Hubungan antara Regulasi Emosi dan Penglibatan Murid di dalam Kelas
Abstract
Emosi sentiasa wujud dalam kehidupan kita seharian. Kepelbagaian emosi sama ada positif atau negatif akan memberi kesan pada diri seseorang individu. Dalam konteks sekolah rendah, kepelbagaian emosi seperti emosi negatif akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang mana murid sekolah rendah adalah antara yang sering kali mengalami gangguan dalam mengawal dan mengurus emosi mereka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan regulasi emosi dan penglibatan murid di dalam kelas. Kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Instrumen soal selidik adalah Emotion Regulation Questionnaire for Children and Adolescents (ERQ-CA) dan Student Engagement in Schools. Seramai 200 murid dari tiga buah sekolah rendah di Zon Bangi dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai min dan sisihan piawai bagi mengenal pasti tahap regulasi emosi dan penglibatan murid di dalam kelas. Ujian korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan regulasi emosi dan penglibatan murid. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali korelasi adalah r= .001, p< .05. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang tinggi antara regulasi emosi dan penglibatan murid. Secara kesimpulannya, penekanan regulasi emosi dalam diri murid perlu dititikberatkan agar dapat membantu murid-murid untuk mengurus dan mengawal emosi dengan lebih baik serta dapat menggalakkan penglibatan aktif di dalam kelas.
Downloads
References
Arba'ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Nurul Azimah Abdull Sedik, & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal Melayu, 13(1), 72-84.
Carmona-Halty, M., Salanova, M., Llorens, S., & Schaufeli, W.B. (2021). Linking Positive Emotions and Academic Performance: The Mediated Role of Academic Psychological Capital and Academic Engagement. Current Psychology: A Journal for Diverse Perspectives on Diverse Psychological Issues, 40(6), 2938–2947.
Chapman, E. (2003). Alternative approaches to assessing student engagement rates Practical Assessment. Research and Evaluation, 8(13).
Cohen, L., Manion, L., & Marrison, K. (2011). Research Methods in Education (7th ed.). New York, USA: Routledge Taylor & Francis Group.
Dennis, T. A. (2007). Interaction between emotion regulation strategies and affective style: implications for trait anxiety versus depressed mood. Motiv Emot, 31, 200-207.
Dolors, C., Mónica, S., David, R.,Teresa, S., & Jordi, C. (2020). Emotional Self-Regulation through Introjective Practices in Physical Education. Education Sciences, 10(208). doi:10.3390/educsci10080208.
Elizabeth Acosta-Gonzaga & Elena Fabiola Ruiz-Ledesma. (2022). Students’ Emotions and Engagement in the Emerging Hybrid Learning Environment during the COVID-19 Pandemic. Sustainability, 14, 10236. https://doi.org/10.3390/su141610236
Faizatul Akmal Rahim, Siti Mistima Maat & Shahlan Surat. (2022). Penglibatan Pelajar Pintar dan Berbakat dalam Pembelajaran Matematik Atas Talian terhadap Pencapaian Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11), e001891.
Fredricks, J. A., Blumenfeld, P. C., & Paris, A. H. (2004). School engagement:Potential of the concept, state of the evidence. Review of Educational Research, 74(1), 59-109.
Fung, J. J. Y., Yuen, M., & Yuen, A. H. K. (2014). Self-Regulation in Learning Mathematics Online: Implication for Supporting Mathematically Gifted Students with or without Learning Difficulties. Gifted and Talented International, 29(1-2), 113-123. https://doi.org/10.1080/15332276.2014.11678434
Greenberg, M.T., & Harris, A.R. (2011). Nurturing mindfulness in children and youth: Current state of research. Child Dev. Perspect, 6, 1–6.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Latiha, P., Saemah, R., & Shahlan, S. (2021). Hubungan Antara Regulasi Emosi dan Penglibatan Dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 11-21.
Lorita Bide anak Nyawin & Rohaty Mohd Majzub. (2017). Kesan Pendidikan Prasekolah Dalam Kesediaan Sosioemosi Kanak-Kanak Di Tahun 1. Seminar Penyelidikan Pendidikan, 1881-1892.
Mahmud, Z., & Amat, S. (2015). Kemahiran kaunseling: sebagai strategi membantu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Manisah, M. A., Suzana, M. H., Nur, A. R., Siti, R. Y., Mohamad, O. I. R., Khairul, F. K., Tuti, I. M. D., Noor, A. M., & Dharatun, N. P. M. K. (2022). Translation and Validation of the Malay Version of the Emotion Regulation Questionnaire for Children and Adolescents (ERQ-CA). International Journal of Environmental Research and Public Health, 19, 11399. https://doi.org/10.3390/ijerph191811399.
Mohamad, A.A., Hazhari, I, Iylia, M., & Zaharah, O. (2019). Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Kaedah Pengajaran Berasaskan Aktiviti Muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8,17-23.
Mohd Azam Muhamad Akhir, Muhammad Nubli Abdul Wahab & Zarina Mohd Ali. (2016). Pengukuran dan Penilaian Tahap Emosi Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum: Permasalahan dan Cadangan. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1(2), 72-82.
Noradilah Abdul Wahab, Mohd Sani Ismail & Raihan Mohd Arifin. (2021). Pengaruh Kematangan Emosi Terhadap Masalah Disiplin Pelajar Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Di Negeri Terengganu. International Journal of Arts and Social Science Research (UFUQ), 1(1), 55-69.
Nor Yuzie Yusuf, Rosini Abu & Aida Suraya Md Yunus. (2014). Tingkah laku, emosi dan kognitif murid sebagai faktor peramal pencapaian akademik. Journal of Human Capital Development, 7(1), 1-19.
Nunnally, J.C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
Rafika, Z., Eve, P., Jessica, M., Segolene, B., Marie, R., & Baptiste, L. (2021). Emotion Regulation Scale and Mindfulness Scale in School Aged Children: Construction and Validation of French Versions. Child Psychiatry & Human Development, 53, 1004-1017.
Rezki Perdani Sawaii, Noornajihan Jaafarii, Joki Perdani Sawaiiii Mashita, Sulaimaniv, Roslee Ahmadv & Masturina Mahazirvi. (2020). Pembinaan Modul Regulasi Emosi Menurut Perspektif Islam: Analisis Keperluan. E-Proceeding: Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020). https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6834
Sebastian Espoz-Lazo, Raquel Rodriguez Huete, Pablo Espoz-Lazo, Claudio Farias-Valenzuela & Pedro Valdivia-Moral. (2020). Emotional Education for The Development of Primary and Secondary school Students Through Physical Education: Literature Review. Education Sciences, 10(192) doi:10.3390/educsci10080192
Shelley, R., Hart, K., S., & Shane, R., J. (2011). The Student Engagement in Schools Questionnaire (SESQ) and the Teacher Engagement Report Form-New (TERF-N): Examining the Preliminary Evidence. Contemporary School Psychology, 15, 67-79.
Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Mohd Izwan Mahmud, Dharatun Nissa Puad Mohd Kari, Halizah Omar, Rezki Perdani Sawai & Joki Perdani Sawai. (2020). Regulasi Emosi Dalam Penulisan Dan Penerbitan Jurnal Dalam Kalangan Ahli Akademik. ASEAN Journal of Teaching & Learning in Higher Education (AJTLHE), 12(1), 42-53.
Tze, V.M.C., Klassen, R.M., & Daniels, L.M. (2014) Patterns of Boredom and Its Relationship with Perceived Autonomy Support and Engagement. Contemp. Educ. Psychol, 39, 175–187.