Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru Sejarah Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Abstract
Globalisasi merupakan suatu proses yang mendorong transformasi politik, sosial dan budaya yang dicetuskan oleh kemapanan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang begitu pesat. Justeru, TMK telah memberi kesan yang besar terhadap transformasi sistem pendidikan di negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sejarah terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan ditadbirkan secara dalam talian. 60 responden dipilih sebagai pensampelan kajian yang terdiri daripada para guru Sejarah di Daerah Tangkak. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Dapatan kajian melaporkan bahawa min bagi tahap penggunaan TMK dalam PdP Sejarah dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran berada pada aras yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa guru-guru Sejarah mempunyai kecenderungan untuk mengaplikasikan TMK dalam PdP secara optimum. Kesimpulannya, kajian ini memberi manfaat kepada pihak berkepentingan untuk mengetahui pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sejarah terhadap penggunaan TMK dalam proses PdP. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin mengkaji isu kajian ini dari segi persepsi murid dan saiz sampel kajian yang besar.
Downloads
References
Absari, N., Priyanto, P., & Muslikhin, M. (2020). The effectiveness of technology, pedagogy and content knowledge (TPACK) in learning. Jurnal Pendidikan Teknologi Dan Kejuruan, 26(1), 43-51.
Ambigapathy Pandian. (2003). Bahasa & literasi: penyelidikan dan peninjauan untuk pendidikan. Universiti Putra Malaysia.
Cheung, A. (2021). Language teaching during a pandemic: A case study of Zoom use by a secondary ESL teacher in Hong Kong. RELC Journal, 54(1), 55-70.
Chung, M. C. H., & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59-65.
Durga Gnanasagaran & Abdul Halim Amat @ Kamaruddin. (2019). The effectiveness of mobile learning in the teaching and learning of probability. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 9(2), 9-15.
Ghavifekr, S., Kunjappan, T., Ramasamy, L., & Anthony, A. (2016). Teaching and learning with ICT tools: issues and challenges from teachers perceptions. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(2), 38-57.
Habib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan perubahan kurikulum [Disertasi kedoktoran tidak diterbitkan]. Universiti Malaya.
Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam Said, Mohamad Nurhanif & Syamrul Nizam. (2019). The development and evaluation of an interactive multimedia module for the topic of art elements of the visual art education subject. International Journal of Innovation, Creativity and Change, 10(12), 104-116.
Irfan Naufal Umar & Mohamad Tarmizi Mohd Yusoff. (2014). A study on Malaysian teachers level of ICT skills and practices, and its impact on teaching and learning. Procedia- Social and Behavioral Sciences, 116, 979-984.
Jennifer Darling-Aduana & Carolyn, H. (2018). The role of teacher capacity and instructional practice in the integration of educational technology for emergent bilingual students. Computers & Education, 126, 417-432.
Jung, J., & Ottenbreit‐Leftwich, A. (2020). Course‐level modeling of preservice teacher learning of technology integration. British Journal of Educational Technology. British Journal of Educational Technology, 51(2), 555-571. https://doi.orng 10.1111/bjet.12840.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran Sejarah tahun empat. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kimmons, R., Graham, C. R., & West, R. E. (2020). The PICRAT model for technology integration in teacher preparation. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 20(1), 176-198.
Knezek, G., Christensen, R., & Furuta, T. (2019). Validation of a teacher educator technology competencies survey. Journal of Technology and Teacher Education, 27(4), 465-498.
Lau, J. S. C., & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru Matematik sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 71-84. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i1 1.54 6
Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop. (2016). Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) dalam pengajaran dan pembelajaran: penerimaan dan kaedah pelaksanaannya. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education (JRPPTTE), 6(2), 67-77.
Moganashwari Kandasamy & Parilah Mohd Shah. (2013). Knowledge, attitude and use of ICT among ESL teachers. Proceeding of the Global Summit on Education 2013, 185-199.
Nesbit, J. C., & Adesope, O. O. (2006). Learning with concept and knowledge maps: A meta-analysis. Review of Educational Research, 76(3), 413-448.
Nur Amirah Ahmadol Marzuki, Zurinah Tahir & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2020). Penguasaan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terhadap kecekapan kerja. Journal Of Social Sciences and Humanities, 17(9), 140-157.
Nurulhuda Ngasiman. (2014). Kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik. [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Raja Yong Zahariah Raja Badaruddin, Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Asmahani Mukhtar. (2019). Values in history education in Asean countries. The 2nd International Conference on Sustainable Development & Multi-Ethnic Society 2019, 2, 74-80.
Rokenes, F. M., & Krumsvik, R. J. (2016). Prepared to teach ESL with ICT? A study of digital competence in Norwegian teacher education. Computers & Education, 97(5), 1-20.
Rosnaini Mahmud. (2006). Kesediaan teknologi maklumat dan komunikasi asas dalam pendidikan (TMKP) guru-guru sekolah menengah. [Disertasi kedoktoran tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Samuel, R. J., & Zaitun Abu Bakar (2007). Do teachers have adequate ICT resources and the right ICT skills in integrating ICT tools in the teaching and learning of English language in Malaysia schools? The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries, 29(1), 1-15.
Siti Hajar Halili & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan model TAM dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-41.
Siti Zulaidah Salsidu, Mohamed Nor Azhari Azman & Hendri Pratama. (2018). Trend pembelajaran menggunakan multimedia interaktif dalam bidang pendidikan teknikal: Satu sorotan literatur. Sains Humanika, 10(3), 21-27.
Slaouti, D., & Barton, A. (2007). Opportunities for practice and development: Newly qualified teachers and the use of information and communication technologies in teaching foreign languages in English secondary school contexts. Journal of In-service Education, 33(4), 405-424.
Smita Guha. (2003). Are we all technically prepared? Teachers' perspectives on the causes of comfort or discomfort in using computers at elementary grade teaching. Information Technology in Childhood Education Annual, 317-349
Sugunah Supermane. (2014). Tahap kemahiran ICT dan pengurusan pengetahuan ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di Institusi Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor [Tesis tidak diterbitkan]. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru.
Suwamee Mohd Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah kebangsaan bandar dan luar bandar [Tesis tidak diterbitkan]. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Svensson, M., & Baelo, R. (2015). Teacher students’ perceptions of their digital competence. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 180, 1527-1534.
Termit Kaur Ranjit Singh & Samli Chan. (2014). Teacher readiness on ICT integration in teaching-learning: A Malaysian case study. International Journal of Asian Social Science, 4(7), 874-885.
Wakefield, J. (2015, Februari 2). Technology in schools: Future changes in classrooms. British Broadcasting Corporation (BBC). https://www.bbc.com/news/technology-30814302?print=true.