Program Pembasmian Kemiskinan: Penglibatan Komuniti Iban dalam Membuat Keputusan

  • Kwok Chin Hoe Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Novel Lyndon Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Haris Abd Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM)
Keywords: penglibatan, penglibatan komuniti, membuat keputusan, komuniti Iban, pembasmian kemiskinan

Abstract

Penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti membuat keputusan mempunyai peranan yang penting dalam menentukan setiap keputusan yang akan diambil oleh agensi pelaksana dalam pelaksanaan sesuatu program pembasmian kemiskinan adalah berpaksikan kepada keperluan komuniti setempat. Keterlibatan tersebut diakui penting dalam memastikan program yang diadakan itu telah mendapat “restu” daripada komuniti setempat dan seterusnya memenangi sokongan serta kerjasama daripada mereka dalam menjayakan program yang akan dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan komuniti Iban dalam aktiviti membuat keputusan berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Untuk mencapai matlamat ini, kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian. Borang soal selidik ditadbirkan ke atas 260 orang Ketua Isi Rumah (KIR) komuniti Iban di rumah panjang. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif menerusi pengatur cara Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini menunjukkan sebilangan besar (90.0%) KIR telah terlibat dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti membuat keputusan berkaitan pelaksanaan program-program di bawah SPKR. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa KIR yang telah terlibat dalam aktiviti membuat keputusan program di bawah SPKR menyatakan mereka sekali sekala terlibat dalam aktiviti menghadiri mesyuarat, mewakili penduduk dalam perbincangan, memberi pendapat dalam perbincangan, mengurus konflik pelaksanaan program dan menanyakan soalan dalam perbincangan program di bawah skim berkenaan. Walaupun demikian, penemuan kajian ini turut mendapati ramai bilangan KIR yang mengakui mereka tidak pernah terlibat dalam membuat perancangan kerja, menilai masalah dalam pelaksanaan, menyelesaikan masalah pelaksanaan dan membuat keputusan pelaksanaan program di bawah SPKR.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Allahdadi, F. (2011). The level of local participation in rural cooperatives in Iran. Life Science Journal, 8(3), 59-62.

Cohen, J. & Uphoff, N. T. (1977). Rural development participation: Concepts and measures for project design, implementation and evaluation. New York: Cornell University Ithaca.

Gerald, K. K. & Benon, C. B. (2012). Participation of workers and employers Organizations in poverty reduction strategies in Uganda. Asian Social Science, 8(3), 218-224.

Haidar, R. T., Ahmad Fareed, A. R. & Jamiah, M. (2010). Participation and empowerment: Determining the healthcare organization’s success. Journal of Community Health, 16(1), 38-47.

Haliza Abdul Rahman (2010). Penglibatan masyarakat peribumi dalam isu berkaitan persekitaran: Tinjauan terhadap suku Mah Meri di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor. Jurnal Ilmu Kemanusiaan, 17, 111-134.

Haris Abd. Wahab (2009). Penilaian keperluan dalam pembangunan komuniti: Kajian kes di negeri Kelantan. Tesis PhD, Universiti Malaya.

Jayum, J. (1996). Conflict resolution through consensus building: Experiences from the Dayak Iban community of Sarawak, East Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 4(2), 121-127.

Mohd Yusof Abdullah, Noor Rahamah Abu Bakar, Abd Hair Awang, Junaenah Sulehan & Ong, P. L. (2011).  Memobilisasikan penyertaan lokal melalui participatory rural appraisal (PRA) bagi penilaian keperluan untuk pembangunan komuniti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 27(1), 170-179.

Robert, M. S. (2008). Communication roles of Iban community structures in rural development projects in Kanowit, Sibu Division, Sarawak. PhD Thesis, Universiti Malaysia Sarawak.

Sabitha Marican 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Songan, P. (1992). Perceived motivations and deterrents associated with participation of peasants in rural development programs in Sarawak, Malaysia. PhD Dissertation, Cornell Unviersity.

Vixathep, K. (2011). Women’s participation in community development projects: The case of Khmu women in Laos. Master of Applied Science, Lincoln University.

Wang, Y. (2006). Rural community participation in tourism development: Cases from Hainan Province. China. PhD Thesis, University of Waterloo, Canada.

Zulkarnain (1985). Volunteer fieldworker motivation in rural development: A case study from Indonesia. PhD Thesis, University of Massachusetts.
Published
2016-03-16
How to Cite
Chin Hoe, K., Lyndon, N. and Wahab, H. A. (2016) “Program Pembasmian Kemiskinan: Penglibatan Komuniti Iban dalam Membuat Keputusan”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 1(1), pp. 24 - 35. doi: 10.47405/mjssh.v1i1.4.
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)