya, dan generasi muda khususnya. Penonjolan unsur warisan budaya ini dapat dilihat daripada segi bahasa, dialek, tataadab, institusi kekeluargaan dan tingkah laku sosial lantas boleh dianggap sebagai medium intelektual dan praktikal masyarakat Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Aziz Deraman. (2012). Warisan budaya dalam Konteks 1Malaysia: Jati diri dan patriotisme teras peradaban Malaysia. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abd Wahid Jais & Faezah Kassim. (2006). Kesantunan bahasa dalam peradaban Melayu dari perspektif komunikasi. Seminar Kebangsaan Bahasa Verbal dan Bukan Verbal dari Perspektif Bahasa, Terjemahan dan Komunikasi, 2: 59-73.

Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Arba’ie Sujud, Salhah Razak dan Siti Rabiatul Adawiah Jaffar. (2015). Pemikiran politik: Pemimpin dan kepimpinan dalam novel Shahnon Ahmad. International Journal of the World and Civilisation. 3(1): 67- 78.

Asmah Bee Mohd. Noor & Iran Herman. (1995). Membina kesejahteraan remaja. Bandar Baru Bangi: Penerbit Tekno Edar.

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2005). The Malay peoples of Malaysia and their languages. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Che Abdullah Che Ya. (2015). Bayangan wacana politik dalam karya sastera: Analisis novel Kawin-kawin. Jurnal Komunikasi, 31(2): 461-176.

Che Abdullah Che Ya (2018). Manifestasi kehidupan masyarakat Melayu dalam Bedar Sukma Bisu daripada perspektif Pengkaedahan Melayu. Jurnal Melayu, 17(2): 328 – 342.

Dusuki Hj. Ahmad. (1980). Islam Di Malaysia kebangkitan dan masa depan. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi.

Elizabeth & Burns, T. (1973). Sociology of literature and drama. Middlesex: Penguin Education.

Fatimah Busu. (2003). Penulisan kreatif teori dan proses. Pahang: PTS Publication.

Harkavy, M. D. (1996). The Webster’s International Encyclopaedia. Florida: Trident Press International.

Haron Daud. (2004). Ulit Mayang kumpulan Mentera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang. (1987). Glosari mini kesusasteraan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Haslina Haron & Adilah Zabir. (2018). Penggunaan dialek dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung. Jurnal Bahasa, 18(2): 286-318.

Hassan Shadily. (1984). Sosiologi untuk masyarakat Indonesia. Indonesia: PT. Bina Aksara.

Ibn al-Qayyim al-Jauziah. (2000). Sistem pengubatan di zaman Rasul. Selangor: Pustaka Ilmi.

Jahid Sidek. (2004). Berpawang dan bersahabat dengan Jin daripada perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maizira Abdul Majid & Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2017, Mei). Warisan budaya Melayu dalam novel Sri Rahayu sebagai medium pendidikan. dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan 2017. Kota Kinabalu, Sabah.

Mohd Anuar Ramli, Syamsul Azizul Marinsah. (2014). Kepercayaan Kenan dalam masyarakat Melayu: Kajian dari perspektif hukum Islam. Manusia dan Masyarakat, (25).

Morner, Katheleen & Rausch, R. (1991). NTC’s Dictionary of Literary Terms. Illinois: National Textbook.

Muhammad Haji Salleh. (2008). Permata di rumput, gilang sastera sebagai ruang bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Ramzi Omar. (2000). Sihir dan perkara berkaitan dengannya. Selangor: Pustaka Ilmi.

Nadiah Abdul Rahman & Priscilla Law Nguik Hung. (2008). Tamadun Islam dan Asia. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Nor Aini binti Hj. Ahmad. (1998). Unsur-unsur tradisi lisan dalam drama-drama Noordin Hassan. Tesis Bachelor Sastera, Universiti Putra Malaysia.

Norazlina Mohd Kiram. (2009). Konsep malu orang Melayu dalam novel Saga. dlm Penelitian Bahasa dan Budaya Melayu: Teori dan Aplikasi. (ms 239 – 251). Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Norita Hamdan. (1998). Novel Salina karya A.Samad Said: Dilihat dari sudut sosial. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ramlee Awang Murshid. (2018). Kasyaf Ain. Kuala Lumpur: RAM Typewriter Ventures.

Ramli Isin. (1994). Novel-novel Melayu muktahir: Analisis cerminan nilai budaya bangsa. Teks Ceminan Nilai Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Isin. (1997). Novel Melayu Mutakhir: Tema dan persoalan karya. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Rentse, Anker. (1931). Kelantan Malay Charms. JMBRAS, 9: (1).

Roslina Mat Riffin. (1992). Histeria: Satu kajian kes mengenai pandangan orang Melayu di Bachok Kelantan. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rosnani Md Zain & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2017). Fenomena sosial dalam novel Nenek karya Razali Endun. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 8: 82-95.

Shahnon Ahmad. (1994). Sastera: Pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syarhan Shafie & Fakhrul Ridzha Abd Rahman. (2004). Perubatan Islam menangkis kejahatan makhluk halus. Putrajaya: Nusaibah Enterprise.

Shuhairimi Abdullah. (2006). Institusi bomoh dalam masyarakat Melayu menurut perspektif Islam. Jurnal Pembangunan Sosial, 9: 181-203.

Umar Junus. (1989). Sosiologi sastera: Persoalan teori dan metode. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2019). Kesantunan dan strategi berbahasa dalam konteks pendidikan. Dlm: Marlyna Maros et.al (eds) Kesantunan Berbahasa, 63-81. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifley Hamid & Naidatul Zamrizam Abu. (2013). Memupuk perpaduan di Malaysia – Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space, 9(4): 86 – 98.

Published
2022-01-10
How to Cite
Hassan, N. A., Buhari, N. and Abd Aziz, N. N. (2022) “Warisan Budaya Melayu Dalam Novel ‘Kasyaf Ain’”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), pp. 145 - 160. doi: 10.47405/mjssh.v7i1.1221.
Section
Articles