Pandangan Penduduk Terhadap Program Penempatan Semula Penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur

  • Nor Azman Shah Abd Rahman Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Azima Abdul Manaf Program Sains Pembangunan, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keywords: pembangunan semula bandar, pembangunan, penempatan

Abstract

Pembangunan semula bandar menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara. Namun, pembangunan yang melibatkan penempatan semula penduduk asal telah menyumbang kepada impak negatif. Ini kerana proses penempatan semula menimbulkan pelbagai isu yang menjadi kerisauan penduduk asal sehingga mendorong penduduk bertindak membantah usaha penempatan semula tersebut sehingga mengganggu kelancaran projek pembangunan semula bandar. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang pandangan penduduk sebab berlakunya bantahan terhadap cadangan penempatan semula penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Kajian ini telah menemu bual 70 orang responden yang merupakan pemilik rumah di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur dan maklum balas yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan korelasi Pearson bagi memenuhi objektif kajian ini. Hasil dapatan kajian melalui analisis deskriptif mendapati terdapat tiga aspek utama sebab berlakunya bantahan terhadap cadangan penempatan semula di kawasan kajian iaitu aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik dan undang-undang. Dalam aspek sosiobudaya, hubungan keakraban yang terjalin antara kejiranan telah menjadi penghalang kepada cadangan penempatan semula kerana penduduk tidak mahu hubungan yang sedia terjalin ini terputus akibat pelaksanaan penempatan semula. Dalam aspek sosioekonomi pula, kegagalan pihak berkuasa menyediakan rumah gantian yang lebih luas dan selesa mendorong kepada keputusan penduduk membantah usaha penempatan semula. Manakala dalam aspek sosiopolitik dan undang-undang mendapati penduduk telah menggunakan hak mereka sebagai pemilik yang sah berlandaskan undang-undang untuk mempertahankan hak mereka selagi mana tuntutan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tidak dipersetujui. Selain itu, hasil dapatan kajian melalui analisis korelasi Pearson mendapati ketiga-tiga aspek utama sebab berlakunya bantahan mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain. Ini memberi gambaran bahawa tiada satu aspek pun yang boleh diabaikan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah bantahan daripada penduduk. Hal ini penting kepada pihak berkuasa dalam merangka pelan pembangunan dan polisi berkaitan penempatan semula penduduk sebelum sesuatu projek pembangunan semula bandar dapat dilaksanakan.

Statistics
Abstract views: 154 , PDF downloads: 152

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmed Shareef Nafees. (2005). An exploration of resettlement and its impact on social services: the case of the Maldives.School of Development Studies of the University of East Anglia

Abebe G., & Jan Hesselberg, (2013). Implications of Urban Development-Induced Resettlement on Poor Households in Addis Ababa. Ghana Journal of Geography, 5, 13- 32.

Courtland, R. (2003). Risks and Rights: the Causes, Consequences, and Challenges of Development-Induced Displacement, The Brookings Institutions -SAIS Project on Internal Displacement, May 2003

Anthony, O. S. (1991). Involuntary resettlement, resistance and political empowerment, Department of Anthropology, University of Florida, USA. Journal of Refugee Studies, 4( 2), 34-44.

Cernea, M. M. (1988a). Involuntary resettlement in development projects, Washington DC,The World Bank, (1988b) Non-governmental organizations and local development, Washington DC, The World Bank.

Cernea, M. M. (2000). Risks, safeguards and reconstruction: A model for population displacement and resettlement in M.M. Cernea and C. McDowell (eds.) Risks and reconstruction: Experiences of resettlers and refugees pp. 11-55.Washington DC: The World Bank.

Downing, T. (2002). Avoiding new poverty: mining induced displacement and resettlement, Report on Mining, Minerals and Sustainable Development. International Institute for Environment and Development. MMSD Project.

Eftimie, A., Heller, K., & Strongman, J. (2009). Mainstreaming gender into extractive industries projects: guidance note for task team leaders. Washington (DC): World Bank; http://siteresources.worldbank.org/EXTOGMC/Resources/eifd9_gender_guidance.pdf

Fariz Rusadio. (2015). Bantah pembangunan semula Flat Seri Labuan, artikel Utusan Online, 18 September 2015.

Frank, V. (2016). Project-Induced Displacement And Resettlement: From Impoverishment Risks To An Opportunity For Development?, Faculty Of Spatial Sciences, Department Of Cultural Geography, University Of Groningen, 3-21.

Hanna, P., Vanclay, F., Langdon, E. J, & Arts, J. (2016). Conceptualizing social protest and the significance of protest actions to large projects. The Extractive Industries and Society, 3, 217-239.

Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2012). Garis panduan perancangan: pengenalpastian bagi pembangunan semula kawasan brownfield. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jan Van, D. B, & Antonio, P. R. (2005). The impacts of culture on the economic development of cities. European Institute for Comparative Urban Research Erasmus University Rotterdam.

Jim, G., Ronald, I., David, L. (2003). The effects of Culture Values on Economic Development: Theory, Hypothesis and some Empirical Tests. American Jurnal of Political Science, 40(3), 60-631.

Laporan Tahunan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). (1984). Jilid 9.

Marris, P. (1986). Loss and change, (revised ed.), London, Routledge & Kegan Paul.

Prabhat, B., Sibsankar, M., Sandip, T., Sumanta Mandal & Bikash, G.  (2013). Development-Induced Displacement And Human Development Through Industrialisation In India, Department of Geography, S.S.M. College, Keshpur, Paschim Medinipur, West Bengal, India African Journal of Geo-Science Research, 1(3), 10-21.

Reddy, G., Smyth, E., & Steyn, M. (2015). Land access and resettlement: A guide to best practice. Sheffield: Greenleaf.

Sejal Patel, Richard Sliuzas, and Navdeep Mathur. (2015). The Risk of Impoverishment in Urban Development-Induced Displacement And Resettlement In Ahmedabad. Environment and Urbanization, 27(1), 231-256.

Selvi Narayanan & Katiman Rostam. (2012). Impak Sosial Pembangunan Bandar Baru Putrajaya Terhadap Penduduk Asal: Kes Isi Rumah Yang Dipindahkan Ke Taman Permata, Dengkil, Selangor. Geografia Online: Malaysia Journal of Society and Space 8(4), 75-87.

 Sharifah Mariam Alhabshi. (2012). Kampung Dalam Bandar; Cabaran Pembangunan Semula. Akademika, 82(2), 69-80.

Vanclay, F., & Smyth, E. (2017). The social framework for projects: a conceptual but practical model to assist in assessing, planning and managing the social impacts of big projects. Impact Assess Project Appraisal, 35, 65-80.

Vincent, R., Luciano, B., Karen, S., & Jelena, L. U. (2017). Land Acquisition and Involuntary Resettlement, Linking Innovation and Local Benefits, The World Bank Group.

Wisko anak Angin. (2009). Persepsi Penduduk Terhadap Saranan Penempatan Semula, Kajian Kes; Kawasan Penempatan Empangan Bengoh, Kuching Sarawak. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.
Published
2020-11-01
How to Cite
Abd Rahman, N. A. S. and Manaf, A. (2020) “Pandangan Penduduk Terhadap Program Penempatan Semula Penduduk di Perumahan Awam Seri Melaka, Kuala Lumpur”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), pp. 272 - 287. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.619.
Section
Articles