Kajian Keberkesanan Penggunaan Buku Bergambar dalam Kemahiran Menulis Bahasa Cina Tahun Dua

  • Chooi Wei Chai Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Miew Hoon Ng Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Keywords: buku bergambar, penulis ayat, pengajaran tradisional, skor pencapaian penulisan ayat, tahap minat murid, tahun dua

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membanding antara pengajaran dengan buku bergambar dalam penulisan ayat dan pengajaran tradisional yang menggunakan kosa kata, dengan melihat perbezaan kaedah penggunaan buku bergambar dan pengajaran tradisional terhadap skor pencapaian penulisan ayat Bahasa Cina murid tahun dua. Kajian ini juga mengenal pasti tahap minat murid terhadap pengajaran yang berpandukan buku bergambar. Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini dilaksanakan dalam 8 minggu di dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Seramai 44 orang responden terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada 21 orang responden sebagai kumpulan rawatan dan 23 orang responden sebagai kumpulan kawalan. Data kajian dikutip melalui ujian pra, ujian pasca dan soal selidik bagi mengesan skor pencapaian penulisan ayat dan tahap minat murid. Hasil kajian menunjukkan (i) kesan kaedah buku bergambar terhadap skor pencapaian penulisan ayat murid adalah positif, iaitu terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pasca berbanding min skor ujian pra, dan (ii) tahap minat murid terhadap pembelajaran buku bergambar adalah positif. Kesimpulan kajian membuktikan penggunaan buku bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran telah mempertingkatkan skor pencapaian penulisan ayat Bahasa Cina dan minat murid tahun dua. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan buku bergambar dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mempertingkatkan kesan penulisan ayat Bahasa Cina.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Cina Tahun Dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cao, A. W. (2016). Bermain Buku Bergambar dengan Kreatif dalam Pembacaan dan  Penulisan. Hangzhou,China: Zhe Jiang Shao Nian Er Tong Chu Ban She.

Che Zanariah & Fadzilah. (2016). Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5.  

Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1 Kaedah Penyelidikan Edisi Ketiga. Shah Alam: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.  Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat secara atas talian. Retrieved 2 February 2018, from http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=picisan

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018). Kamus Pelajar Edisi Kedua secara atas talian. Retrieved 2 February 2018, from         http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=dalam%20talian

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Pedagogi. Seri Kembangan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 9-10.

Fang, Y. L. (2015). Rencana Bahasa Cina di Malaysia Menjadi Rojak Disebabkan oleh Asas Bahasa yang Tidak Baik: Retrieved 2 February 2018, fromhttp://www.orientaldaily.com.my/s/57799.

He, J. (2017). Artikel Menemui Ruangan Pengajaran Bersama Li Zu Wen. Retrieved 2 February 2018, from         http://www.ncjy.cn/ms/detail.asp?id=1714&u_type=2&u_id=187.

Hong & Zhuang. (2011). Artikel Masalah Pendidikan Bahasa Cina di Malaysia: Punca Kemerosotan Kualiti Penulisan Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. http://www.123renren.net/article/748e35b2-4513-4138-87f7-118cf86c015c.htm. Diakses pada 16 Februari 2018.

Ji, M. H. (2015). Membina Rancangan Mengajar Penulisan Ayat Tahap Rendah   Berpandukan Buku Bergambar. Retrieved 16 Jun 2018, from http://bianke.cnki.net/Web/Article/XZWW201505008.html

John W. C. (2014). Research Design Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approches. Los Angeles: SAGE Publications, Ins.

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013. (2013). Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 73.

Lee, P. (2017). Jurnal Pendidikan: Buku Bergambar Menjadikan Aktiviti Membaca dan Menulis Lebih Seronok.    

Lee, P. (2014). Jurnal Pendidikan: Komen Terhadap Pengajaran Buku Bergambar.

Rensis Likert. (1932). A Technique For The Measurement Of Attitudes. New York: New York Univercity. Retrieved 3 March 2018, from https://legacy.voteview.com/pdf/Likert_1932.pdf

Song, J. Z. (2017). My Picture Book. Wu Lu Mu Qi: CHISO, Xin Jiang Qing Shao Nian Chu Ban She

Sun, X. Q., Huang, H. L., & Zheng, Y. B. (2017). Bahasa Cina Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (KSSR Semakan). Sungai Buloh: The Malaya Press Sdn. Bhd.

Sun, X, Q., Huang, H. L., & Zheng, Y. B. (2017). Panduan Guru Bahasa Cina Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (KSSR Semakan). Sungai Buloh: The Malaya Press Sdn. Bhd.

Wikipedia. (No date). Picture Book. Retrieved 2 March 2018, from https://en.wikipedia.org/wiki/Picture_book.

Wikipedia. (No date). Cronbach's Alpha.  Retrieved 6 March 2018, from             https://en.wikipedia.org/wiki/Cronbach%27s_alpha.

Yang, L. (2016). Jurnal Pendidikan: Membina Kurikulum Baharu dalam Pengajaran PenulisanBuku Bergambar.

Ye, Y. B. (2016). Jurnal Pendidikan: Pengajaran Penulisan Buku Bergambar Bukan Mengajar Buku Bergambar.
Published
2020-04-26
How to Cite
Chai, C. W. and Ng, M. H. (2020) “Kajian Keberkesanan Penggunaan Buku Bergambar dalam Kemahiran Menulis Bahasa Cina Tahun Dua”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(4), pp. 97 - 107. doi: 10.47405/mjssh.v5i4.385.
Section
Articles