Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Aspek Yang Memberi Kesan Kepada Pembudayaan Penanaman Bawing di Kota Belud, Sabah
Abstract
Bawing merupakan sejenis tumbuhan renek yang popular dijadikan sebagai ulam dan campuran makanan dalam pelbagai resipi dan juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat di nusantara termasuklah di Malaysia. Kepelbagaian budaya masyarakat di Sabah yang juga berbeza kawasan geografi mengenali pokok ini dengan pelbagai nama seperti bawing, kemangi, siwot, cemangi dan lompodos. Pada hari ini, bawing semakin lama semakin kurang dikenali oleh generasi muda malah mereka tidak begitu berminat terhadap pokok istimewa ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 100 orang pelajar di Kota Belud untuk menguji penerimaan mereka terhadap 17 item yang meliputi aspek peribadi, ekonomi dan sosial yang mempengaruhi mereka terhadap penanaman bawing. Hasil kajian mendapati wujud penerimaan responden terhadap 16 item daripada 17 yang diuji. 2 daripada 16 item tersebut menunjukkan tahap penerimaan tinggi iaitu item tidak mempunyai modal atau dana dan item ibu-bapa lebih menggalakkan mereka memberi tumpuan dalam bidang akademik. Manakala penerimaan terhadap 11 item meliputi kurang kemahiran tentang penanaman, tidak berminat bercucuk tanam, tidak mempunyai maklumat sumber kewangan, tidak tahu cara mendapatkan dana, tanaman bawing tidak memberi pulangan yang tinggi, tidak mempunyai tanah, generasi muda tidak berminat terhadap pertanian, rakan-rakan tidak berminat bercucuk tanam, ibu-bapa tidak menggalakkan menjadi petani, masyarakat tidak menjadikan bawing sebagai budaya pemakanan harian serta guru atau sekolah tidak menggalakkan aktiviti pertanian adalah pada tahap sederhana. Sementara itu, 3 item lain menunjukkan tahap penerimaan rendah iaitu belajar penanaman bawing tidak mempunyai masa depan yang cerah, latar belakang keluarga broken family dan terakhir tidak didedahkan dengan budaya bercucuk tanam sejak kecil.
Downloads
References
Anwarudin, O., & Dayat, D. (2019). The Effect of Farmer Participation in Agricultural Extension on Agribusiness Sustainability in Bogor, Indonesia. International Journal of Multicultural and Multireligious Understanding, 6(3), 1061-1072.
Azima, A. M, Er, A. H., Suhana Saad, Sivapalan Selvadurai et al. (2013). Keterlibatan penduduk lokal dalam pembangunan pertanian: kajian kes di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 9(1), 24-33.
Bramley, G.L.C. (2019). Lamiaceae (Labiatae). Flora Malesiana, 23(1), 1-424.
Budi Anto Mohd Tamring & Saidatul Nornis Mahali. (2020). Ethnic Tolerance In Kota Kinabalu: A Case Study Among Bumiputera Students In Secondary School. Palarch’s Journal Of Archaeology Of Egypt/Egyptology,17(7), 10768 –10788.
Budi Anto Mohd Tamring. (2021). Pengaruh Sosiologikal Dan Amalan Perkahwinan Campur Ke Atas Tahap Jarak Sosial Dalam Masyarakat bandar, Sabah: Kajian Kes Dalam Kalangan Pelajar Bumiputera Di Kota Kinabalu. [Tesis PhD], Universiti Malaysia Sabah. Tidak Diterbitkan.
Egboduku, C. O., Sennuga, S. O., & Okpala, E. F. (2021). Factors Influencing the Interest of Youths Towards Career in Agriculture: A case study of Bwari Area Council, Abuja, Nigeria. International Journal of Advance Agricultural Research, 9(2), 6-14.
Gjokaj, E., Kopeva, D., Krasniqi, N., & Nagy, H. (2021). Factors Affecting the Performance of Agri Small and Medium Enterprises with Evidence from Kosovo. European Countryside, 13(2), 297-313.
Gunting, R. & Khoo, A. (1991) Koperasi Pembangunan Desa`s Experience in Rural Development. In Mohd. Yaakub, J. (eds.). Issues and Strategies in Rural Development, Sabah: Institute for Development Studies.
