Penerapan Kefahaman Nilai Interaksi dalam Menangani Sikap Ekstrem Ke Arah Mewujudkan Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia

  • Wan Zulkifli Wan Hassan Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: nilai interaksi, ekstrem, keharmonian, hubungan etnik, Malaysia

Abstract

Kepelbagaian etnik perlu diurus dengan sempurna dan ia sekali gus menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini akan menentukan suasana hubungan etnik yang lebih baik pada masa hadapan. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah dengan melihat persoalan tentang bagaimana kefahaman masyarakat terhadap nilai interaksi yang sebenar supaya dapat dijadikan penyelesaian dalam segala bentuk permasalahan masyarakat pelbagai etnik. Aspek yang sering kali dihadapi oleh sebahagian pemikiran masyarakat ialah kefahaman mereka tentang nilai interaksi yang digalakkan dan apakah perkara yang boleh dikongsi bersama dengan masyarakat berlainan etnik, agama dan budaya. Ketidakfahaman masyarakat sendiri mengenai nilai interaksi yang sebenar khususnya dalam konteks agama dan kepercayaan tertentu sering kali membawa mereka menjauhkan diri daripada masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya. Ada yang bersikap ekstrem dan mengambil jalan sukar dalam memahami nilai interaksi yang sebenar kerana tidak mengetahui akan kewujudan kelonggaran dan toleransi dalam kes-kes tertentu.. Kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan soal selidik secara atas talian (online) dalam kalangan responden yang pernah didedahkan tentang nilai interaksi sebenar seramai 554 orang responden. Data yang dipungut, dianalisis dan dikodkan secara kuantitatif dengan menggunakan teknik SPSS terhadap soal selidik yang dijawab oleh responden. Ini membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam terhadap isu yang dikaji. Kajian mendapati majoriti masyarakat memahami tentang nilai interaksi sebenar dalam mewujudkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Hal ini dilihat tidak memberi kesan yang buruk kepada masyarakat pelbagai etnik. Ia sekali gus menggambarkan kefahaman tentang nilai interaksi dapat membendung sikap ekstrem dalam kalangan masyarakat. Dapatan kajian mendapati nilai pegangan agama yang kuat boleh memandu mereka dalam mewujudkan interaksi yang antara sesama manusia, nilai simpati terhadap orang lain meskipun berlainan bangsa, etnik dan agama, sifat pemaaf, mempunyai persepsi positif terhadap orang lain, sikap toleransi dengan kaum yang lain, sayangkan keharmonian dalam sesebuah negara dan hormat nilai warisan dan agama rasmi negara

Statistics
Abstract views: 139 , PDF downloads: 95

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd al-Karim Zaydan. (1988). Ahkam al-dhimiyyah wa al-Musta’min fi Dar al- Islam, Beirut: Muassasah al-Risalah.

Abdul Ghafar Haji Don et al. (2009). Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman, al-Hikmah (Journal of Islamic Dakwah, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM, al-Qaradawi Yusof . 2001, Fi Fiqh al-Aqalliyat al-Muslimah. Dar al-Syurouk.

Astroawani (2019). Isu Perkauman: Media Jangan Burukkan Lagi Keadaan - Tun Mahathir, Dalam Laman Web Astro Awani, Http://Www.Astroawani.Com/Berita-Malaysia/Isu-Perkauman-Media-Jangan-Burukkan-Lagi-Keadaan-Tun-Mahathir-216367.

Hani al-Mubarak & Syawqi Abu Khalil. al-Islam wa al-Tafahum wa al-Ta’ayusy bayna al-Syu’ub, Beirut: Dar al-Fikr alMu’asir.

Khairul Azhar Meerangani & Rushdi Ramli. (2016). Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Pihak Kristian: Analisis Menurut Hukum Islam. Jurnal Fiqh 13: 117-138.

Mohammad Nidzam Abd. Kadir (2009). Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim, Kuala Lumpur Telaga Biru.

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hasan (ed.), (2005), Readings on Ethnic Relations in a Multicultural Society, Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

Nasruddin Yunos et. al. (2018). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Bangi: Pusat Citra Universiti

Nazneen Binti Ismail et al. (2018). Pendekatan Fiqh Ta’ayusy dalam Menangani Konflik Antara Agama, dalam Jurnal ISLAMIYYAT 40(2) 2018: 151 – 16

Osman Abdullah@Chuah Hock Leng & Abdul Salam Muhamad Shukri. (2008). Muslim Converts in Malaysia: The Problem of Cultural Adjustment, International Islamic University Malaysia

Parker, W C. (1979), Communication and The May 13th Crisis A Psychoculutral Interpretation, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya

Shamsul Amri Baharuddin (2010). Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia”, wacana anjuran Jabatan Pengajian Islam dan Kemanusiaan, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Lihat lama Web, http://alahkam.net/home/index. php?option=com_content&view=article&id=53 25:dasar-ekonomi-baru-dan-implikasi-terhadaphubungan-etnik.

Sheikh Hussein Ali Mustapha. (2014). Fiqh Al-Ta’ayush Fi Sirah alNabawiyah. Lubnan: Markaz Islami’ al-Saqafi

Uthman El-Muhammady. (2010). Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama– Satu Pengamatan Ringkas dalam, Wacana Membanteras Pluralisme Agama dan Pemurtadan Umat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), JAKIM, JAIS, ACCIN dan Permuafakatan NGO WP di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala lumpur, pada 14hb Disember 2010.

Wan Zulkifli, Et. (2016), Maqasid Syariah Dalam Pembinaan Fatwa Berkaitan Amalan Rentas Agama Dan Rentas Budaya Di Malaysia. Al-Hikmah Journal of Islamic Dakwah, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, 8(2).

Yusri Mohamad. 2010. Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal, dalam, Wacana Membanteras Pluralisme Agama dan Pemurtadan Umat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), JAKIM, JAIS, ACCIN dan Permuafakatan NGO WP di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala lumpur, pada 14hb Disember 2010.
Published
2021-07-10
How to Cite
Wan Hassan, W. Z. (2021) “Penerapan Kefahaman Nilai Interaksi dalam Menangani Sikap Ekstrem Ke Arah Mewujudkan Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), pp. 149 - 170. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.919.
Section
Articles