Tahap Literasi Fizikal Guru Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah di Sarawak
Abstract
Guru Pendidikan Jasmani (PJ) memainkan peranan penting dalam proses mendidik murid dari aspek jasmani untuk mencapai matlamat falsafah pendidikan negara. Guru PJ yang mempunyai literasi fizikal tinggi mampu menjadi contoh kepada pelajar dan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dalam waktu PJ. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan literasi fizikal berdasarkan ciri demografi responden seperti indeks jisim badan, kekerapan bersukan dalam seminggu dan pencapaian tertinggi dalam sukan. Borang soal selidik diberikan kepada guru PJ sekolah-sekolah rendah di Sarawak secara atas talian melalui aplikasi Telegram. Seramai 180 orang guru PJ (80 orang lelaki dan 100 orang perempuan) telah mengisi soal selidik tersebut. Dapatan kajian menunjukkan guru PJ sekolah rendah di Sarawak mempunyai tahap literasi fizikal yang tinggi (min = 4.19, sp = 0.380). Terdapat perbezaan yang signifikan tahap literasi fizikal guru PJ sekolah rendah di Sarawak berdasarkan jantina (. F=17.332, p=0.00), kekerapan bersukan dalam seminggu (F=14.914, p<0.01) dan tahap pencapaian sukan (F=6.556, p<0.001) guru PJ. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara literasi fizikal guru PJ dengan BMI guru (F=0.025, p=0.876) melalui ujian regresi. Namun begitu, hasil kajian mendapati 30.6% responden mengalami masalah berat badan berlebihan dan 10% responden adalah obes. Seorang guru PJ yang mempunyai BMI yang normal mampu menjadi teladan dan inspirasi kepada murid dalam aspek kecergasan dan kesihatan. Guru berliterasi fizikal yang tinggi pula dapat memberikan motivasi kepada murid untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, guru PJ berliterasi fizikal tinggi dapat membantu dalam keberkesanan pembelajaran subjek pendidikan jasmani dengan demonstrasi yang sesuai.
Downloads
References
Almond, L. (2013). What Is The Value Of Physical Literacy And Why Is Physical Literacy Valuable? ICSSPE Bulletin, 65, 35-41.
Amin, A. M., Choon Lian, & Koh, D. (2022). Persepsi Literasi Fizikal Dalam Kalangan Guru Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 145-159.
Burkitt, I. (1999). Bodies Of Thought. In Embodiment, Identity And Modernity. Sage London.
Chang, S. C., & Denise, K. (2021). Perception Of Physical Literacy Among Secondary School Physical Education Teachers. Malaysian Journal of Movement Health & Exercise, 10(2), 117-120. DOI: 10.4103/mohe.mohe_19_21.
Cochran, W.G. (1963) Sampling Technique (2nd Edition). John Wiley and Sons Inc.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research Methods In Education. Routledge eBooks.
Dayak Daily. (2022). Statistics Show Declining Trend In Number Of Teachers In Sarawak. DayakDaily. https://dayakdaily.com/statistics-show-declining-trend-in-number-of-teachers-in-sarawak/.
Gill, J. H. (2000). The Tacit Mode: Michael Polanyi’s Postmodern Philosophy. State University of New York Press.
International Council of Sport Science and Physical Education. (2010). International Position Statement on Physical Education. International Council of Sport Science and Physical Education (ICSSPE). https://www.icsspe.org/sites/default/files/International%20Position%20Statement%20on%20Physical%20Education.pdf.
Judan, M. H. M., Awang, M. M., & Othman, N. (2022). Isu dan Cabaran Pelajar Atlet dalam Mengimbangi Pencapaian Akademik dan Sukan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001682. DOI: 10.47405/mjssh.v7i8.1682.
Kementerian Pendidian Malaysia. (2022). Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2022. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/senarai-sekolah-mengikut-kumpulan-jenis-dan-negeri#.