Haliza Abdul Rahman. (2018). Amalan dan Kepentingan Pertanian Bandar di Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah, Bahasa dan Budaya di Alam Melayu, 28-29 Julai 2018. Lombok, Indonesia, 67-77.
Ili Atiqah Md. Din & Ruslin Bin Amir. (2016). Sikap Terhadap Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Hubungannya Dengan Prestasi Akademik Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar UKM. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(1), 142-151.
Jabatan Muzeum Sabah. (2007). Indigenous People of Sabah. Jabatan Muzeum Sabah.
Kothari, C. R. (2004). Research methodology: Methods and techniques. New Age International.
Landell, K. (1997). Management. London: Wiley and Sons Inc.
Maisarah Che Ahmed & Sarmila Md Sum. (2017). Belia dan Keusahawanan Tani: Kajian Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Belia Sebagai Usahawan Tani Di Pasir Puteh, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1), 1-18. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/31/12.
Muksin. (2007). Kompetensi Pemuda Tani yang Perlu Dikembangkan di Jawa Timur. [Disertasi]. Bogor (ID): Institut Pertanian Bogor.
Mulema, J., Mugambi, I., Kansiime, M., Chan, H.T., Chimalizeni, M., Pham, T.X., & Oduor, G. (2021). Barriers and opportunities for the youth engagement in agribusiness: empirical evidence from Zambia and Vietnam. Development in Practice, 31(5), 690-706, DOI: 10.1080/09614524.2021.1911949
Pei, S. W., Zakiah Mohamad Ashari, Zaleha Ismail, & Nurul Farhana Jumaat. (2018). Relationship between Teachers’ Self-Efficacy and Instructional Strategies Applied among Secondary School Teachers in Implementing STEM Education. 2018 IEEE International Conference on Teaching, Assessment, and Learning for Engineering (TALE). 4-7 December 2018, Wollongong, NSW, Australia.
Rabiul Islam & Chamhuri Siwar. (2012). The Analysis of Urban Agriculture Development in Malaysia. Advances in Environmental Biology, 6(3), 1068-1078.
Rasmuna Mazwan Muhammad, Nik Rozana Nik Mohamed Masdek, Mohd Tarmizi Haimid, Siti Zahrah Ponari & Zulhazmi Sayuti. (2020). Impact of Urban Farming Technilogy on Urban Community in Malaysia. Economic and Technology Management Review, 15 (2020), 37-49.
Rosmah Murdad, Mardianan Muhiddin, Wan Hurani Osman, Nor Elliza Tajidin, Zainol Haida, Azwan Awang & Mohamadu Boyie Jalloh. (2022). Ensuring Urban Food Security in Malaysia during the Covid-19 Pandemic-Is Urban Farming the Answer? A Review. Sustainability, 14, 4155. https://doi.org/10.3390/su14074155.
Siti Hadawiah Tahir & Mustapa Abd Talip. (2020). Dasar Keselamatan Makanan Di Sabah, Malaysia: Kajian Kes Jelapang Padi Di Daerah Kota Belud. Jurnal Kinabalu, 26 (1), 23-39.
Wan Nur Sa’adah Suurianshah, Lai, W. S., Norlida Hanim Mohd Salleh, Siti Hajar Mohd Idris & Hawati Janor. (2021). Faktor Mempengaruhi Penglibatan Belia Dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit. International Journal of Management Studies, 28(1), 115-140.https://doi.org/ 10.32890/ijms.28.1.2021.10559
Withanage, D. P., & Damayanthi, B. W. R. (2019). Factors influencing the youths' interest in agricultural entrepreneurship in Sri Lanka. Developing Country Studies, 12(9), 32-40.
Yoshinta Meilina & Ratri Virianita. (2017). Persepsi Remaja Terhadap Pekerjaan Di Sektor Pertanian padi Sawah Di Desa Cileungsi Kecamatan Ciawi Kabupaten Bogor. 123dok.com. https://123dok.com/document/6zkl9k8y-persepsi-remaja-terhadap-pekerjaan-pertanian-cileungsi-kecamatan-kabupaten.html. Diekses pada 13/8/2023.
Zhu, Y., Wang, Y., Fu, B., Liu, Q., Li, M., & Yan, K. (2021). How are rural youths’ agricultural skills? Empirical results and implications in southwest China. Agriculture, 11(9), 874. https://www.mdpi.com/2077-0472/11/9/874. Diekses pada 10/8/2023.