Tahap Resilien dan Kesihatan Mental Individu di Era Pandemik Covid-19: Satu Kajian Empirikal dalam kalangan Remaja di Malaysia

  • Norfatmazura Che Wil Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Nooraini Othman Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Keywords: COVID-19, kesejahteraan individu, kesihatan mental, resilien, remaja di Malaysia

Abstract

Sejarah baharu pada tahun 2020 telah tercipta apabila kesejahteraan individu dan kemampuannya berfungsi secara efektif tergugat kerana penularan Covid-19 di Malaysia. Pelbagai konflik wujud akibat daripada penularan wabak ini antaranya dari segi kewangan, perhubungan sosial, pekerjaan, pengurusan dan termasuklah kesihatan mental. Namun begitu, dapat dilihat bahawa kajian terdahulu lebih menumpu kepada kesan penularan Covid-19 terhadap psikososial individu tanpa melibatkan data empirikal yang jelas, justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan remaja di era pandemik Covid-19 dan mengenal pasti tahap resilien serta pengaruhnya terhadap kesihatan mental. Seramai 135 orang remaja telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif di mana ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) dan Connor-Davidson Resilience Scale (CD-RISC-25) digunakan bagi pengumpulan data. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental remaja berada pada tahap yang normal dan majoriti responden mempunyai tahap resilien yang sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan terdapat 18.6% responden menghadapi tekanan hidup dan 9.5% mempunyai tahap resilien yang rendah. Implikasi kajian ini turut bermanfaat bagi pihak yang berkenaan seperti para kaunselor agar pelbagai pelan pemulihan dan rawatan dapat dilakukan segera bagi kesihatan mental berada pada tahap terbaik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Aziz, A., Mohd Sukor, N., & Ab Razak, N. (2020). Wabak Covid-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal Of Social Science Research, 2(4), 156-174. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Ahmad Hazuad Salleh & Dini Rahiah Kadir (2015). Kajian Mengenai Hubungan Antara Kemurungan, Kebimbangan Dan Tekanan Dengan Tret Personaliti Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. UKM.

Ferlis Bullare @ Bahari, Rosnah Ismail, Lailawati Madlan @ Endalan1 dan Surianti Lajuma1. (2015). Strategi Daya Tindak Remaja Sekolah dan Hubungannya dengan Kemurungan. Jurnal Psikologi Malaysia, 29(1), 21-38.

Ginsburg, K. R., Jablow, M. M., (2015). Bulding Resilience in Children and Teens: Giving Kids Roots and Wings, 3rd Edition. American Academy of Pediatrics.

Herrington, O. D., Clayton, A., Benoit, L., Prins-Aardema, C., DiGiovanni, M., Weller, I., & Martin, A. (2021). Viral time capsule: a global photo-elicitation study of child and adolescent mental health professionals during COVID-19. Child and Adolescent Psychiatry and Mental Health, 15(1), 1–18. https://doi.org/10.1186/s13034-021-00359-5

Jamaluddin. R., Azizi. Y., Noordin. Y., Siti Zainab. Md. L. (2018). Kemurungan dalam kalangan Penghuni Anak Yatim di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Jurnal Perkama, 9, 97-118.

Killgore, William D.S. Cloonan, Sara A. Taylor, Emily C. Dailey, Natalie S. (2021). Mental Health During the First Weeks of the COVID-19 Pandemic in the United States. Journal of Frontiers in Psychiatry. http://doi: 10.3389/fpsyt.2021.561898.

Knowles, J. R. P., Gray, N. S., O’Connor, C., Pink, J., Simkiss, N. J., & Snowden, R. J. (2021). The Role of Hope and Resilience in Protecting Against Suicidal thoughts and Behaviors During the COVID-19 Pandemic. Archives of Suicide Research, 1–18. https://doi.org/10.1080/13811118.2021.1923599

Lerner, R. M., Hershberg, R. M., Hillard, J. L., & Johnson, S., (2015). Concepts and Theory in Human Development. https://www.researchgate.net/publication/309375797.

Mc Dermott, E. R., Donlan, A. E., Anderson, S., & Zaff, J. F. (2017). Self-Control And Adolescent Internalizing And Externalizing Problems: Neighborhood-Based Differences. Journal Of Community Psychology, 45(3), 297–314. http://doi: 10.1002/Jcop.21848.

Mohd Nasir, M. I., Ramli, M. W., & Mohd Som, S. H. (2021). Now Look What You’ve Done, COVID-19! The Impact on Academic Survival among Postgraduate Students in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(2). https://doi.org/10.6007/ijarbss/v11-i2/8430

Morales-Rodríguez, Francisco Manuel., Martínez-Ramón, Juan Pedro., Méndez, Inmaculada., Ruiz-Esteban, Cecilia. (2021). Stress, Coping, and Resilience Before and After COVID-19: A Predictive Model Based on Artificial Intelligence in the University Environment. Journal of Frontiers in Psychology. http://doi: 10.3389/fpsyg.2021.647964.

Naim Makhtar, N., Nurnajah Adilah Rosli, S., & Taha, H. (2021). Kesan Jenis Pembelajaran Dalam Talian Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Pelajar Bagi Subjek Fizik. Journal of Science and Mathematics Letters, 9(1), 60. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/4609

Norsaidatina, Wan., Nawang, Hasma W., Radzani, Mohd., Razak, Abdul., Ahmad, Mohamad Firdaus., Lamat, Siti Aida. (2021). Tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal serta aktiviti sedentari pelajar semasa penularan COVID-19. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 10(1), 15-23. https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ

Shamzaeffa, S. & Kevin, T. C.H., (2016). Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental Dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda: Satu Kajian Di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 14(1), 11-16.

Sulimani-Aidan (2018). Risk and Resilience in the Transition to Adulthood from the Point of View of Care Leavers and Caseworks. Child and Youth Services Review. Elsevier.

Vitorino L. M.,Yoshinari J, Gerson H, Gonzaga G., Dias. I. F, Pereira J. P. L., Ribeiro I., Marum. G., França A B., Al-Zaben,. F., Koenig, H. G. Trzesniak, C. (2021). Factors associated with mental health and quality of life during the COVID-19 pandemic in Brazil. Journal of BJPsych Open. http://doi: 10.1192/bjo.2021.62

Voklom, M.V, Guerguis, A.J, Kramer.A., (2017). Sibling Relationships, Birth Order, and Personality among Emerging Adults. Journal of Psychology and Behavioral Science5(2), 21-28.

Wong, L. P., & Alias, H. (2021). Temporal changes in psychobehavioural responses during the early phase of the COVID-19 pandemic in Malaysia. Journal of Behavioral Medicine, 44(1), 18–28. https://doi.org/10.1007/s10865-020-00172-z

Zaiton Mohamad dan Balan Rathnakrishnan, (2014). Hubungan Daya Ketahanan dan Sokongan Sosial Terhadap Kesunyiaan Pelajar Dalam Institusi Pengajian Tinggi. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014:
Published
2021-09-10
How to Cite
Che Wil, N. and Othman, N. (2021) “Tahap Resilien dan Kesihatan Mental Individu di Era Pandemik Covid-19: Satu Kajian Empirikal dalam kalangan Remaja di Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), pp. 26 - 34. doi: 10.47405/mjssh.v6i9.1003.
Section
Articles