Hubungan Peranan Jurulatih dengan Interaksi Sosial di dalam Pendidikan Luar
Abstract
Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat hubungan diantara peranan jurulatih dengan interaksi sosial dalam pendidikan luar. Seramai 113 responden telah terlibat di dalam kajian ini yang merupakan peserta yang hadir ke Pusat Kokurikulum Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah disesuaikan dengan iklim pendidikan luar Pusat Kokurikulum Sabah. Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi peranan jurulatih (4.40) dan interaksi sosial (4.23) mempunyai interpretasi pada tahap yang tinggi memandangkan ia berada dalam lingkungan nilai 4.01 hingga 5.00. Manakala hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan (r=0.524, k < 0.05). Justeru, dapatan kajian ini telah membawa kepada dua perkara iaitu bahagian teori yang menyokong keselarian teori mengenai peranan jurulatih dalam mencorakkan interaksi sosial, memahami dan membantu peserta meneruskan misi atau hala tuju dalam menyelesaikan sesebuah perkara. Manakala bahagian praktikalnya menjelaskan bahawa kemampuan campur tangan jurulatih dalam sesebuah program pendidikan luar akan membawa corak interaksi sosial yang bersifat lebih baik berbanding tanpa bantuan jurulatih.
Downloads
References
Coe, H. A. (2016). From Excuses To Encouragements: Confronting And Overcoming The Barriers To Early Childhood Outdoor Learning In Canadian Schools. Journal Of Childhood Studies, 41(1), 5–15. Https://Doi.Org/10.18357/Jcs.V41i1.15461
Husin Hj Deraman, Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud, & Rahmad Sukor Ab. Samad (2017). Pelaksanan Pengurusan Pasukan Bola Sepak Untuk Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, (April).
Mohd Faizal Mohd Isa, Wan Shakirah Wan Mohd Nor, & Zulkiflee Daud. (2013). Faktor Jurulatih Mempengaruhi Keberkesanan Latihan : Satu Kajian Empirikal Di Jabatan Meteorologi Malaysia. Conference On Business Management Research 2013, 375–383.
Roslee Bin Uyob, Muazzin Bin Mohd Mahadi (2015). Kajian Persepsi Terhadap Kredibiliti Jurulatih Luar Di Dalam Proses (P & P) Di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. (Satu Analisa Ke Atas Para Pelajar Yang Mengambil Unit Beruniform Askar Wataniah Sesi Disember 2015 ).
Rourke, P. G. (1973). Consultant Role And Member Learning In The Small Experiential Group. Yale University
Roye Melton Frye (1963). The Theory Of Training And The Trainer Role In The Indiana Plan Institute. (Indiana University).
Sarinah Bintl Kasbl. (2014). Perkaitan Antara Orientasi Matlamat Dan Stail Kepimpinan Jurulatih Dengan Prestasi Pencapaian Pasukan Bola Jaring. Unlversltl Pendldlkan Sultan Idris.
Thomas, G. (2007). A Study Of The Theories And Practices Of Facilitator Educators, 1–216. La Trobe University. Bundoora, Victoria 3086 Australia. retrieved From Https://Espaceweb1.Library.Uq.Edu.Au/Eserv/Uq:240921/Thomas_Doctoral_Thesis.Pdf
Wallick, W. G. (2001). Ceos’ Perceptions Of Trainer Roles In Selected Multihospital Health Care Systems, 425. The Pennsylvania State University