Kilue, D., & Muhamad, T. A. (2017). Cabaran Pengajaran Subjek Pendidikan Jasmani Di Sekolah Menengah Di Malaysia [Challenges In The Teaching Of Physical Education Subject In Malaysian Secondary Schools]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 2(2), 53-65. DOI: 10.24200/jonus.vol2iss2pp53-65.
Longmuir, P. E., Boyer, C., Lloyd, M., Yang, Y., Boiarskaia, E., Zhu, W., & Tremblay, M. S. (2015). The Canadian Assessment Of Physical Literacy: Methods For Children In Grades 4 To 6 (8 To 12 Years). BMC Public Health, 15(1). DOI: 10.1186/s12889-015-2106-6.
Mahbob, M. H., & Othman, M. F . (2022). Faktor Pendorong Ketagihan Permainan Video Dalam Kalangan Golongan Muda. Malaysian Journal of Youth Studies, 50-62.
Mashuri, H., Puspitasari, I. C. & Abadi, S. M. (2019). Pendidikan Jasmani dan Olahraga: Sebuah Pandangan Filosofi. Penguatan Pendidikan & Kebudayaan untuk Menyongsong Society 5.0, 3, 383-390.
Modell, A. H. (2003). Imagination and the Meaningful Brain. MIT Press.
Nawang, W. N. H., Razak, M. R. A., Ahmad, M. F., & Lamat, S. A. (2021). Tahap Penglibatan Dalam Aktiviti Fizikal Serta Aktiviti Sedentari Pelajar Semasa Penularan COVID-19. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 10(1), 15–23. DOI: 10.37134/jsspj.vol10.1.3.2021.
Penney, D., & Chandler, T. (2000). Physical Education: What Future(s)? Sport, Education and Society, 5(1), 71–87. DOI: 10.1080/135733200114442.
Sartre, J. P. (1957). Being and Nothingness: An Essay on Phenomenological Ontology (Translated and with an Introduction by Hazel E. Barnes). Methuen & Co Ltd.
Silva-Filho, E., Teixeira, A. L. S., Silva, X. J. R., Silva, B. J. D., Barbosa, R. A., & Albuquerque, J. A. (2020). Physical Education Role During Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Pandemic Physical Education And COVID-19. Motriz, 26(2). DOI: 10.1590/s1980-6574202000020086.
Sum, R. K. W., Ha, A. S. C., Cheng, C. F., Chung, P. K., Yiu, K. T. C., Kuo, C. C., Yu, C. K., & Wang, F. J. (2016). Construction And Validation Of A Perceived Physical Literacy Instrument For Physical Education Teachers. PloS One, 11(5), e0155610. DOI: 10.1371/journal.pone.0155610.
Syofian, M., & Gazali, N. (2021). Kajian Literatur: Dampak Covid-19 Terhadap Pendidikan Jasmani. Journal of Sport Education (JOPE), 3(2), 93-102. DOI: 10.31258/jope.3.2.93-102.
Taher, S. W. (2020). Kegemukan (Obesiti). MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/.
Taplin, L. (2019). Physical Literacy As A Journey. Routledge eBooks.
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. (2004). The Plurality Of Literacy And Its Implications For Policies And Programmes: Position Paper. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000136246.
Whitehead, M. (2010). Physical Literacy: Throughout The Lifecourse. Routledge.
Whitehead, M. (2013). Definition Of Physical Literacy And Clarification Of Related. ICSSPE BULL Journal of Sport Science and Physical Education, 65, 28-33.
World Health Organization. (2020). Physical Activity. World Health Organization (WHO). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/physical-activity.
World Health Organization. (2022). Global Status Report on Physical Activity 2022. World Health Organization (WHO). https://www.who.int/teams/health-promotion/physical-activity/global-status-report-on-physical-activity-2022.
Young, L., O’Connor, J., Alfrey, L., & Penney, D. (2020). Assessing Physical Literacy In Health And Physical Education. Curriculum Studies in Health and Physical Education, 12(2), 156–179. DOI: 10.1080/25742981.2020.1810582.