Kompetensi Guru dalam Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Pendidikan Sejarah
Abstract
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran pendidikan sejarah dengan melihat perbezaan antara jantina guru dan opsyen mengajar. Kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif ini melibatkan seramai 100 orang guru Pendidikan Sejarah dalam Daerah Hulu Langat yang dipilih sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data atau maklumat yang berkaitan dengan kajian. Maklumat data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan SPSS Version 22.0 (Statistical for Social Science). Hasil daripada dapatan kajian ini dihuraikan dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Ujian T tidak bersandar telah digunakan untuk melihat tahap kompetensi guru dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dilihat dari tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran serta sikap guru. Ujian Manova satu hala pula dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan penerapan KBAT dari tiga konstruk utama pedagogi, kurikulum dan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah berdasarkan opsyen mengajar. Dapatan kajian melaporkan bahawa tahap kompetensi guru dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran pendidikan sejarah berada pada aras yang tinggi. Kajian ini juga membuktikan tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengajaran guru opsyen Pendidikan Sejarah dan bukan opsyen Pendidikan Sejarah terhadap pelaksanaan KBAT. Ini bermakna guru-guru yang mengajar Sejarah dapat mengamalkan KBAT semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan baik.
Downloads
References
Aziah Ismail, Yen, L. H., & Kanesan, A. G. (2015). Komuniti Pembelajaran Profesional Dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1– 12
Critelli, A. & Tritapoe, B. 2010. Effective questioning techniques to increase class participation. e-Journal of Student Research, 2(1).
Fletcher, D., & Maher, J. (2015). Toward a Competency-Based Understanding of the Training and Development of Applied Sport Psychologists. (July). https://doi.org/10.1037/a0031976
Henderson, P. (2017). Computer science, problem solving, and discrete mathematics, (January), 333–342. https://doi.org/10.1090/dimacs/036/28
Hover, S.V., Hicks, D., & Dack, H. (2016). From Source to Evidence? Teachers’ Use of Historical Sources in Their Classrooms. The Social studies, 107(6), 209-217.
Jones, M., & Harris, A. (2010). Professional Learning Communities and System Improvement. Sage Journals, 13(2), 172–181. https://doi.org/10.1177/1365480210376487
Lesser, L.M., Wall, A.A., Carver, R.H., Pearl, D.K., Martin, N. & Kuiper, S. 2013. Using fun in the statistics classroom: An exploratory study of college instructors’ hesitations and motivations. Journal of Statistics Education, 21(1).
Louis, & Seashore, K. (2014). The Role of Professional Learning Communities In International Education. https://doi.org/10.1007/978-94-010-0375-9
M. Mojibur Rahman. 2010. Teaching oral communication skills: A task based approach. ESP
Mohamad Nurul Azmi, M., N., Nurzatulshima, K., Umi Kalthom, A. M. & Mohd Hazwan, M. P. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah. International Journal of Education and Training, 3(2), 1-7. World Issue, 1(27): 1-11. http://www.esp.world.info [25 Disember 2014]
Mohammad Rusdi Ab Majid. 2017. Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dan Kreativiti Pengajaran Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Universiti Malaya.
Mohd Fauzi, Abdul Razaq, A.A.S. 2017. Teachers’ Competencies in Teaching and Learning History. Open Journal of Social Sciences 05(08): 220–228
Musliha Salma Mohd Radzi. 2010. Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pembelajaran Berasaskan Masalah. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Ngasiman, N (2014). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPBM, 6(2), 78-90.
Orhan Akinoglu & Yasemin Karsantik. (2016). Pre-services teachers opinions on teaching thinking skills. International Journal of Instruction, 9-2.
Pallant, J. (2010). SPSS Survival manual: a step by step guide to data analysis using SPSS (Fourth edition). Berkshire, UK: McGraw Hill.
Saido, G. M., Siraj, S., Nordin, A. B. B., & Al_Amedy, O. S. (2018). Higher order thinking skills among secondary school students in science learning. MOJES: Malaysian Online Journal of Educational Sciences, 3(3), 13-20.
Sharifah Nor, P., Nor Adibah, G., Mohd Mahzan, T. & Aliza, A. (2012). Keperihatinan Guru Bahasa melayu dalam Melaksanakan kemahiran Berfikir Secara kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2, 19-31.
Volk, M., Cotič, M., Zajc, M., & Starcic, A. I. (2017). Tablet-based cross-curricular maths vs. traditional maths classroom practice for higher-order learning outcomes. Computers & Education, 114, 1-23.