Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Sektor Pelancongan: Kajian Kes Komuniti Setempat di Pulau Langkawi
Abstract
Wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan impak negatif kepada banyak sektor ekonomi termasuklah sektor pelancongan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau ketahanan dan kapasiti adaptasi menyesuaikan diri komuniti setempat terhadap impak COVID-19 yang berkait dengan sektor pelancongan yang dijalankan di Pulau Langkawi, Kedah. Satu tinjauan soal selidik telah dijalankan kepada penduduk setempat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan di Pulau Langkawi. Tinjauan dijalankan di Pulau Langkawi kerana aktiviti utama ekonomi penduduk setempat di kawasan tersebut adalah bergantung kepada sektor pelancongan. Hasil kajian mendapati bahawa wabak COVID-19 telah memberi kesan yang ketara kepada ekonomi komuniti setempat disebabkan sekatan sempadan negara dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menyebabkan aktiviti pelancongan tidak dapat dijalankan. Pembukaan Pulau Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan sangat membantu memulihkan pendapatan komuniti setempat yang terlibat dalam sektor pelancongan di pulau tersebut. Berdasarkan hasil kajian, sebanyak empat cadangan untuk pemerkasaan sektor pelancongan di Pulau Langkawi selepas COVID-19 telah diberikan iaitu meningkatkan kemahiran inovasi dan pendigitalan sektor pelancongan, memperkukuhkan tadbir urus dan respon terhadap impak pandemik, membina ketahanan dan kapasiti adaptasi untuk daya saing, dan koordinasi dan kerjasama antara pemegang taruh bagi melestarikan sektor pelancongan. Cadangan penambahbaikan ini tidak terhad kepada Pulau Langkawi sahaja dan boleh diaplikasikan di kawasan pelancongan lain. Hasil kajian ini adalah selari dengan Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 iaitu memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua sub-sektor pelancongan, khususnya di Pulau Langkawi.
Downloads
References
Almutairi, Arif, Monjur Mourshed & Raed Fawzi Mohammed Ameen. (2020). Coastal community resilience frameworks for disaster risk management. Natural Hazards, 101(2), 595-630.
Amir, A.F., Abd Ghapar, A., Jamal, S.A. & Ahmad, K.N. (2015). Sustainable tourism development: A study on community resilience for rural tourism in Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 168, 116-122.
Bixler, R.P., Yang, E., Richter, S. & Coudert, M. (2021). Boundary crossing for urban community resilience: A social vulnerability and multi-hazard approach in Austin, Texas. International Journal of Disaster Risk Reduction, 102613.
Hanafiah, M.M., Gausmian, M.H., Seng, N.S.S.S. & Mokhtar, M.M. (2017). Kelestarian Alam Sekitar: Amalan Hijau Menginspirasikan Kelestarian Masa Hadapan. UKM Press, Bangi.
Pusiran, A. K., & Xiao, H. (2013). Challenges and Community Development: A Case Study of Homestay in Malaysia. Asian Social Science, 9(5), 1.
Stone, N.J., Yan, G.G., Nah, F.F.H., Sabharwal, C., Angle, K., Hatch III, F.G.E., Runnels, S., Brown, V., Schoor, G.M. & Engelbrecht, C. (2021). Virtual Reality for Hazard Mitigation and Community Resilience: An Interdisciplinary Collaboration with Community Engagement to Enhance Risk Awareness. AIS Transactions on Human-Computer Interaction, 13(2), 130-144.
Nofal, O.M. & Van De Lindt, J.W. (2020). Understanding flood risk in the context of community resilience modeling for the built environment: Research needs and trends. Sustainable and Resilient Infrastructure, 1-17.
UNWTO. (2020). Impact assessment of the COVID-19 outbreak on international tourism. UNWTO. https://www.unwto.org/impact-assessment-of-the-Covid-19-outbreakon-international-tourism.
MOTAC. (2020). MOTAC Sasar 9.2 Juta Kedatangan Pelancong Dengan Anggaran 26.8 Bilion Pendapatan Bagi Tahun 2022. MOTAC. https://www.motac.gov.my/media2/siaran/motac-sasar-9-2-juta-kedatangan-pelancong-dengan-anggaran-26-8-bilion-pendapatan-bagi-tahun-2022
LADA. (2020). Statistik. LADA. https://www.lada.gov.my/statistik/