Perubahan dan Kehilangan Bunyi Arab Dalam Beberapa Bahasa Pilihan: Satu Kajian Etimologi Bunyi Arab

  • Shamsul Jamili Yeob Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jln Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia.
  • Lubna Abd Rahman Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Keywords: Bahasa Arab, Bahasa Dunia, Perubahan Bunyi, Kehilangan Bunyi

Abstract

Bahasa merupakan medium perhubungan yang sangat penting di dunia. Pelbagai bidang pengajian, sama ada profesional ataupun tidak, perlu menggunakan bahasa untuk berhubung sesama masyarakat dan komuniti di sekeliling mereka dalam pelbagai bidang. Bahasa juga merupakan aset penting kepada sesebuah komuniti bagi membangunkan masyarakat yang bertamadun serta mempunyai peradaban yang tinggi. Bahasa mengalami pelbagai proses perkembangan sejak ribuan tahun dahulu dan menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa Arab ialah salah satu bahasa yang banyak mempengaruhi perkembangan bahasa di dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengupas perkataan beberapa bahasa dunia yang dipercayai berasaskan perkataan daripada bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif dengan melihat perubahan dan kehilangan bunyi fonem-fonem Arab tertentu. Kajian ini menumpukan asal dan bunyi perkataan ataupun penggunaan bahasa dalam bahasa-bahasa yang bakal dikaji dan kaitannya dengan Bahasa Arab. Kajian ini juga akan melihat sekiranya wujud persamaan, perubahan atau kehilangan bunyi antara perkataan yang digunakan oleh penutur asli bahasa yang dikaji dengan Bahasa Arab. Bahasa-bahasa yang dikaji ialah bahasa Melayu, bahasa China dan bahasa Inggeris, dan pemilihan bahasa-bahasa adalah berdasarkan bilangan penutur dan juga bahasa ibunda penulis. Tumpuan kajian adalah terhadap perkataan yang mengandungi makna sosial dan tidak berdasarkan pengaruh agama Islam serta mempunyai sebutan dan bunyi yang bersamaan atau hampir, dan juga mempunyai perubahan atau kehilangan bunyi fonem-fonem Arab tetapi masih mempunyai persamaan makna dalam bahasa Arab. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak perkataan dalam bahasa-bahasa dunia yang berasaskan perkataan Arab tetapi kebanyakannya telah mengalami perubahan dari segi sebutan Arabnya setelah melalui proses perubahan bunyi (fonetik) asal dalam bahasa tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abbas, M. S. (1988). Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Sekata, 5 (1), 20-33.

Any Rozita Abdul Mutalib. (2023). Penyesuaian ortografi dan imbuhan kata pinjaman bahasa Arab dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008. RENTAS: Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya, 2, 23–54.

Asmah Omar. (2009). Perkembangan Bahasa Melayu dari Aspek Leksikon dan Etimologi, dalam kertas kerja yang dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan Singapura pada 1 Ogos 2009.

Collins, J. T. (2018). Mukadimah ilmu etimologi. Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Farheen, J. (2013). Arabic and English Phonetics: A Comparative Study. The Criterion: An International Journal in English, 4(iv), 1-13.

Hans Wehr. (2008). A Dictionary of Modern Written Arabic: Arabic-English. (Ed.) J. Milton Cowan. Lebanon: Librairie du Liban.

Hosam, M. D. (2015). Arabic Loan Words in English. IOSR Journal of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS), 20(7), 105-109.

Ibtisam Abdullah & Imran Ho Abdullah. (2018). Kata Pinjaman Arab Dalam Bahasa Melayu Analisis Kajian Dari Sudut Perubahan Morfologi. Jurnal Sains Soial dan Kemanusiaan, 13(3), 43-50 .

Kamal, R. M. (2013). Arabic Loanwaords in English: The Neglected Asset of Arab EFL Learners. Majallah Jamicah Falestin, 15, 30-45.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langacker, R.W. (1967). Language and its Structure: Some fundamental linguistic concepts. New York. Harcourt Brace Jovanovich Inc.

Liberman, A. (2009). Word origins and how we know them: Etymology for everyone. Oxford University Press.

Mazhar, M. A. (1963). Arabic: The Source of All the Languages. The Review of Religions Rabwah, West Pakistan.

Mohd Alwee, Y & Mohamad Azrien, M.A. (2009). Perkataan Arab dalam Bahasa Melayu: satu Tinjauan dari Aspek Morfologi. Jurnal Usuluddin, 30, 305-324.

Mohd Nortaufiq Norhashim & Aniswal Abd. Ghani. (2022). Asal usul perkataan dalam bahasa Melayu dari sudut etimologi. Issues in Linguistic Studies, 11(1), 1-19.

Mohd Nortaufiq Norhashim, Aniswal Abd. Ghani & Mohd Khaidir Abd Wahab. (2019). Etimologi kata kerja Arab-Melayu: satu pengenalan awal. Dalam Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, hlm 52-59.

Nathesan, S. (2015). Etimologi Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Obeid, N. (2009). Etymological study of semitic languages. (Tesis tidak diterbitkan). Kamataka,India: University of Mysore.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d). Retrieved October 15, 2023 from https://prpm.dbp.gov.my/

Saini Ag. Damit, Noorafini Kassim & Nor Ain Manap. (2016). Bahasa Arab dalam Ibadah: Satu kajian kefahaman pelajar Universiti Maaysia Sabah (UMS). MANU, 24, 67-89.

Shariq, M. (2015). Arabic and English Consonants: A Phonetic and Phonological Investigation. Advances in Language and Literary Studies, 6(6), 146-152. Doi: 10.7575/aiac.alls.v.6n.6p.146

Shihab, H.A. (2012). Arabic Loan Words in English. Al-Adab Journal, 1(101), 171-191.

The Oxford English-Arabic Dictionary of Current Usage. (1984). N.S Doniach (ed),.6th Edition. Great Britain: Oxford University Press.

Xinhua Zidian Dictionary. (1998). Xinhua Zidian Dictionary. Bei Jing: Commercial Press.

Zaharani, A., Nor Hashimah, J., Fazal Mohamed, M. S, Harishon, R., & Mohd Shabri, Y. (2011). Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu. Jurnal Melayu, 6, 13-27.

Published
2023-12-27
How to Cite
Jamili Yeob, S. and Abd Rahman, L. (2023) “Perubahan dan Kehilangan Bunyi Arab Dalam Beberapa Bahasa Pilihan: Satu Kajian Etimologi Bunyi Arab”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(12), p. e002612. doi: 10.47405/mjssh.v8i12.2612.
Section
Articles