Pengaruh Kualiti Perkhidmatan Terhadap Kepuasan Pelajar Kolej Swasta di Negeri Sabah

  • Mazni Muhammad Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • Roslee Talip Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Muhammad Suhaimi Taat Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, Model SERVQUAL

Abstract

Kepuasan pelanggan merupakan satu aspek penting yang sering diberi perhatian oleh para pembekal produk terutama pihak swasta. Sebarang penambahbaikan mutu produk adalah berdasarkan kepada pandangan dan cadangan daripada pelanggan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan di kolej-kolej swasta di negeri Sabah serta melihat perbezaan tahap kepuasan di antara pelajar kolej-kolej swasta terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan yang merangkumi pengurusan bilik kuliah dan pengurusan perpustakaan. Teori SERVQUAL yang melibatkan lima dimensi iaitu kebolehpercayaan (reliability), jaminan (assurance), bukti fizikal (tangibles), empati (empathy) dan responsif (responsiveness) telah digunakan dalam kajian ini bagi mengukur tahap kepuasan pelanggan. Satu set borang soal selidik yang mengandungi 69 item telah diguna pakai dalam kajian ini. Set soal selidik ini perlu dijawab oleh semua responden yang dipilih secara rawak yang melibatkan pelajar-pelajar kolej swasta di Sabah. Seramai 347 orang responden yang telah menjawab soal selidik tersebut. Kajian ini mendapati bahawa kualiti perkhidmatan berada pada skor min yang tinggi iaitu M= 3.77.  Secara keseluruhannya dapatan dari kajian ini bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara kualiti perkhidmatan dengan kepuasan pelajar kolej-kolej swasta di negeri Sabah.

Statistics
Abstract views: 114 , PDF downloads: 94

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Hakim Abdullah, Ab Aziz Sulaiman & Wan Ismail Wan Abdullah. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 10(2), 104-121.

Che Nidzam Che Ahmad, Noraini Mohamed Noh, Mazlini Adnan, Marzita Putih, & Mohd Hairy Ibrahim (2014). Pengaruh Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran Dan Pembelajaran.

Hairulliza Mohamad Judi, Hazura Mohamed & Noraidah Sahari @ Ashaari (2020). Indeks Kepuasan Pelajar Siswazah Terhadap Prasarana Penyelidikan Di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norhasyila Minhat (2013). Kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan di Politeknik Tuanku Sirajuddin.

Nurul Hasliza Zainan, Nasrin Batrisha M Kasim, Khairunnisa Mohammad Zahir, Nik Nor Azreen Shahira Nik Azni, Nur Ain Shuhada Hassan (2018). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Kelantan. http://www.ijemp.com/PDF/IJEMP-2018-01-03-01.pdf.
Published
2021-06-10
How to Cite
Muhammad, M., Talip, R. and Taat, M. S. (2021) “Pengaruh Kualiti Perkhidmatan Terhadap Kepuasan Pelajar Kolej Swasta di Negeri Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), pp. 196 - 200. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.841.
Section
Articles