Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Bahasa Iban

  • Rosita Kunyo Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Ruhizan Mohammad Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: sikap, motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik, KBAT, Bahasa Iban

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah menjadi keutamaan dalam pembelajaran masa kini khususnya dalam penyoalan dalam pengajaran dan peperiksaan. Bahasa Iban pula merupakan salah satu mata pelajaran yang mengangkat bahasa ibunda sebagai bahasa ilmiah. Namun, penguasaan KBAT pelajar dalam Bahasa Iban masih berada pada tahap yang lemah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan faktor jantina, bangsa dan sekolah serta hubungannya dengan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Seramai 240 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah di daerah Simunjan, Sarawak telah terlibat sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana satu set soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian yang kemudiannya dianalisis menggunakan SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban. Keputusan ujian ANOVA sikap pelajar berdasarkan kaum juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan kaum mereka. Dari aspek sekolah juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban berdasarkan faktor sekolah yang mereka wakili. Keputusan ujian Korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan sikap pelajar terhadap KBAT dalam pembelajaran Bahasa Iban. Berdasarkan dapatan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa sikap dan motivasi terhadap KBAT perlu diterapkan agar pelajar dapat mengoptimumkan penggunaan minda sekali gus mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan.

Statistics
Abstract views: 181 , PDF downloads: 128

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Mohamad & Wan Muhamad Wan Sulong. (2016). Minat dan Sikap Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia Terhadap Bahasa Arab. Jurnal Al-Anwar, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah(PBMITT), 1(1).

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad ke-21 dan Pengaruhnya terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2): 77-88.

Azizi bin Yahaya & Nurul Ain binti Hamsari. (2010). Teori-teori Motivasi. Universiti Teknologi Malaysia.

Bloom, B.S. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook 1: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.

Bohner, Gerd & Micheale Wanke. (2002). Attitude and Attitude Change. New York:Phychology Press. 5-18

Chew, F. P., & Zul, H. H. (2017). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 8, Bil. 1(Mei 2018):1-12

Crow, L. D. & Crow, L. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maio, G. R. & Haddock, G. (2010). The Psychology of Attitudes and Attitude Change. SAGE Publication Ltd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kimble, G. A. (1984). Psychology's two cultures. American Psychologist, 9, 833–839.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determing Sample Size For Research Activities. Educational Psychological Measurement. 30:608.

Lembaga Peperiksaan. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Magdeline Anak Nor. (2008). Sikap Pelajar terhadap Mata Pelajaran Bahasa Iban dan Pertaliannya dengan Gaya Pengajaran Guru. Kertas Projek Sarjana. Bangi: Universiti Pendidikan Malaysia.

Matei, M. C. & Abrudan M. M. ( 2011). Intrinsic and Extrinsic Motivation: An Investigation of Performance Correlation on Students. University of Oradea.

Mensah, J. K., Okyere M., Kuranchie A. (2013). Student Attitude Towards Mathematics and Performance: Does the teacher attitude matter? Journal of Education and Practice, 4(3).

Mohammad Haafiz Ahmid, Mohd Khairuddin Abdullah & Khalid Johari. (2018). Pengajaran Guru dan Kepercayaan Motivasi Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(3): 1636-147.

Mohd Noor Badlishah Abdul Kadir, Mohd Mustaman Abdul Karim & Nurulhuda Abd Rahman. (2015). Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik dan Hubungannya dengan Pencapaian dalam Kalangan Pelajar Sains. Seminar Kebangsaan Pendidikan Negeri Kali ke-5.

Mohamad Shukri Ismail (2016). Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan Pelajar Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Diakses dari http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9074 pada 24 Januari 2021.

Mok, S. S. (2011). Nota Intisari Pendidikan Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Nadzalinda Binti Kamsur. (2015). Tahap Penguasaan, Sikap dan Minat Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA terhadap Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Universiti Tun Hussein Onn.

Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod. (2015). Sikap dan Kesediaan Pelajar Sekolah Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 6(2): 5967

Noor Erma Binti Abu & Leong K. W. (2014). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan 4. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1).

Norasmahani Nor, Nur Sofiah Suhaimi, Nur Syamira Abdul Wahab, Mohd Khushairi Che Ismail, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak. (2015). Pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Menengah: Satu Tinjauan di Putrajaya. Proceeding: 7th International on Regional Education.

Noziati Borhan. (2017). Model Kepecayaan, Sikap Dan Amalan Pengajaran Dalam Kalangan Guru Permulaan Matematik Bagi Sekolah Rendah Di Malaysia. (Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Philip G. A. & Jane K. (2007). The Internationalization of Higher Education: Motivation and Realities. SAGE Journals

Rahil Mahyuddin. (1995). Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam Bilik Darjah. Longman, Kuala Lumpur.

Rajendran N. S. (2013). Higher Order Thinking Skill. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak.

Shema T. & Woodman, J. (2013). Using Mixed Methods In Health Research. Journal of The Royal Society and Medicine. 4(6). Diakses dari http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/ articles/PMC3697857/ pada 24 Januari 2021.

Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Abdullah. (2012). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi:Persepsi dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1): 18-36.

Tuan Rahayu Tuan Lasan, Mohd. Aderi Che Noh & Mohd. Isa Hamzah. (2017). Pengetahuan , Sikap dan Kesediaan Murid Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam Mata Pelajaran Tasawwur Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1).

Vinogharri Munianndy, Johari Surif dan Nor Hasniza Ibrahim (2016). Penerapan Strategi Pengutaraan Masalah untuk Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(5): 51-65.
Published
2021-06-10
How to Cite
Kunyo, R. and Yasin, R. M. (2021) “Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Bahasa Iban”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), pp. 60 - 72. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i6.833.
Section
Articles