Meneliti Perspektif Pelatih Tentang Program-Program Pemulihan di Sekolah Tunas Bakti
Abstract
Media sering melaporkan tentang masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Masalah yang melibatkan remaja merangkumi hubungan seks luar nikah, ketagihan dadah, pengedaran dadah, mencederakan orang, merogol, samun, mencuri motosikal dan pecah rumah. Laporan statistik oleh pihak polis mendapati perlakuan jenayah ini melibatkan ramai remaja dalam usia 13 hingga 18 tahun. Sekiranya didapati bersalah, Mahkamah bagi Kanak-kanak boleh mengeluarkan perintah di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2016) atau Akta Mahkamah Juvana 1947, untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di institusi bagi menjalani pemulihan bagi tempoh satu hingga tiga tahun. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis institusi pemulihan iaitu Asrama Akhlak dan Sekolah Tunas Bakti di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, manakala Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti di bawah kelolaan Jabatan Penjara Malaysia. Selaras dengan itu, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk menghuraikan pandangan pelatih-pelatih (merujuk kepada remaja yang sedang berada di institusi) tentang program-program pemulihan yang sedang mereka jalani. Penulisan dibuat berasaskan temubual berstruktur yang dijalankan ke atas enam orang informan kajian di salah sebuah Sekolah Tunas Bakti di utara Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, semua informan menyatakan mereka tertarik dan gembira mengikuti Program Keagamaan dan Program Kemahiran Latihan Vokasional. Namun, terdapat informan kajian memaklumkan perlaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling agak kurang menyeronokkan kerana mereka hanya mendengar tanpa ada aktiviti yang perlu dilakukan.
Downloads
References
Astro Awani (20 Disember 2022). Kes jenayah juyana di Pulau Pinang membimbangkan. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-jenayah-juvana-di-pulau-pinang-membimbangkan-397870
Azizi Yahaya, Mohd Anuar Abd Rahman & Abdul Rahim Hamdan (2015). Keberkesanan pusat perlindungan wanita bagi membantu proses pemulihan. Journal of Social Sciences and Humanities, 22(1), 1-9.
Azizi Yahaya, Sharin Hashim & Jesmin Abd Wahab (2010). Keberkesanan program-program pemulihan tingkahlaku di Taman Seri Putri Batu Gajah dan Komplek Dar-Assa’adah. (pp1-16). http://eprints.utm.my/id/eprint/10617/
Brigman, G., Villares, E., Mullis, F., Webb, L. D., & White, J. F. (2021). School counselor consultation: Skills for working effectively with parents, teachers, and other school personnel. John Wiley & Sons.
Chen, J. W., Thompson, L. P., & Garcia, M. R. (2017). Engaging High School Students Through Interactive Counseling Activities: A Mixed-Methods Study. Journal of Counseling Psychology, 64(2), 145-158
Cochran, J. L., & Cochran, N. H. (2015). The heart of counseling: Counseling skills through therapeutic relationships. Routledge.
Dayana Farzeeha Ali, Muhammad Rashid Rajuddin, Mohd Safarin Nordin, Ahmad Firdaus & Ahmad Farid Ahmad Nordin (2009). Program Latihan Kemahiran Vokasional terhadap pelatih-pelatih lelaki Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Perak. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (pp. 1-8). Skudai Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alai, Mohd Suhaimi Mohamad, Noremy Md Akhir, & Salina Nen. (2012). Memperkasa pengetahuan agama dalam kalangan remaja bermasalah tingkahlaku: Ke arah pembentukan akhlak remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 84-93.
Gallant, D., & Zhao, J. (2011). High School Students’ Perceptions of School Counseling Services. Counseling Outcome Research and Evaluation, 2, 100 - 87. https://doi.org/10.1177/2150137811402671.
