Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah

  • Muhammad Zulfiqar Mat Lui Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Anuar Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: kaedah pengajaran dan pembelajaran, gaya pengajaran dan pembelajaran, minat murid, pedagogi

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap minat murid dalam gaya pengajaran dan juga kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah. Kajian tinjauan ini dengan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 100 orang murid dalam Daerah Kuantan. Borang soal selidik dalam bentuk Google Form digunakan untuk mendapat data atau maklumat yang berkaitan dengan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPPS Version 22.0 (Statistical For Social Science). Hasil dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi , peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi yang menggunakan ujian t-tidak bersandar untuk melihat perbezaan minat terhadap gaya pengajaran dan pembelajaran guru berdasarkan jantina. Dapatan kajian mendapati kaedah penggunaan buku teks mempunyai frekuensi dan peratusan yang tertinggi dan penggunaan bahan bantu mengajar seperti animasi, animasi bercetak, drama dan filem mendapat frekuensi dan peratusan yang terendah. Begitu juga dengan gaya pengajaran dan pembelajaran guru yang diminati oleh murid. Dapatan mendapati murid berminat apabila guru memberikan latihan yang sesuai dengan tahap dan kemahiran mereka dalam subjek sejarah. Dapatan untuk analisis inferensi iaitu ujian T-Tidak bersandar mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah yang diminati murid berdasarkan jantina. Ini bermakna kaedah pengajaran dan pembelajaran guru masih lagi menggunakan buku teks sebagai kaedah pengajaran utama tetapi disertakan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat bantu mengajar. Gaya pengajaran dan pembelajaran juga ialah guru menyediakan soalan yang sesuai dengan tahap dan pencapaian pelajar dalam pendidikan sejarah.

Statistics
Abstract views: 1261 , PDF downloads: 1192

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdullah, M. F. N. L., & Wei, L. T. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211-265.

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ahmad, Anuar & Atiqah, Nur. (2010). Sejarah Dan Asas Pendidikan Di Malaysia:Perlaksanaan 3r..

Alfian, M. (2011). Pendidikan Sejarah Dan Permasalahan Yang Dihadapi. Khazanah Pendidikan, 3(2).

Ariffin, A. H., & Ibharim, L. F. M. (2019). Aplikasi Kahoot Sebagai Alat Pengujian Terhadap Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah. International Journal of Education, Science, Technology, and Engineering, 2(2), 90-96.

Asbulah, L. H., Lubis, M. A., & Aladdin, A. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Strategi Pembelajaran Kolokasi Bahasa Arab: Analisis Menggunakan Model Rasch (Validity and Realibility of Arabic Collocation Learning Strategies Instrument: Analysis Using Rasch Model). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43(1SI), 131-140.

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying The Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit). New York & London

Dirk Ifenthaler and Volker Schweinben (2013)“The Acceptance of Tablet PCs in Classroom Instruction: The Teachers’ Perspectives,” Computers in Human Behavior, 20(3), 525–534.

Fatmayanis, F. F. (2016). Kemampuan Guru-guru Sejarah Smk dalam Menyusun dan Menganalisis Soal. Manajer Pendidikan, 10(5).

Fazida Ahmad & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2018). Tahap kompetensi pengetahuan guru sejarah dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. International Conference on Global Education VI (ICGE VI). 1:338-346

Ishak , R & Jantan , R (2015) Tinjauan Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah, Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180/Vol.4/2015

Jaafar, S. A. (2017). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia, 1957-1989. SEJARAH: Journal of the Department of History, 25(2).

Jelas, Zalizan & Rahman, Saemah & Baki, Roselan & Ahmad, Jamil. (2005). Prestasi Akademik Mengikut Gender.

Kamisan, S. N. (2008). Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) di kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan luar bandar di Daerah Kulai Jaya, Johor (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Kaviza, M. (2019). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah: Satu Kajian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(1), 82-90.

Kaviza, M. (2020). Persepsi Penerimaan Murid Terhadap Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Dokumen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(3), 79-86.

König, A., & Bernsen, D. (2014). Mobile learning in history education. Journal of Educationa Media, Memory, and Society, 6(1), 107-123.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Maarof, N. H., Apfandi, N., Joli, N. S., & Yusof, R. (2020). Itrack Dalam Pdp Sejarah: Tinjauan Terhadap Motivasi Pelajar. International Journal of Education and Pedagogy, 2(1), 83-97.

Nunnally, J.C. (1978) Psychometric theory. 2nd Edition, McGraw-Hill, New York

Ramlah Jantan., Shahabuddin Hashim dan Mahani Razali .(2003). Psikologi Pendidikan. Bentong: PTS Publication and Distribution

Rohaimi Ishak , Ramlah Jantan (2015) Tinjauan Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah. Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180/Vol 4/2015

Samsudin, M., & Shaharuddin, S. (2020). Pendidikan dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah di Malaysia (The Learning and Teaching of History In Malaysian Schools). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39(2).

Talib, N. S. A., Awang, M. M., Ghani, K. A., & Yusuff, N. A. (2019). Penggunaan Multimedia Dalam Mata Pelajaran Sejarah. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 86-98.

Talib, N. S. A., Ghani, K. A., Yusuff, N. A., & Awang, M. M. (2016). Kaedah pembelajaran sejarah dengan mengambil kira minat dan peningkatan prestasi.

Talin, R. (2018). Kaedah Pengajaran Sejarah yang Diminati Pelajar dan Justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 137-145.

Yunus, F. A. N., Suki, N. A., Abd Baser, J., Masran, S. H., Marian, M. F., & Rahim, M. B. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kompetensi pengajar TVET terhadap pengajaran teknikal berdasarkan pendekatan model Rasch. Online Journal for TVET Practitioners, 2(2).
Published
2021-02-07
How to Cite
Mat Lui, M. Z. and Ahmad, A. (2021) “Minat Murid Terhadap Gaya, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(2), pp. 211 - 221. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i2.676.
Section
Articles