Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah

  • Romzi Ationg Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd Azri Ibrahim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Madiyem Layapan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Keywords: pilihan raya kecil Sandakan, demokrasi, senario politik semasa, Sabah

Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara merdeka telah melaksanakan prinsip sistem politik demokrasi dengan mengadakan Pilihan Raya Umum sejak tahun 1955. Pilihan Raya Umum pada tahun 2018 merupakan PRU ke-14 (PRU-14) telah dilaksanakan di Malaysia. Pada PRU tersebut, sebanyak 25 kerusi parlimen dan 60 kerusi DUN telah dipertandingkan di negeri Sabah. Pilihan raya ini telah mencipta sejarah apabila gabungan parti-parti politik pembangkang iaitu Pakatan Harapan telah berjaya menewaskan parti Barisan Nasional yang menjadi pemerintah sejak Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Sehubungan itu, selepas PRU-14 arena politik negara telah diwarnai dengan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Sungai Kandis, Balakong dan Semenyih serta pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen seperti di Cameron Highland, Port Dickson dan Sandakan. PRK bagi P186 Sandakan merupakan pilihan raya kecil yang kelapan diadakan sejak PRU- 14. PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen Sandakan iaitu Datuk Wong Tien Fatt akibat serangan jantung. Bagi mengisi kekosongan kerusi P186 Sandakan ini, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi parlimen Sandakan supaya diadakan pada 11 Mei 2019 selepas proses penamaan calon selesai pada 27 April 2019. PRK Sandakan ini melibatkan pertandingan 5 penjuru iaitu diantara calon DAP, PBS dan calon bebas. Artikel ini bertujuan membicangkan pola pengundian dalam PRK Sandakan serta menganalisis senario politik negara pasca PRU-14 berdasarkan pengamatan keatas PRK bagi P186 Sandakan dengan menumpukan kepada aspek kerjasama dan persefahaman politik antara parti-parti politik. Melalui penjelasan khusus tentang pola pengundian pasca PRU-14 ini maka adalah diharapkan artikel ini dapat memberi pemahaman tentang perkembangan politik dan pilihanraya semasa di Malaysia secara umumnya dan di Sabah secara khususnya, agar ianya selari dengan prinsip demokrasi sebenar.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Romzi Ationg & Nurul Ain Zulhaimi. (2017). A paradigm shift in understanding mixed method research: A Malaysian perspective. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Science, 9(1): 46-56.

Baharudin Ali Masrom. (1989).  Politik Melayu Abad 21. Kuala Lumpur: D’ Enterprise.

Bernama. (2019). Enam sebab DAP menang besar di Sandakan - Lim Guan Eng. Berita Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-politik/enam-sebab-dap-menang-besar-di-sandakan-lim-guan-eng-207508 (diakses pada 10 Disember 2019)

Chin Ung-Ho. (1996). Chinese Politics in Sarawak: A Study of the Sarawak United People’s Party.  Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Chua, Y. P. (2006). Asas Ststistik dan Penyelidikan (Kaedah Ststistik dan Penyelidikan Buku 2). Kuala Lumpur: McGraw Hill Co.

Coakes, J. S. & Steed, L. (2007). Statistical Packages for Social Scientists, Vesion 14.0 for Windows: Analysis Without Anguish. Melbourne: John Wiley & Sons Ltd.

Dewan Masyarakat. (2018). Analisis Khas PRU-14. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hamilton, L. C. (1992). Regression with graphics: a second course in applied statistics. California: Brooks / Cole Publishing Company.

Ghazali Ismail. (1990). Isu Dalam Pilihanraya 90-an. Petaling Jaya: Perdana Production House.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain. (2011). Kajian budaya politik Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Jurnal Melayu (8): 153 – 172.

Jupp, J. (1968). Political parties. London, UK: Routledge & K. Paul.

Mohd Izham Unnip Abdullah & Poliana Ronnie Sidom. (2019). PRK Sandakan, sejarah baharu pilihan raya Sabah. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/04/557535/prk-sandakan-sejarah-baharu-pilihan-raya-sabah (Diakses pada 10 Disember 2019)

Mohammad Agus Yusoff. (1992). Politik Akomodasi Di Sabah. Kuala Lumpur: Laser Skill Press Sdn. Bhd.

Mohd Yusof Kasim & Azlan Ahmad (2002). Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zuwairi Mat Saad, Normah Mustapha, Abdul Latif Ahmad & Badrul Redzuan Abu Hassan. (2016). Sumber berita bingkai pilihan raya: Transisi, pemilihan dan autoriti. Jurnal Komunikasi, 32(1): 535-550.

Norusis, M. (2004). SPSS 13.0: Statistical Procedures Companion. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall, Inc.

Poliana Ronnie Sidom. (2019). Layak mengundi PRK Sandakan. Harian Metro. https://www.msn.com/en-my/news/national/40218-layak-mengundi-prk-sandakan/ar-BBVwILt (diakses pada 10 Disember 2019)

Ranney, A. (1993). Governing: An Introduction to Political Science. New Jersey: Prentice-Hall.

Riley, M. 1988. Power, Politics and Voting Bahaviour. New York: Harvester Wheatsheaf.

Rizal & Jumaat. (2002). Politik Etnik & Perkembangan Politik Baru. Dlm. Politik Baru Dalam Pilihanraya Umum. Bangi: Penerbit UKM.

Roskin, G. M. (2000). Political Science: An introduction. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Rubin, B. (1967). Political Televisyen. California: Wodsworth Publishing Campony Inc.

Sabah Post. (2019). PBS hormati keputusan pengundi. Sabah Post. https://www.sabahpost.net/2019/05/11/pbs-hormati-keputusan-pengundi/ (diakses pada 10 Disember 2019)

Tracy P. (2019). Kami sudah jangka, kata Umno Sabah mengenai siasatan rasuah Bung Moktar. FMT News. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/02/kami-sudah-jangka-kata-umno-sabah-mengenai-siasatan-rasuah-bung-moktar/ (diakses pada 10 Disember 2019)
Published
2020-05-17
How to Cite
Ationg, R., Ibrahim, M. A., Esa, M. S. and Layapan, M. (2020) “Analisis Pola Pengundian dan Senario Politik Semasa di Malaysia Era Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Berdasarkan Pilihan Raya Kecil P186 Sandakan, Sabah”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), pp. 60 - 71. doi: 10.47405/mjssh.v5i5.400.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)