Harapan Daily. (5 Julai 2023). Jenayah rogol di Kelantan membimbangkan, libatkan reamaja seawal 12 tahun. https://harapandaily.com/jenayah-rogol-di-kelantan-membimbangkan-libatkan-remaja-seawal-12-tahun/
Haslinda Masian (2016). Keberkesanan modul kerohanian pemulihan akhlak remaja di Baitul Ehsan, Daerah Sabak Bernam. Proceedings of the International Conference on Education Towards Global Peace. Kulliyah of Education, International Islamic University Malaysia. http://www.iium.edu.my/capeu2016/wp- content/uploads/2017/02/017.pdf
Hezzrin Mohd Pauzi, Nor Jana Saim, Norulhuda Sarnon @ KuSenin & Mohammad Rahim Kamaluddin (2016). Faktor-faktor perlaksanaan program -program pemulihan akhlak yang berkesan untuk pesalah kanak-kanak. Journal of Social Sciences and Humanities, 11(2), 23-36.
Ilah Hafiz Aziz (31 Mei 2023). ‘Harga mampu milik' cetus ketagihan dadah kalangan remaja. BH Online. https://pre-www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1108475/harga-mampu-milik-cetus-ketagihan-dadah-kalangan-remaja
Kottman, T., Ashby, J. S., & DeGraaf, D. (2001). Adventures in guidance: How to integrate fun into your guidance program. American Counseling Association, 5999 Stevenson Ave., Alexandria, VA 22304-3300.
Mariam Abd Majid, Nurzatil Ismah Azizan, Noor Hafizah Mohd Haridi, Noraini Mohamad, Abur Hamdi Usman, Zainab Ismail & Aisyah Humairak Abdul Rahman (2023). Program pemulihan akhlak remaja delinkuen di pusat pemulihan akhlak kelolaan Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jurnal Pengajian Islam, 16(1), 22-41.
Mohamad Hisyamuddin Ayub (15 Mei 2023). Jenayah seksual pelajar di Selangor meningkat. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/258630/berita/semasa/jenayah-seksual-pelajar-di-selangor-meningkat
Mohd Faizal Hashim. (2 Disember 2020). Tren jenayah remaja dan kanak-kanak membimbangkan. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/trend-jenayah-remaja-dan-kanak-kanak-membimbangkan/
Muhammad Afif Rosli, Muhammad Talhah Ajmain, Sharul Fitry Abdul Majid & Muhammad Na'im Iman Zulkifly. (2019). Pengaruh Hassan Al Banna dalam pembentukan jati diri muslim. Proceedings of ISPC. School of Education, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Yusri Muzamir (30 Mei 2023). 60,000 remaja negara ini dikenalpasti terjebak penyalahgunaan dadah. BH Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1108080/60000-remaja-negara-ini-dikenalpasti-terjebak-penyalahgunaan-dadah
Nadiah Jamlus. (8 November 2018). Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi sasar pelajar raih diploma. Selangor Kini. https://selangorkini.my/2018/11/sekolah-tunas-bakti-sungai-besi-sasar-pelajar-raih-diploma/.
Noor Hafizah Mohd Haridi & Fakhrul Adabi Abd. Kadir. (2014). Program Agama di Institusi Pemulihan Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): Analisis perlaksanaan. Jurnal Kemanusiaan, 12(2), 1-22.
Nursyahidah Ibrahim, Nurul Husna Mansor & Yusmini Md Yusoff (2020). Bentuk-bentuk pemulihan akhlak bagi pesalah seks di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 48(2), 1-23. https://doi.org/10.22452/usuluddin
Nurul Husna Mansor (2016) Modul keagamaan untuk remaja hamil luar nikah di pusat perlindungan wanita di Selangor: Kajian pelaksanaan dan masalah. [PhD thesis], University of Malaya.
Sivis-Cetinkaya, R. (2019). Confidentiality of adolescent risk-taking behaviors: A survey of Turkish school counselors. Ethics & Behavior, 29(6), 459-472.