Kebimbangan Matematik dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu

  • Chan Ching Peng Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Roslinda Rosli Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: kebimbangan matematik, kegelisahan, fobia, prestasi, menengah rendah

Abstract

Perasaan takut dan tertekan semasa berhadapan dengan kegiatan melibatkan matematik, atau lebih dikenali sebagai kebimbangan matematik, mungkin boleh menjejaskan pembelajaran dan kehidupan harian pelajar. Pada masa yang sama, pelajar yang menonjolkan simptom kebimbangan matematik tidak semestinya mendapat keputusan peperiksaan yang lemah. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau tahap kebimbangan matematik pelajar tingkatan satu dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam matematik. Responden kajian terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan satu yang dipilih secara rawak sistematik dari sebuah sekolah di Daerah Petaling. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik Mathematics Anxiety Scale-UK (MAS-UK) bagi mengukur tahap kebimbangan matematik pelajar dan hubungannya dengan pencapaian matematik pelajar. Data dianalisis secara deskriptif dengan merujuk kepada skor min dan inferensi menggunakan Korelasi Spearman rho. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebimbangan pelajar tingkatan satu terhadap matematik adalah sederhana. Analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik pelajar tingkatan satu. Walaupun tahap kebimbangan adalah sederhana, pengesanan awal harus dijalankan agar dapat memberikan intervensi yang bersesuaian dan meningkatkan keyakinan serta minat pelajar terhadap subjek Matematik.

Statistics
Abstract views: 368 , PDF downloads: 332

Downloads

Download data is not yet available.

References

Amam, A., Darhim, D., Fatimah, S. & Noto, M. S. (2019). Math anxiety performance of the 8th grade students of junior high school. Journal of Physics: Conference Series, 1157(4), 042099. IOP Publishing.

Ambaranti, F., & Retnowati, E. (2019). Exploring mathematics anxiety among senior high school students. Journal of Physics: Conference Series 1200(1), 012004. IOP Publishing.

Azizah, L. N., Mahmudi, A. & Retnawati, H. (2019). Profile of students’ mathematics anxiety. Journal of Physics: Conf. Series 1320 012105.

Carey, E., Hill, F., Devine, A., & Szucs, D. (2016). The chicken or the egg? The direction of the relationship between mathematics anxiety and mathematics performance. Frontiers in Psychology 6, 1987.

Carey, E., Devine, A., Hill, F., Dowker, A., McLellan, R. & Szucs, D. (2019). Understanding mathematics anxiety: Investigating the experiences of UK primary and secondary school students. Retrieved from https://www.repository.cam.ac.uk/bitstream/handle/1810/290514/Szucs%2041179%20-%20Main%20Public%20Output%208%20March%202019.pdf?sequence=1&isAllowed=y

Chua, Y. P (2013). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala Likert. (2nd ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua, Y. P. (2014a). Asas statistik penyelidikan. (3rd ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua, Y. P. (2014b). Kaedah penyelidikan. (3rd ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Darusalam, G. & Hussin, S. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. (2nd ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Delgado, I., Espinoza, J., & Fonseca, J. (2017). Mathematics anxiety in college students in Costa Rica and their relationship with academic achievement and socio-demographic variables. Journal of Educational Psychology-Propositos y Representaciones, 5(1), 301-324.

Deringol, Y. (2018). Primary school students’ mathematics motivation and anxieties. Cypriot Journal of Educational Sciences, 13(4), 537-548.

Dowker, A., Sarkar, A. & Looi, Chung Yen. (2016). Mathematics anxiety: What have we learned in 60 years?. Frontiers In Psychology, 7, 508.

Hunt, T. E., Clark-Carter, D. & Sheffield, D. (2011). The development and part validation of a UK scale for mathematics anxiety. Journal of Psychoeducational Assessment, 29(5), 455-466.

Hunt, W. C. & Zakaria, E.. (2018). Hubungan antara kebimbangan matematik dan pencapaian matematik murid sekolah rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018, 197-207.

Juniati, D. & Budayasa, I. K. (2020). Working memory capacity and mathematics anxiety of mathematics students and its effect on mathematics achievement. Journal for the Education of Gifted Young Scientists, 8(1), 279-291.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran matematik tingkatan 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610.

Lee, J. (2009). Universals and specifics of math self-concept, math self-efficacy, and math anxiety across 41 PISA 2003 participating countries. Learning and individual differences, 19(3), 355-365.

Majlis Keselamatan Negara. (2018). Kenyataan media majlis keselamatan negara, jabatan perdana menteri. Retrieved from https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2020/03/PERGERAKAN-KAWALAN-COVID19-amended-18032020-UPDATED-12.12AM.pdf.pdf.

Mandal, A. K. (2020). Mathematics anxiety and academic achievement of students at secondary stage of education. Studies in Indian Place Names, 40(56), 133-152.

Mutlu, Y. (2019). Math anxiety in students with and without math learning difficulties. International Electronic Journal of Elementary Education, 11(5), 471-475.

Mustaffa, H. (2017). Hubungan antara kebimbangan matematik dengan motivasi dan prestasi pelajar pada subjek matematik. National Pre University Seminar 2017, 62-70.

OECD. (2013). Mathematics self-beliefs and participation in mathematics-related activities. PISA 2012 Results: Ready to Learn (Volume III), Students’ Engagement, Drive and Self-Beliefs, 87-112.

Passolunghi, M. C., Caviola, S., De Agostini, R., Perin, C. & Mammarella, I. C. (2016). Mathematics anxiety, working memory, and mathematics performance in secondary-school children. Frontiers in psychology, 7, 42.

Prahmana, R. C. I., Sutanti, T., Wibawa, A. P., & Diponegoro, A. M. (2019). Mathematical anxiety among engineering students. Infinity Journal, 8(2), 179-188.

Prodromou, T. & Frederiksen, N. (2018). The effects of mathematics anxiety on primary students. Mathematics Education Research Group of Australasia.

Puteh, M. & Khalin, S. Z. (2016). Mathematics anxiety and its relationship with the achievement of secondary students in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 6(2), 119.

Rameli, M. R. M. & Kosnin, A. M.. (2016). Malaysian school students’ math anxiety: application of rasch measurement model. Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Rustam_Mohd_Rameli3/publication/321873451_Malaysian_School_Students'_Math_Anxiety_Application_of_Rasch_Measurement_Model/links/5a3746eba6fdcc769fd7f563/Malaysian-School-Students-Math-Anxiety-Application-of-Rasch-Measurement-Model.pdf

Yahya, S. Z. & Amir, R. (2018). Kebimbangan matematik dan pencapaian matematik Tambahan [Mathematics anxiety and additional mathematics performance]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 3(2), 124-133.

Yavuz, G. (2018). Mathematics anxiety of ninth grade students. Journal of Education and Training Studies, 6(5), 21-27.
Published
2021-03-08
How to Cite
Ching Peng, C. and Rosli, R. (2021) “Kebimbangan Matematik dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar Tingkatan Satu”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), pp. 30 - 40. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.679.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)