Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia

  • Aminah Mat Yusoff Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Hisyam Abdul Rahim Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Nur Zainatul Nadra Zainol Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
  • Hisham Mat Salleh Jabatan Mekanikal dan Pembuatan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Malaysia, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Keywords: Kemahiran asas membaca al-Qur’an, Model As’ad Humam, Kanak-kanak

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan modul intervensi kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-Siqra') yang berasaskan model Iqra' As'ad Humam. Tujuannya adalah menghasilkan modul yang memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak yang tercicir. Isu utama dalam kajian ini ialah kurangnya kemahiran asas bacaan al-Quran di kalangan kanak-kanak. Menurut data daripada e-Pelaporan kebangsaan 2020, 2.08 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun diklasifikasikan sebagai buta huruf, manakala 68.7 peratus kanak-kanak tidak dapat membaca ayat al-Quran dengan sempurna. Faktor-faktor utama yang dikenal pasti termasuk kelemahan dalam kemahiran membaca al-Quran, pengajaran yang kurang berkesan, penekanan terhadap kualiti bacaan al-Quran yang tidak mencukupi, dan kurangnya konsistensi dalam membaca al-Quran di rumah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk membentuk dan membangunkan modul intervensi (Meta-Siqra') dan menilai keberkesanannya terhadap kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian pra dan pos, dengan melibatkan 400 sampel kanak-kanak yang tercicir dalam bacaan al-Quran. Data yang dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0 menunjukkan peningkatan yang signifikan, dengan purata peningkatan sebanyak 1.46 mata. Ini membuktikan bahawa modul ini berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran asas bacaan al-Quran.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Hilmi, A. B., Zakaria, Z., & Spaw, M. (2017). Pembinaan Modul Pendidikan Al-Quran Untuk Pelajar Pintar Berbakat: Model Permata Insan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 1(1).

Al-Zafzaf, M. (1979). al-Ta‘rif bi al-Quran wa al-Hadith (3rd ed.). TP: Maktabah al-Falah.

Asrol Hasan. (2012). Fun Iqra’- Alat Bantu Mengajar Baru di dalam Pembelajaran Asas al-Quran untuk Kanak-Kanak Pra sekolah. Malaysian Education Deans’s Concil (MEDC).

Azarudin Awang, & Azman Che Mat. (2017). Tahap Pembacaan Al-Quran Dalam Kalangan Pelajar Di Uitm Terengganu. UiTM Terengganu, Malaysia.

Bhasah Abu Bakar, Mohd Nafiruddin Mad Siadid, Abdul Jadid Suwairi, Safaruddin Urusli, Azlan Deris, Mohd Yusof, & Mahyuddin. (2012). Persepsi Pelajar Tingkatan 1 Terhadap Keberkesanan Program j-QAF. (Laporan Kajian). Universiti Sains Islam Malaysia.

Hackett, C., Connor, P., Stonawski, M., Skirbekk, V., Potancokova, M., & Abel, G. (2015). The future of world religions: Population growth projections, 2010-2050. Washington, DC: Pew Research Center.

Idris, N. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Md Zin, N., Ariffin, S., & Yusoff, N. (2014). Keberkesanan Teknik Iqra’ dan Al-Baghdadi: Suatu Perbandingan. Jurnal Usuluddin, 40(Julai – Disember), 51-69.

Manna‘ Khalil al-Qattan. (1981). Mabahith fi ‘Ulum al-Quran (c2). Riyal: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nasyr wa al-Tauzi‘.

Marlina Marzuki. (2012). Kemampuan pengenalan huruf Hijaiyah pada santri yang belajar baca-tulis al-Quran dengan metode Iqra. Jurnal Ekonomi dan Pembangunan, 3(1), 1-9.

Salih, S. (1991). Membahas ilmu-ilmu al-Quran (Tim Pustaka Firdaus, Trans.). Pustaka Firdaus Jakarta.

Published
2024-07-31
How to Cite
Mat Yusoff, A., Abdul Rahim, H., Nadra Zainol, N. Z. and Mat Salleh, H. (2024) “Keberkesanan Modul Intervensi Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran dalam kalangan Kanak-Kanak di Malaysia”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(7), p. e002875. doi: 10.47405/mjssh.v9i7.2875.
Section
Articles